BAB 19

7K 165 1
                                    

Genap dua bulan tarikh mereka berpisah. Raisya sudah lali dengan pertanyaan orang sekeliling tentang status rumah tangganya. Baginya, lumrah manusia ada yang lihat sudut positif ada yang lihat dari sudut negatif.

"Era!" Punggungnya terus dilabuhkan di sisi Qahera yang sedang berehat di meja dj.

"Apo?" Poyo!

"Tahniah dah kahwin. By the way, Yana mana? Aku tak nampak dia pun." Matanya melilau mencari kelibat anak kecil itu.

"Dia ikut Aman pergi mana entah. Senang pulak dia rapat. Selalu susah juga." Keluhnya dengan wajah penat.

Almaklumlah, majlis kahwinnya sudah lama berlangsung. Penatnya tak terkata. Ke hulu ke hilir bersalaman. Syukur Aman sentiasa di sisi. Kurang la juga rasa penatnya.

"Ngam la tu. Aku pun tengok Aman tu mesra je dengan anak kau. Untung kau dapat suami macam dia. Sudi terima baik buruk. Aku pun nak suami sebaik dia." Pandangannya mula redup.

"Setiap orang ada rezeki masing-masing Sya. Entah-entah one day ada orang masuk meminang kau. Fahim tu ke. Dia tu macam ada gaya suka kau. Baik pun baik." Usiknya. Namun itu hakikat yang mereka masih belum tahu dan Raisya belum jelas lihatnya.

"Hey! Choi!" Lengan Qahera ditampar-tampar.

"Sakitlah!" Adunya.

"Padan la muka. Kau pun tahu kan Fahim dengan aku tu kawan aje. Tak lebih la. Aku tak rasa dia suka aku. Lagipun dia sahabat Ash. Sanggup ke dia nak ambil aku ni?" Tenang sahaja bicaranya.

"Sya! Kau cantik. Kau perfect. Kalau aku lelaki dan aku ni sebagai Fahim, aku dah lama masuk meminang kau tau. Benda tengah hot jangan dilepaskan." Tawanya berderai dan semakin kuat saat Raisya menampar lengannya.

Raisya mengeluh. Qahera mula mengusap belakang Raisya yang sudah mengalirkan air mata. Tahu wanita itu langsung tidak akan mengaku akan apa yang dia rasakan. Sebaliknya Raisya lebih suka memendam semenjak dua ini. Qahera tahu Raisya masih terkesan. Dia hanya sebagai penguat semangat. Jika Raisya lemah, pemberian semangat pun tiada guna.

"Dah la. Tak mo nangis macam ni. Hudoh. Macam kuda laut. Aku doakan kau tu ada jodoh dengan orang lagi baik. Terutamanya jodoh dengan Fahim la."

Pang!

Sekali lagi tamparan hinggap. Tidak habis-habis dengan usikan dan guarauannya. Namun itulah yang menyebabkan Raisya mengukir senyum dan mengialaikan tawa meski hati gundah.

"Dah la! Bengkak tangan aku ni. Ni, si galah tu mana? Dari tadi lagi aku tak nampak dia."

"Cuba kau pusingkan kepala kau 45 darjah. Pastu kau tenung orang dekat meja tengah. Tenung hat pakai baju warna ungu tu. Hat paling tinggi antara yang tinggi." Selamba. Tawanya ditahan.

"Wey! Dia ni perut tangki ke apa? Dari tadi lagi makan. Penuh meja dengan pinggan dia. Hahahaha.." tawanya dan tawa Raisya berderia seiring.

Tiba-tiba timbul suatu idea yang bernas di fikiran Raisya.

"Bang! Pinjam mikrofon jap." Pintanya sopan.

Dj itu hanya menghulurkan mikrofon dengan wajah selambnaya.

"Perhatian kepada gadis yang bernama Akma Wahida yang memakai baju kebaya warna ungu yang masih kekal di meja tengah, anda diminta menghabiskan makanan anda dengan segera sebelum anda bakal dibawa ke hospital akibat tangki perut anda terlebih had. Tiada ulangan kedua. Diminta cepat makan dan cepat kenyang."

Terus tawa mereka mengilai. Ada di antara rakan tetamu juga mengilaikan tawa. Terkejut Akma dibuatnya. Pantas dia mencuci tangan dan bergegas ke meja dj.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now