BAB 28

4.7K 117 0
                                    

Raisya terjaga dari lenanya saat  cahaya matahari memancar wajahnya dari lubang tingkap. Terkebil-kebil matanya menahan sakit. Tubuhnya yang masih bersalut telekung duduk memisat mata. Terlelap pula selepas solat subuh.

Tubuh Fahim dipandang sekilas dengan senyum sebelum bangun menyidai telekung. Langkahnya diatur ke ceruk dapur.

"Pengantin baru dah turun..." Meleret sindiran itu.

Hanya tinggal beberapa kerat sahaja ahli keluarga yang tinggal. Yang lain sudah pulang subuh tadi. Jauh perjalanannya.

"Im mana?" Soal Mak Jah sejurus Raisya tiba di sisinya.

"Tidur lagi. Biarlah tidur dulu. Nanti nak makan Sya gerak dia." Sengih. Langkahnya dibawa ke kamar mandi.

"Nak tolong apa ni?" Soalnya sejurus keluar dari kamar mandi.

"Ni! Potong the chicken. Nak buat goreng kunyit." Arah Akma.

Raisya menuruti sahaja. Saat yang lain sibuk berborak, dia hanya diam membuat tugasnya sendiri. Entah tak tahu apa yang hendak dibualkan.

"Kau diam je dari tadi. Ada masalah ke?" Qahera memandang Akma dengan tanda tanya.

"Mana ada la. Diam pun salah ke? Aku fokus la." Sengih Raisya.

"Kalau ada masalah, bagi je tahu kitaorang. Kitaorang boleh tolong."

"Apa la kauorang ni. Boleh tak think positif? Aku tak ada masalah. Just nak fokus. Kalau tak fokus, luka pula jari aku yang cantik mulus ni." Rambutnya dikibaskan.

"Era, aku rasa kita salah tanya soalan la. Dia dah perasan sendiri." Teka Akma.

Raisya menderaikan tawa melihat rakannya yang bukan mahu memujinya. Malah diperlekehkan lagi. Hhaahah....

Usai sahaja masak, makanan terus dihidang.

"Sya nak panggil Im jap." Pintanya sopan sebelum menuju ke kamar tidurnya.

Dia melabuhkan punggung di sisi Fahim. Senyum diukir sekilas. Diusap rambut suaminya itu.

"Im.. bangun. Makan jom. Semua dah siap." Tubuh itu dogoncang perlahan.

Fahim bangun dengan sekali gerakan. Rambut tebalnya yang agak kusut dibetulkan. Matanya dipisat.

"Makan? Dah pukul berapa ni?" Soalnya masih bernada lemah.

"Dah pukul 9 lebih dah. Jom la. Semua dah tunggu." Tudung yang tersangkut di tingkap kamar dicapai lalu disarung ke kepalanya.

"Kenapa tak kejut dari tadi? Saya terlelap. Sorry la." Masih tersengguk-sengguk.

"Saya pun terlelap tadi. Saya malas nak kacau awak. Bangun la. Pergi basuh muka tu. Kalau awak mengantuk lagi, tidur la. Nanti saya asingkan makanan awak." Sarannya apabila melihat keadaan Fahim yang agak kepenatan.

"Eh! Tak apa. Tapi kan, saya rasa saya penat sangat la. Boleh tak awak pimpin saya?" Selamba.

"Mengada la. Cepat la. Nanti sejuk pula makanan tu." Lembut sahaja nadanya.

"Cepat la. Saya betul ni." Rungutnya.

Raisya melabuhkan punggung di sisi Fahim. Wajahnya didekatkan dengan wajah Fahim. Senyum nakalnya terukir. Tangan kananya lembut mengusap rambut lelaki itu. Fahim sudah menelan liur.

"Cepat la. Kalau tak... Melepas la awak." Nadanya sungguh menggoda.

Lantas Raisya keluar dari kamar dengan tawa yang ditahan. Fahim masih kaku. Masih tidak percaya Raisya melakukan itu. Disangka wanita itu masih malu-malu dengannya.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now