BAB 32

4.3K 124 0
                                    

"Biy.."

"Ya.."

"Nak pergi butik boleh? Booosaaan la. Please!!" Manja nadanya.

"Harini kan sayang cuti. Butik apa?" Kerut dahinya. Pantas pintu kereta dibuka untuk Raisya.

"Please!" Pipi Fahim dicubit.

"Naughty la. Tapi biy stay sana. Masuk cepat."

Raisya tersengih girang. Fahim mengusap pipinya yang sakitnya masih berbaki. Raisya selalu begitu. Namun, dia tak pernah marah. Fahim tahu dirinya comel.

*****
"Assalamualaikum."

"Wa.. waalaikumussalam." Gugup pula sang penjawabnya.

"Borak la. Aku tak halang kau pun. Hak kau. Tak ada kena mengena dengan aku. Kau happy, aku happy. Kau nak keluar date, pergi la. Fahim ada tolong aku." Senyumnya diukir sekilas buat Akma sebelum berlalu masuk ke pejabatnya.

"Im.."

"Yes!" Majalah yang baru dibeleknya ditutup seketika.

"Did she tell you anything?"

"Dia tahu tu salah dia. Dia rasa dia tak ada hak langsung atas keputusan kau. Kau dengan Ash, mungkin dah jodoh. Dia bukan sesiapa nak bantah. Pergi la keluar selagi dia bagi kauorang kenal diri masing-masing. Dia tu sekarang dalam musim mood berubah."

Akma dan Ashriq mengukir senyum.

"Kauorang pergi mana tadi? Kau tak masuk office?" Ashriq mula tertanya.

"Harini aku cuti. Bawa Sya pergi check up. Alhamdulillah dah sebulan." Sengih.

Membuntang mata Akma dan Ashriq.

"Congratulations bro! Nak jadi ayah dah kawan aku." Tangannya berjabat dengan Fahim.

"Thanks. Alhamdulillah la. Kau?"

"Aku?"

Fahim mengangguk.

"InsyaAllah tahun ni!" Sengih.

Akma membalas pandangan Ashriq dengan jelingan.

"Awak jangan nak gatal ae? Behave sikit." Pesannya tegas.

"Sorry!"

"Biy!" Pekik Raisya dari muka pintu pejabat.

"Yes!"

"Harini ada pasar malam dekat mana?"

"Entah la. Kenapa?"

"Nanti balik kerja kita pergi? Sayang nak beli something la." Sengih.

"Anything for you. Tak larat ke? Muntah lagi?"

Raisya mengangguk dengan wajahnya yang kelihatan lemah.

"Pergi la rehat dekat dalam tu dulu. Anything I will ask Akma. Get your rest okay?"

Raisya mengangguk sebelum masuk semula ke dalam pejabat.

"Aku reapect kau Im. Kau memang pandai hargai apa yang Allah bagi. Aku ni je yang sia-siakan."

"Allah bagi kau peluang lagi Ash. Jaga dia elok-elok. Jangan sia- siakan dia. Isteri bukan boneka yang kita boleh buat sesuka hati. Dia tu umpama permata yang sangat berharga. Tak ada yang boleh ganti." Pesannya pada Ashriq.

*****
Fahim masuk ke dalam pejabat. Dilihat Raisya tertidur di atas sofa. Penat sangat kot.

Lantas Fahim mengucup ubun bidadarinya itu. Diusap kepala Raisya.

"Take your rest okay? Biy selalu ada di sisi sayang."

Tiba-tiba Raisya mengekek. Dia tersedar dari lenanya yang panjang. Senyumnya diukir buat Fahim.

"Dah nak balik ke?"

"Tak adalah. Lambat lagi. Kenapa? Nak balik?"

"Tak la. Akma mana?"

"Keluar dengan Ash pergi lunch. Kita pergi makan nak? Nanti perut kosong."

Raisya menggeleng.

"Kenapa? Nanti sakit perut. Kesian baby."

"Nak pergi pasar malam." Rungutnya.

"Sya, mana ada lagi pasar malam pukul satu. Sayang tak makan dari pagi lagi. Tu pon roti je. Kita makan sikit?"

"I'm craving. Nak pergi pasar malam jugak!" Tegasnya.

"Okay. Relax. Awal lagi ni. Sayang tidur dulu la. Nanti kalau dah pukul empat, biy gerak okay?" Kepala Raisya diusap.

"Tak boleh tidur dah. Nak main game." Tangannya ditadah.

Meletus tawa Fahim melayan karenah Raisya. Dah macam budak- budak.

"Game apa pulak? Telefon sayang mana?"

"Dah habis bateri main game tadi. Nak telefon biy." Tadahan tangannya digoncang.

"Telefon biy mana ada game." Telefon pintar Fahim bertukar tangan.

"Download la. Biy nak main jugak? Duduk sini." Ruang kosong di sisinya ditepuk.

Fahim bersandar di sofa. Raisya? Sudah tentu lah bersandar di tubuh Fahim. Di situ sahaja tempat dia bersandar. Fahim umpama bantal busuk yang bernyawa bagi Raisya.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now