"Terima kasih." Ucap Ayuni sebaik salah seorang jururawat meletakkan dulang makanan di atas meja.
"Sama-sama."
"Hajar! Makan!" Bubur di dalam mangkuk dikacau terlebih dahulu.
"Aku tak ada selera." Lemah sahaja bicaranya.
"Awat? Nak makan panadol dulu? Baru selera hang mai beratuq?" Jelingannya sama sahaja dari semalam.
"Dah la. Tak habis panadol kau." Lengan Ayuni ditampar.
Tawanya meletus juga melayan telatah Ayuni yang umpama seorang mak. Ada dah ciri-ciri. Cuma perlu dilembutkan sedikit. Orang utara memang kasar ke?
"Ye la. Macam mana nak sihat. Makan pun tak mau. Hang sepatutnya syukuq aku ni jaga hang elok. Kalau dak, lama dah aku sumbat teruih."
"Ye la."
"Nah!" Mangkuk bubur dihulur.
"Yuni. Tangan aku tak boleh angkat la. Terketat-ketar dah ni." Hajar mengetarkan tangannya seraya mengangkat.
Pantas bibir Ayuni menyumbing.
"Hang! Tak padan dengan sakit nak membongak aku. Manja sangat." Jelingannya masih sama.
"Kau kan sahabat dunia akhirat aku. Suap la. Boleh la. Kalau tak aku minta panadol campur air coke. Kau nak tengok aku menggelupur mulut berbuih? Masa tu baru kau nak suap?" Bidasnya tegas.
"Amboi! Tinggi cita-cita nak masuk neraka jahanam?" Lengan sebelahnya mencekak pinggang.
"Kau ni. Ada je nak balas. Mulut kau memang macam mechine gun kan? Asal pistol tembak, kau lagi kuat tembak. Suap aku cepat." Balas Hajar sambil mencuit pipi Ayuni.
"Eee.. tak padan dengan sakit. Berlagak. Nah la cepat." Sesudu bubur disua.
"Tak nak." Wajahnya ditoleh ke arah lain.
"Hang ni. Mencabaq keimanan aku la. Satni aku tokak hang kang." Tubuhnya diketarkan. Sengaja mengacah. Berderai juga tawa Hajar namun ditahan.
"Suap la elok-elok. Lembut-lembut. Bayangkan aku ni suami kau." Sengih.
"Suami?! Hang ni memang dah terpesong jauh." Ayuni menggeleng.
"Ok la. Hajar. Hajar ku sayang. Mai sini Yuni suap. Cepat. Sebelum Yuni sumbat baik Hajar makan. Jangan banyak songeh ye sayang." Senyum masih diukir meski jelas rasa geramnya.
Hajar menerima suapan Ayuni dengan senyum yang lebar hingga ke telinga.
"Nak lagi. Hajar nak lagi." Pintanya dengan riak seperti seorang kanak-kanak.
"Nah." Disuap jua dengan penuh rasa geram dengan telatah mengada Hajar. Selamat sahabat, selamat sayang, kalau tak....
*****
"Assalamualaikum.""Waalaikumussalam."
"Sya mana?" Soal Fahim apabila kelibat Raisya langsung tidak kelihatan.
"Ada dekat dalam. Pening kepala katanya. Lepastu dia ada cakap nak makan takoyaki." Jelas Akma.
"Aku dah beli dah. Dia ada mesej tadi. Telefon dia charge ke?"
"Haah. Kenapa?"
"Patutla. Dia selalu main game. Kalau habis bateri, dia tidur dulu. Aku masuk dulu la."
"Jap! Suami aku mana? Dia pergi mana?" Akma beriak seakan kecewa.
Pagi tadi Ashriq berjanji mahu makan di butik. Tapi, masih belum sampai.
"Ada dekat luar. Hangkut makanan kot." Terus dia berlalu masuk meniliti keadaan Raisya.
Tubuh Raisya yang tertidur di atas kerusi kerja didekati. Bungkusan makanan diletakkan di atas meja.
"Sayang. Bangun. Biy dah beli takoyaki ni." Kepala Raisya diusap.
"Hmm.."
Bukan Raisya membuka mata, sebaliknya memeluk pinggang Fahim dan kembali tidur.
"Kenapa ni? Pening lagi?"
"Sikit. Lepastu sakit pinggang. Tak selesa la." Rungutnya manja.
"Kesian dia. Meh la duduk dekat sofa. Kita main game sambil makan. Biy suap." Pujuk Fahim.
"Tak nak main game. Nak tengok Ajen Ali."
Berderai tawa Fahim.
"Subhanallah. Ya la. Kita tengok Ajen Ali. Jom."
Raisya mengangguk. Fahim membantu Raisya menuju ke sofa. Seperti biasa, Raisya akan bersandar di tubuh Fahim.
Fahim menghulurkan telefon pintarnya ke arah Raisya. Biarlah Raisya mencari siarannya sendiri. Bungkusan takoyaki dibuka. Disuap Takoyaki kepada Raisya. Leka isterinya itu menonton kartun.
Jujur! Dia tidak pernah menyesal menunggu gadis itu. Dia syukur Raisya tidak menolaknya. Dia syukur Raisya tidak memabalas dendamnya pada Ashriq kepada Fahim. Sebaliknya, menghargai apa yang diterima.
Tidak pernah lagi mereka bergaduh besar. Sekadar gaduh manja. Raisya tidak boleh merajuk lama. Tak tenang tidurnya jika tidak memeluk Fahim.
"Sorry lambat. Terjumpa kawan lama tadi. Sorry." Rayunya dengan tangan yang penuh bungkusan makanan.
"Sayang okay je. Banyaknya beli makan. Siapa nak habiskan ni?"
"Kita la. Jom makan. Abang dah lapar la." Riak comel ditayangkan.
"Ala. Sian dia. Jom la."
Akma membantu Ashriq membuka bungkusan makanan. Satu per satu makanan dikongsi bersama. Gurau tawa. Semua ada.
Sudah sebulan mereka bergelar suami isteri. Keluarga Akma pun menerima Ashriq dengan hati terbuka walaupun pada mulanya agak risau dengan keputusan Akma untuk berkahwin dengan duda. Namun, Akma cuba meyakinkan mereka.
Alhamdulillah. Kini dia bahagia bersama Ashriq. Kini dia rasa selamat di sisi jejaka itu. Benarlah, yang jahat tidak mungkin selamanya jahat. Yang baik tak mungkin selamanya baik.
Ashriq langsung tidak pernah berkasar dengan Akma. Sebaliknya, melayan gadis itu umpama bidadari. Mungkin perkahwinan Ashriq dan Raisya adalah satu pengajaran buat Ashriq. Supaya dia belajar erti menghargai.
*****
Qahera keluar dari kamar mandi. Wajah Aman dipandang dengan rasa kecewa."Tak ada?"
Qahera hanya menggeleng. Air matanya yang dari tadi bergenang jatuh jua mengalir di pipi.
Pantas Aman mendapatkan tubuh isterinya. Dibawa duduk di sisinya.
"Tak ada rezeki lagi. Mungkin lain kali?" Tubuh Qahera dipeluk erat.
"Saya tak mampu nak bahagiakan abang. Nak bagi zuriat. Saya tak mampu. Maafkan saya." Sendu.
Sudah berkali mencuba, namun tiada juga hasil. Bukan tidak berusaha, tawakal pun sudah. Mungkin belum rezeki mereka. Aman langsung tidak pernah menyalahkan sesiapa. Mungkin ada hikmah.
"Tak apalah. Bukan salah sesiapa pun. Nanti kita pergi jumpa doktor. Okay?" Belakang Qahera diusap.
"Tapi kalau tak boleh juga?"
"Jangan la macam tu. Setiap apa yang terjadi tu, ada hikmah dia. Mungkin Allah nak uji kita?" Senyum diukir sebagai penguat sang isteri.
"Maafkan saya."
"Tak apalah. Tak mau la tengok bidadari abang menangis macam ni. Abang nak bidadari abang happy je. Dah! Jangan menangis." Air mata Qahera yang mengalir diseka.
"Dah ada Yana pun, abang dah syukur. Mungkin bukan rezeki. Sabar ya?"
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...