BAB 50

13.3K 133 6
                                    

"Hang! Ish!"

Hajar akur sahaja. Langkahnya penuh hentakan dendam.

"Dah! Duduk la. Makan. Kalau nak suruh hidang, kau suruh la Yuni si kawan baik kau tu. Tak kuasa aku layan kau." Hajar masing menyilangkan tangan di dada.

Berpasang mata terarah ke arah jejaka tinggi lampai itu. Tinggi Hajar hanya di parasa bahunya sahaja. Wajahnya yang tampan. Baju melayu yang kemas. Boleh dilabelkan sebagai Mr. Perfect 10 lah.

"Kenap layan di macam tu?" Soal Fahim dengan wajah bengang.

"Abang Im tau dak, dia ni suka kacau Jar masa dekat Uni. Buat itu la ini la. Hajar tak suka tahu tak? Hajar rimas. Mana Hajar pergi, semua tempat dia ada. Ya pun nak mengorat, perlu ke tunjuk terhegeh-hegeh tu. Macam bapok tau." Bibirnya diceberkan sambil anak mata menjeling Adhwa di sebelah.

"Dia suka Hajar. Tapi, Hajar tak suka dia. Tapi, kalau tengok macam ni, sepadan kan bang? Bagai pinang dibelah dua." Sengih.

"Belah dua tak semestinya yang sebelah tu sama besar. Maknanya, aku tetap tak suka dia." Jeling Hajar sebelum kembali melabuhkan punggung.

"Jemput la duduk. Jemput makan. Hajar ni memang macam ni. Jenis tak suka dikongkong. Kalau boleh, nak ikut kepala sendiri aje."

Semua ahli keluarga tertawa melihat reaksi Hajar. Tak habis-habis menjeling Adhwa dan Ayuni.

"Susah la nak kahwin macam ni bang." Sengih.

"Amboi! Fikir kahwin dah ni? Duit ada? Kerja ada?" Ashriq menjeling sambil mengunyah ketupat.

"Saya ada kafe bang. Yang penting, saya ikhlas nak jadikan dia Zaujah saya. Perempuan macam dia, mahal bang." Puji Adhwa.

"Zaujah apakah? Abang Im! Hajar tak suka. Tak nak la. Tak ada jodoh. Buang la angan kau tu." Selamba.

"Apa yang hang nak sebenaqnya? Lelaki yang pi club tu ka? Yang dok gheja naya anak dara oqang? Kira beruntung hang dapat dia. Hang ada nampak dia struggle nak kahwin dengan hang? Aku ja yang nampak. Sebab apa? Sebab hang tau nak benci ja. Cuba la lembut sikit. Perempuan kan?" Bidas Ayuni.

"Apahal ni? Nak raya kan? Bukan majlis meminang. Makan la." Hanya dia yang makan. Namun yang lain memandangnya tajam.

"Hajar.. dia sanggup kerja siang malam. Kan Galah?"

"Yup!"

"Dia sanggup merayu dekat pak dia nak buka kafe. Kan Galah?"

"Betul!"

"Dia sanggup kejar hang sebab nak ajak hang kahwin, bukan bercinta dahulu. Kan Galah?"

"Bener!"

"Nak apa lagi?"

"Aku nak dia masuk meminang aku. Tapi, kena jawab soalan yang aku bagi dulu." Cabar Hajar.

Adhwa sudah menelan liur pahit. Entah apa pula helah Hajar. Makin seram bakal isterinya.

"First! Rukun iman dan rukun Islam. Secara tersusun dan kemas." Lagak Hajar mengukir senyum. Namun, senyumnya makin karam apabila Adhwa mampu menjawab soalan pertamanya dengan tepat.

"Second! 10 tanggungjawab suami kepada isterinya." Masih jawapan yang tepat walaupun sedikit gagap.

"Third and last! Tujuh perwatakan saya yang saya tahu." Makin selamba wajahnya.

Adhwa membisu. Memikirkan jawapan atau sengaja?"

"Time almost up."

"Tak suka dikongkong. Caring. Penyayang. Baik hati. Berdisiplin. Bijak. Sukar percaya orang." Matanya terpejam saat meneka jawapan itu.

"Kenapa kau tak cakap aku ji pemarah atau baran? Sedangkan aku selalu marah kau?"

"Sebab aku tahu kau bukan jenis macam tu. Tapi kau ni tegas. Apa kau tak suka, kau tetap tak suka!" Senyum.

Suasnaa sunyi seketika. Ada yang sibuk makan.

"Setuju! 28 haribulan lapan mai masuk meminang kami. Lambat, kami tolak. Tepat pukul 12 keluarga hangpa mesti sampai dekat location nanti. Ada faham?"

"Ai ai cip. Tahnks! Alhamdulillah."

Sekian! Berakhirlah kisah antara keluarga bersahabat tersebut. Jelaslah, kebahagian abadi tak semestinya hadir selepas merasakan bahagia.  Boleh juga hadir selepas merasakan peritnya pemergian. Pedihnya mencintai. Sabarnya menunggu. Bencinya dahulu. Semuanya di tangan Allah. Takdir kita tak akan berubah selagi kita tak mengubah diri sendiri.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now