BAB 21

6.4K 142 9
                                    

"Akma. Cuba ambil stok baru jap." Pinta Raisya.

Kini dia sudah kembali bekerja di butik Datin Kamelia. Syukur wanita itu masih menerimanya bekerja di situ semula. Kali ini dia tekad tak akan meletak jawatan. Menyesal nanti. Jika ditinggakkan lelaki, begini la.

"Yang ni baru dapat. Yang lain dalam proses lagi kot. Nanti kau bincang la dengan datin." Berdozen paket baju diletakkan di hadapan Raisya.

"Thank you." Tangannya masih sibuk mencatat rekod barang.

Telefon seseorang berlagu.

"Sya! Ada orang call." Telefon pintar Raisya dihulurkan kepada tuannya.

"Tolong angkat jap. Aku busy la." Lembut sahaja tuturnya.

Tanpa melengahkan masa, Akma menjawab panggilan itu.

"Ni Akma. Sya sibuk."

"Dalam pukul lima macam tu. Kenapa?"

"Boleh aje. Lagipun tak ada cust sekarang ni."

"Okay. Waalaikumussalam."

Panggilan dimatikan. Telefon pintar Raisya diletakkan semula di kaunter.

"Siapa?"

"Buah hati pujangga kau la." Sindirnya.

"Buah hati mana pulak? Sejak bila aku ada buah hati? " Kerut wajahnya. Sudah lama dia menjanda tanpa sesiapa di hati selain mereka yang disayangi.

"Fahim kau la. Dia tanya kau balik pukul berapa. Pastu dia ada kata tak sempat. Pastu dia kata nak datang sini. Nak jumpa kau. Aku pun okaykan aje la." Tubuhnya direbahkan di atas sofa.

"Sejak bila entah jadi buah hati aku? Dia kawan aku aje la. Tak lebih. Cukup la. Tak sanggup la wey." Laju dia menggeleng.

"Tak sanggup konon. Tu Era cakap masa dekat kampung haritu kau cakap kau nak kahwin dengan dia. Pastu kau sendiri yang akan hantar rombongan meminang. Apa tu? Gurauan atau kebenaran?" Jelingan diberikan.

Pantas Raisya mencebikkan bibir. Ditepuk dahi. Penat dengan telatah rakannya yang tidak habis-habis menyakatnya dengan menyatukan dia dan Fahim.

"Itu ayat untuk halau jembalang yang tak faham bahasa. Aku tak maksudkan pun benda tu. Cukup la. Aku dah tawar hati. Paksa atau tak, aku tetap tak nak. Kalau ada yang suruh kahwin. Aku kahwin. Tapi jangan menyesal la aku mogok!" Bidasnya.

"Kau nak tak aku dengan Era cari suami untuk kau? Kitaorang janji cari yang baik. Lagipun kitaorang ada seorang kawan. Baik gila. Kalau kau dapat dia, Ya Allah bahagianya hidup kau." Menggeletik tubuhnya.

"Kauorang? Tak payah la. Aku rela menjanda macam ni dari kahwin dengan calon kau." Sinis.

"Fine! Jangan menyesal." Wajahnya ditutup dengan bantal kecil.

"Tak adalah." Senyumnya terukir.

*****
"Bang!"

Qahera melabuhkan punggung di sisi suaminya. Kini dia sudah bekerja di syarikat suaminya. Syarikat biasa sahaja yang bertemakan islamik.

"Ya sayang." Sengih.

"Abang rasa Fahim tu sesuai tak dengan Raisya?" Wajah suaminya ditatap.

"Fahim? Kenapa tanya?" Kerut dahinya dengan persoalan cepu emas Qahera.

"Era rasa Fahim tu suka Raisya la. Lagipun dia baik. Time susah dia ada aje. Era rasa dia boleh ubatkan hati Raisya yang sakit tu." Sangkanya.

"Tak payah masuk campur la. Biarlah diaorang. Ada jodoh tak ke mana."

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now