Ahsriq melabuhkan punggung ke atas sofa di kamar Dato Saad. Kakinya disilangkan. Blazernya dibuka butang. Selamba sahaja riaknya. Dato Saad yang berada di meja kerjanya lansung tidak diendahkan. Bongkak!
"Kamu dah ada calon?" Tenang.
Bukan dia mahukan harta Ashriq, tetapi biarlah dia dapat melihat ciciknya sendiri sebelum matanya terpejam rapat. Dia juga terkejut dengan wasiat anaknya. Ada kebaikan, dan ada keburukan. Kebaikannya, Ashriq akan mengakhiri zaman bujangnya. Keburukannya, bagaimana kehidupan isteri Ashriq jika Ashriq begini?
"Not yet." Selamba.
"So, when?"
"Give me one weeks, I will settled this problem? Okay?" Riaknya masih sama. Mana rasa hormatnya terhadap Dato Saad.
"One week? Alright! Satu minggu tepat. Harini hari Isnin, sebelum hari Isnin minggu hadapan, calon mesti dah dibawa jumpa tok daddy. Faham?" Senyum.
"What ever."
Terus dia keluar dari kamar itu. Risau juga tidak mendapat harta itu, namun, dia berlagak tenang.
*****
"Assalamualaikum."Lamunan Qahera dan Raisya terus mati. Pandangan dibawa ke si gerangan pengucap salam.
"Waalaikumusslam." Serentak.
"Jemput la duduk." Pelawa Qahera. Sopannya dia di hadapan Aman.
"So... He is Aman?" Keningbya dijongketkan.
Qahera menangguk, mengiyakan kata-kata Raisya.
Sungguh Raisya tidak sangka. Aman yang sebenarnya adalah lain dari jangkaannya. Terpesong jauh. Aman, seorang jejaka yang soleh. Berkopiah. Nampak macam ustaz muda. Wajahnya yang agak jambu, memang latut menjadi idaman Qahera.
Baru Raisya faham mengapa Qahera kata dia tidak bercinta, tetapi dia diajak berkahwin.
"Ada apa nak jumpa saya? Ada masalah ke?" Senyumnya diukir. Manis sungguh. Silap hari bulan Raisya yang jatuh hati. Namun, dia bukan perampas.
"Er.. Tak. Maksud saya, ada." Gugup Raisya dibuatnya. Bukan kerana kekacakan Aman, namun kerana sangkaannya yang jauh terpesong.
"Saya nak terus terang dengan awak sebelum saya setuju dengan lamaran awak." Serius.
Raisya membatukan diri. Biarlah Qahera yang menceritakan segalanya.
"Ada masalah apa sebenarnya?" Gusar pula dibuatnya. Nak berkahwin bukan semudah yang disangkakan.
"Sebenarnya, saya dah ada anak." Selafaz.
"Jadi, awak ni janda. Saya tak ada masalah." Senyum.
"Bukan. Saya bukan janda dan saya masih belum berkahwin. Anak saya tak sah taraf. Saya pernah buat silap." Air matanya mula bergenang saat terkenang peristiwa pahit itu.
Aman meraut wajah. Namun, sedikit aneh bagi mereka berdua. Senyumnya masih terukir walaupun menerima kisah sebegitu dari bakal Zaujahnya.
"Setiap manusia pernah buat salah Qahera. Saya pun pernah. Kita bukan Rasulullah S.A.W. Kita manusia biasa. Saya tak kesah kalau begitu kisah silam awak. Kita lupakan aje. Saya ikhlas nak jadikan awak Zaujah saya. Saya tak kesah kalau awak nak menolak. Saya terima dengan hati terbuka. Tapi, saya benar serius. Saya nak awak jadi isteri dunia dan akhirat saya." Senyum.
Ya Allah. Terkesima Qahera dan Raisya dibuatnya. Kata-katanya penuh gramatis. Sungguh mulia dirimu. Walaupun status Qahera begitu, dia masih snaggup menerima Qahera sebagai isterinya. Sungguh baik hatimu.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...