BAB 16

7.2K 195 2
                                    

Raisya mengukir senyum palsu saat melihat Ashriq turun dari kamar menuju ke dapur.

"Jemput makan tuan." Pelawanya.

Walaupun sudah 5 bulan bergelar isteri kepada Ashriq, layanan Ashriq kepada Raisya tetap sama. Diperlakukan seperti orang gaji. Pernah juga Ashriq pulang dalam keadaan itu. Saat itu dia mula rasa semakin tidak selesa dengan Ashriq.

"Tuan, kalau saya nak keluar harini boleh tak?" Pintanya dengan senyuman sambil menuang nasi ke dalam pinggan Ashriq.

"Kau nak pergi mana? Jumpa jantan lain?" Soalnya kasar.

Selama Raisya hidup dengan Ashriq, dia tidak pernah keluar dari kawasan rumah. Untuk ke rumah Dato Saad pun tidak dibenarkan. Untuk orang datang berziarah pun tidak dibenarkan. Wajahnya? Memang penuh dengan luka yang lama mahupjn baru. Lebam kiri kanan atas bawah.

"Eh bukan! Saya nak jumpa Qahera dengan Akma. Saya janji, saya tak bagi tahu apa- apa. Boleh lah tuan. Saya dah lama jumpa diaorang. Kali ni je." Rayunya separuh mati.

"Boleh percaya ke kau ni?" Sinis.

"Saya tak pernah tipu tuan." Wajahnya tertunduk.

"Boleh! Tapi dengan satu syarat. Cium bibir aku." Pantas dia memasang jerat. Tahu Raisya bukan jenis yang rela.

Pantas Raisya mengucup bibir Ashriq. Akibat rasa terujanya, dia lakukan juga. Namun ciuman itu bukan sementara, tetapi lama. Tubuh Ashriq ditolak perlahan.

"Tu... Tu... Tuan dah lewat ni. Nanti lambat pula." Sengihnya.

"Aku tahu kau nak lagi." Sengih. Pantas kepala Raisya ditarik dan dikucup semula bibir itu.

"Tuan! Dah pukul sembilan setengah." Rungutnya.

"Ye la. Jangan keluar lama. Jangan jumpa lelaki. Ingat! Kau hutang aku. Malam ni jugak aku nak kau bayar." Tegasnya sebelum berlalu pergi.

Raisya mengeluh berat. Tidak suka benar dengan telatah Ashriq yang suka memaksa. Namun, sejak bibirnya dan bibjr Ashriq bertemu tadi, jantungnya bagai tak tentu arah.

"Hai la jantung. Kau ni mengada. Aku tak suka jantung oi." Ujarnya sambil mengemas pinggan yang kotor.

*****
"Then? Kau tandatangan kontrak tu?"

Terkejut Akma dan Qahera saat Raisya memberitahu bahawa dia dan Ashriq hanya kahwin kontrak. Kahwin atas kertas sahaja.  Cukup masa, mereka terpisah jua apabila kertas sudah dibasahi dengan tangisan seorang bayi.

"Habis? Aku tak boleh nak buat apa-apa. Itu sahaja cara aku boleh hidup bebas semula." Meskipun janji dimungkiri, namun dia tetap mahu menceritakan masalahnya.

"Kau tak terfikir ke apa akan jadi pada anak kau..."

"Correction! Anak Ashriq." Pantas dia mengubah perspektif Akma.

"Fine! Kau tak rasa ke anak Ashriq tu nanti akan tanya siapa mak dia? Kau nak ke dilabel sudah mati tapi masih hidup? Kau tak kesian ke dekat budak tu nanti. Dia hanya alat untuk bapak dia dapat harta. Lepas bapak dia dapat harta? Anak dia?" Akma mengeluh.

Entah tak tahu bagaimana lagi mahu bercakap dengan Raisya. Boleh sahaja bawa kes ke mahkamah. Namun disebabkan rasa takutnya, dia langsung tidak berbuat demikian. Sebaliknya sanggup mengorbankan seorang anak demi kebebasan diri.

Raisya terkesima seketika. Langsung dia tidak memikirkan hal itu.

"Tapi aku boleh try tuntut hak kan? Aku boleh apa yang dia buat dekat aku." Balasannya terselit rasa gusar.

"Sya, ye pon kau nak bebas, aku harap kau fikir dua tiga kali tentang kontrak tu. Aku faham boleh tuntut hak, tapi kau yakin kau boleh menang?" Sayu nasihat ringkas dari Qahera.

"Entah la. Sekarang ni, aku kena banyak bersabar je. Aku akan cuba tunaikan separuh dari isi kontrak tu. Then, aku akan bawa kes ni ke mahkamah." Cadangnya.

"So, bila kau nak start mision kau?"

Bukan ingin membantu meruntuhkan rumah tangga, tetapi mahu membantu membina rumah tangga yang baru meskipun terpaksa bersama yang lain.

"Mission apa?"

"Buat anak?" Serius.

"Aku dah pregnant pun. Aku cuma belum bagi tahu Ashriq lagi." Selamba. Pandangannya dibawa ke lautan kereta.

"What?" Serentak.

"Bila?"

"Dah sebulan. Aku belum ready nak bagi tahu Ashriq."

"Dah sebulan? Then kau masih tak ready? Kau ni pelik la. Kau tak fikir ke, lagi cepat kau bagitahu, lagi cepat kau akan bebas?"

"Tunggu masa yang betul nanti aku bagi tahu la. Dah la. Dah nak habis waktu lunch ni, kauorang tak nak sambung kerja ke?" Soal Raisya dengan kerutan di wajah.

"Kau balik dengan siapa ni?" Tas tangannya dicapai.

"Teksi belambak." Bidasnya.

Usai mengucap tanda pisah, mereka mengikut haluan masing-masing.

Raisya duduk di tempat menunggu bas. Sebuah kereta audi hitam berhenti dia hadapan perhentian itu. Cermin tingkap terbuka.

"Sya, nak pergi mana?" Soal Fahim.

"Balik." Tenang sahaja bicaranya. Dia melilau melihat kawasan sekeliling. Risau Ashriq perasan akan tindak tanduknya.

"Jom la tumpang Im. Time ni susah nak jumpa teksi." Pelawa Fahim.

"Tak apalah."

"Nanti Im bagi tahu Ashriq. Jangan risau. Naik aje. Im hantar sampai rumah." Pelawanya lagi.

Raisya akur. Risau juga. Namun Fahim orang yang baik hati. Tak mingkin dia akan mengkhianati sahabatnya sendiri.

*****
"Kau tak payah nak tipu la! Aku tahu tu bukan Fahim. Kereta Fahim warna kelabu. Macam mana boleh hitam pulak?"

Lengan baju disinsing. Rasa amarahnya kian membara. Raisya yang sudah lebam wajahnya dipandang sekilas.

"Betul! Sata tak tipu. Awak cuba la tanya dia." Sayu suaranya dengan tangisan.

"Kau nak fitnah pun pada-pada la. Dia tu kawan aku kot."

"Saya tak fitnah."

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Raisya sehingga Raisya jatuh dari tangga. Ashriq kaku. Darah yang banyak mengalir keluar dari seluar Raisya. Pantas dia menoleh saat mendengar satu jeritan yang memanggil namanya.

"Apa kamu buat ni? Kamu memang tak ada hati perut Ash."

Pantas Dato saat memangku Raisya masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu menuju ke hospital sepantas mungkin.

Ashriq masih kaku dengan apa yang terjadi.

*****
"Tok daddy.. mana Sya?" Soalnya sebaik tiba di hadapan Dato Saad yang sedang duduk menunggu.

"Kamu nak tahu buat apa?" Selamba.

"Dia isteri Ash tok. Ash dah tanya dekat kaunter, semua orang tak nak bagi tahu. Kenapa tok daddy." Tangisannya kedengaran.

"Kamu tak payah nak cari dia sangat. Disebabkan kamu, Raisya keguguran. Mulai harini, tok daddy yang jaga Raisya. Kamu tak perlu ambil tahu pasal dia." Tegas Dato Saad.

"Gugur? Kenapa dia tak cakap dekat Ash?"

"Kalau dia cakap, kamu nak bagi layanan baik ke? Sudah la Ashriq dengan harta kamu." Bidas Dato Saad sebelum berlalu pergi.

Pantas telefon pintarnya dibawa keluar. Nombor Fahim didail.

"Hello.."

"Kau pahal gelabah ni?" Soal Fahim di hujung talian.

"Sya ada tumpang kau ke tadi?"

"Ada. Aku nak bagi tahu kau, tapi aku cari kau kat office tak jumpa. Aku call tak dapat."

Panggilan dimatikan. Ashriq melutut menahan rasa sesal.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now