"Qa.. Qa.. Qa... Qa... Qahera. I'm coming." Tas tangannya diletakkan di atas meja Qahera. Gadis itu hanya menjelingnya.
"Salam mana?"
"Ough! Assalamualaikum my baby boo.." dicium sekilas pipi Qahera.
Pantas Qahera menyeka kesan ciuman Akma. Gadis itu hanya menghilaikan tawa.
"Anak aku mana? Suami kau mana?" Selamba.
"Yana tengok tv. Aman keluar beli makan." Senyum.
"Yana! Come here to mummy!" Panggilnya saat melihat Liyana berjalan menuju ke arah bondanya.
Liyana duduk di atas riba Akma. Diusap rambut gadis itu. Sesekali terdetik rasa mahu berumah tangga. Kawannya yang seorang sudah punya anak. Seorang dah nak masuk kali kedua berkahwin. Dia? Masih lagi bujang? Umur sudah mencecah 24 tahun. Namun si jodoh masih belum tiba.
Dia yang tak mencari atau si jodoh yang ego? Mungkin boleh jadi jodohnya sibuk bekerja. Boleh jadi jodohnya seperti dirinya. Memikir hal jodoh saat masa lapang. Usia yang sudah lanjut membuatkan dia semakin kurang berminat dalam hal itu. Namun cemburu melihat kebahagiaan rumah tangga orang lain.
"Ummy! Ummy dengar tak?" Rengek Liyana. Pelatnya masih bersisa. Maklumlah baru berusia empat tahun.
"Ya?" Senyum.
"Ala! Penat la.. Yana kata ummy dah makan ke? Kita makan nak?" Sengih.
"Sorry la. Mummy melayang sekejap tadi. Yana lapar ke? Abi dah balik?" Soal Akma manja.
"Abi pergi sana. Yana lapar. Jom makan." Rayunya.
"Ye la. Jom!" Dia segera mendukung Liyana.
"Era! Jom sekali. Aku tak selesa tak ada kau."
Qahera mengangguk. Dia faham. Aman pun agak pendiam. Kalau bergabung dengan Akma yang tidak tahu memulakan perbualan? Sunyi sepi.
*****
Raisya masuk ke dalam perut kereta. Dipandang wajah Fahim."Kita pergi jumpa housemate saya jap ae? Tapi saya nak beli barang dia sikit."
"Okay."
Setelah usai membeli pesanan Ayuni, mereka segera menuju ke eniversiti tempat Ayuni belajar. Fahim memarkirkan kereta di lobi salah sebuah bangunan di situ.
"Mana housemate awak?"
"Jap saya call.."
Nombor Ayuni didail.
"Assalamualaikum. Akak dah sampai ni."
"Dekat tempat biasa."
"Warna grey."
"Okay."
"Dia on the way. Baru keluar kelas. Sorry la menyusahkan awak bawa saya sana sini." Sayu nadanya.
"Tak apalah. Saya okay aje. Nanti macam ni juga tanggungjawab saya." Sengih.
Tiba-tiba tingkap kereta diketuk seseorang. Raisya keluar dengan senyum meleret. Ayuni menyalam tangan Raisya. Sungguh gadis itu hormat akan dirinya.
"Im, tak nak keluar ke?" Soal Raisya sambil mengambil barang di bahagian belakang.
Fahim senyum.
"Ni barang siapa ni yang pesan belambak sangat ni?" Kerut wajahnya. Setahunya Ayuni tinggal bersamanya. Bukan di hostel.
"Kawan Yuni. Dia tak ada transport nak keluar. Nanti dia bayar balik dekat akak."
"Bukan akak bayar, ni..." Ibu jarinya diarahkan ke arah Fahim di sisi yang berdiri dengan senyuman.
"Ni bukan ke yang...."
"Saya la tu. Hal duit tu lupakan aje. Tak perlu bayar balik. Sekali- sekala tolong orang."
Ayuni memandang wajah Raisya dan menjongketkan kening kanannya. Raisya membalas dengan anggukan dan senyuman. Fahim yang di sisi sudah berkerut wajah melihat telatah mereka.
"Mana boleh macam tu bang. Banyak kot barang ni. Topup Yuni lagi. Yuni tak suka la terhutang budi macam ni. Risau." Sengih kerang busuknya ditayangkan.
"Risau? Saya okay la. Tak ada hal la. Rezeki masing-masing. Ni.. ada nak order lagi ke?"
"Eh! Tak payah. Dia ni kalau awak belanja, bankrup awak. Biar saya yang belanja dia nanti. Manja ni. Tak silap hari bulan, dompet awak kosong." Tawanya dan tawa Ayuni seiring.
"Okay la. Akak nak balik butik ni. Yuni habis kelas pukul berapa?"
"Dah habis dah. Tengah tunggu kawan Yuni jap. Nak balik dengan dia." Matanya melilau mencari kelibat seseorang.
"Boy or girl?" Tajam renungannya.
"B..b.. boy.." sengih.
Tahu sangat Raisya ini. Risau jika Ayuni keluar dengan rakan lelaki yang tidak dia kenali.
"Yuni ni suka buat akak risau la. Balik dengan akak aje la. Tapi kena duduk butik sekejap. Eork time akak tak habis lagi." Jam tangan di tangan kanan dikerling.
"Tapi..."
"Yuni... Bahaya la. Akak tak kenal tau. Akak risau. Nanti nak jawab apa dengan family Yuni kalau apa-apa jadi? Please! Ikut akak balik." Rayu Raisya.
"Ye la. Akak tunggu sini jap. Yuni ank hantar barang dekat kawan jap. Tunggu tau." Sengih.
Raisya mengangguk.
"Kenapa awak tak bagi dia balik dengan kawan dia?" Soal Fahim sengaja.
"Saya risau la pasal dia. Dia tu manja tau. Lemah. Sensitif. Saya risau apa-apa jadi. Orang zaman sekarang ni bukan semua boleh percaya. Kawan sendiri pun belum tentu. Dah la dia bukan orang berada. Kesian keluarga dia nanti. Saya ni pegang amanah orang. Tanggungjawab. Hilang? Tercalar la nama saya." Luahnya.
Betapa dia risau akan orang sekeliling. Orang yang disayanginya. Amanah yang dipikul berat. Jika tidak dijaga, boleh tercalar maruahnya.
*****
Raisya berdiri di hadapan pagar rumahnya menunggu kereta Fahim untuk berlalu pergi."Hujung minggu ni tau?"
"InsyaAllah. Take care. Jangan bawa laju. Kalau sayang saya bawa paling perlahan. Biar sampai tiga empat pagi pun. Asalkan selamat." Pesannya sengaja menyakat Fahim.
Sudah berkali-kali dipesan kepada jejaka itu supaya tidak menyusahkan diri mengambilnya pulang kerja. Kereta Datin Kamelia pun ada. Terasa membebankan orang pula.
Sungguh jujur! Kini dia rasakan bahagia bersama orang di sekelilingnya tanpa Ashriq. Bukan ingin mengtakan jejaka itu tak pernah berinya bahagia, namun lebih kepada derita. Dia syukur kini dia bebas. Dia boleh bersama siapa sahaja. Biarlah hati ini buat si dia sahaja. Usah diubah lagi rasa itu kepada orang lain. Sangat dia harap, hatinya tidak berpatah balik ke arah Ashriq.
"Tapi esok saya nak pergi kerja awal. Mana sempat nak rehat kalau sampai tiga empat pagi." Sengih kerang busuknya membuatkan Raisya tertawa. Wajah Fahim yang polos jelas kelihatan.
"Subhanallah. Saya gurau aje la. Dah! Pergi la balik rehat. Take care." Tawanya masih bersisa.
"Tak rindu saya ke nanti?" Sengih nakal ditayangkan.
"Tak ada masa nak rindu awak. Dah! Balik!"
"Nanti rindu call tau. Bye!" Pintu kereta ditutup.
Raisya menggeleng kepala. Melayan telatah Fahim langsung tak pernah membuatkan dia rasa bosan.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...