Ding! Dong!
Terdengar deringan pintu bermakna ada yang memasuki butik megah itu. Seorang jejaka berbaju koporat melangkah bongkak menuju ke ruang kaunter butik. Dilihat sekeliling butik itu sebelum memulakan pertanyaan.
"Selamat pagi encik. Boleh saya bantu?" Soal Akma sebaik menyedari kehadiran jejaka itu. Terpaut juga hatinya melihat kesegakan jejaka itu.
"Saya nak jumpa owner butik ni." Selamba. Cermin mata gerhananya ditanggalkan.
"Maaf encik. Owner butik ni tak ada. Dia di Johor sekarang. Ada pesanan apa ya encik?" Senyimnya masih terukir kemas.
"Johor? Never mind." Terus dia berlalu dari kaunter itu.
"Sombong!" Ujarnya perlahan sebelum kembali melabuhkan punggung.
Jejaka itu menghentikan langkahnya di tengah butik. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket kanan seluar. Nombor seseorang didail.
*****
Raisya mengangkat panggilan yang berlagu. Menyibuk aje mamat ni. Baru dia teringat akan pesan Ashriq untuk berjumpanya di butik. Mungkin sudah tiba di lokasi yang diberitahu."Kau kat mana ni?" Soalnya kasar tanpa memberi salam.
"Ye pun bagi la salam dulu encik." Lembut tuturnya.
"Saya ada dekat butik la. Kenapa?" Dengusnya cuba diselindung.
"Menipu! Aku dah sampai butik kau ni. Aku tanya orang kat kaunter tu dia kata kau pergi Johor. Kau jangan main-main dengan aku." Ugutnya. Wajahnya diraut.
Seketika suasana sunyi kedengaran di hujung talian.
"Toleh belakang."
Ashriq menuruti arahan dari hujung talian. Panggilan terus dimatikan serentak bersama Raisya. Raisya menyilangkan tangam di dada. Wajah sememeh ditayangkan. Meluat melihat wajah Ashriq. Sudah tiga hari begini. Bermula dengan sombong, di pertengahan cerita juga masih sombong.
"Asal dia cakap kau dekat Johor?"
"Encik tanya apa dekat dia?" Selamba. Sesekali tudungnya dibetulkan.
"Aku cakap aku nak jumpa owner butik ni." Dengusnya geram sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas sofa di ruang tengah butik. Kakinya disilangkan. Wajah ketatnya terlayar.
"Memang tak jumpa la. Saya ni pengurus cawangan aje. Owner butik ni memang dekat Johor. Betul la information yang dia bagi tahu encik tu." Punghunya dilabuhkan bertentangan dengan Ashriq. Namun mata tidak terarah pada wajah bongkak itu.
"Makin kurang ajar kau ae?" Gumamnya.
"Encik Ashriq Helmi. Saya ni ada banyak kerja lagi tau. Boleh tak kalau encik cakap aje apa tujuan encik nak jumpa saya hari ni?" Senyum diukir sekilas.
"Aku nak kau pergi fitting baju kau. Ambil la berapa mahal pun. Asalkan siap sebelum majlis nikah. Lepastu, cari baju untuk aku. Itu sahaja aku suruh kau settlekan. Yang lain aku uruskan." Tegasnya bernada. Namun riaknya masih selamba dengan telefon pinatarnya.
Selalu menjadi pertanyaan di dalam fikiran Raisya. Mengapa Ashriq tidak memandangnya saat berbicara? Pandangannya yang ansyik dilarikan dari memandang wajah Raisya. Keliru dibuatnya. Lelaki sebongkak itu tak akan selemah ini?
"Ada saya kata saya setuju ke nak kahwin dengan encik? Encik jangan nak perasan sangat boleh tak?" Bibirnya dicebikkan. Kakinya disilangkan. Majalah dicapai. Lebih baik lihat majalah dari lihat Ashriq. Jejaka itu sering menyakitkan matanya.
Bingkas Ashriq bangun. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Bibirnya didekatkan dengan telinga Raisya. Namun pantas gadis itu bangun dan berundur.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...