BAB 2

9.2K 256 5
                                    

Raisya merenung ke luar balkoni. Pemandangan di bandar tidak sama lansung dengan kampung. Umpama kucing dan burung. Pemandangan bangunan yang mencakar langit. Kenderaan yang bising. Bandar ini memang tidak pernah tidur. Dia pun tidak tahu bagaimana kehidupan di bandar. Sudah tiga hari dia tinggal di rumah Qahera, namun matanya tak mahu terlelap. Sudah bertan- tan bantal diletakkan di atas kelopak matanya, namun masih tidak mahu terlelap. Suasana yang bising membuatkan tidurnya penuh dengan tekanan.

Kerja sudah dipohon. Tunggu pekerja lama yang ingin berpindah itu sahaja keluar. Kalau boleh, dia mahu terus bekerja hari itu juga. Namun, kerja yang diberikan terhad. Butiknya memang besar, namun hanya mahu dua orang pekerja. Terpaksa la dia menunggu. Mahu tak mahu, terpaksa dia menghadap deretan bangunan pelbagai rupa itu.

Terdengar loceng rumahnya berbunyi. Maknanya, Qahera sudah pulang.

"Lamanya keluar cik kak oi." Ujarnya separuh mengejek.

"Kau jangan nak mempersoalkan kewibawaan aku ae. kau yang tak nak ikut. Nasib la." cebik Qahera.

Sudah berkali-kali diajak Raisya mengikutinya meluangkan masa cuti. Namun gadis itu hanya menolak. Katanya, duduk di rumah pun sudah cukup terseksa, inikan pula mahu pergi meronda satu bandar. Semak matanya.

"Aku tak kesah la." sengih.

"Ough! By the way, esok kau dah start kerja kan?" Pin tudungnya dicabut satu persatu.

Raisya mengangguk, mengiyakan tekaan Qahera.

"So... Kau kena bangun pukul 5:30 pagi. Pergi kerja kol 8. Blok butik sama blok dengan tempat kerja aku je. So, kau tumpang aku aje la." Sengih.

"Boleh aje. Nanti aku tampung duit minyak." Cawannya kotornya dibawa ke sinki dapur.

"Lagi cantek. Aku nak mandi dulu ni, malam nanti kita keluar beli barang dapur sikit. Nanti kempunan pulak tak makan. Kau tu dah la badan macam papan." Tawa kecilnya berderai. Raisya ditinggalkan dalam keadaan mencebik.

Qahera ni mulut bukan berinsurans sangat. Kalau boleh, dengan Raisya dia mahu jujur sahaja. Namun, tidak sehingga menyakitkan hati. Jika tidak sengaja, dia akan minta maaf. Raisya pula mudah memaafkan. Hatinya lembut. Terkadang sangat naif. Anak tunggal, beginilah dia.

*****
Dato Saad berjalan gagah menuju ke meja PA Ashriq. Hatinya gusar.

"Lily.." senafas.

Lily bangun dengan keadaan gelabah. Sudahlah dia leka dengan tugas yang bertimbun. Dato Saad membuatkan jatungnya mahu tercabut. Difikirkan Ashriq yang datang. Jika tidak, habia dia dimaki hamun kerana tidak fokus.

"Ya Dato, ada apa-apa tak kena ke?" Senyumnya diukir segaris.

"Ash mana?" Dahinya berkerut.

"Tuan Ash tak masuk office lagi Dato." Senyumannya masih terukir.

Senyumnya yang manis bak madu. Wajah yang anggun membuatkan dia menjadi kegilaan ramai jejaka. Mahupun di GigaMega ataupun di luar. Pernah juga dia dimaki hamun Ashriq kerana melayan jejaka yang mahu menawan hatinya. Namun, dia tidak pernah tawar hati untuk bekerja di GigaMega sebagai PA kepada Ashriq. Cekal hati wanitanya. Dia mahu membuktikan bukan semua wanita lemah. Bukan semua hati wanita umpama tisu dua lapis yang dileraikan menjadi satu.

"Dia tak bagi tahu ke dia pergi mana?" Misainya diusap. Jelas tegasnya.

"Maaf Dato. Dia tak bagi tahu apa-apa pun dekat saya. Dato nak saya telefon Tuan Ashriq ke?" Ganggang telefon sudah dipegang. Menunggu persetujuan sahaja.

"Eh, tak perlu. Dia ada kerja luar kot." Sangkaannya begitu longgar. Cuba mengubah perspektif negatif dalam fikirannya.

"Baio Dato." Senyum. Dia masih berdiri kaku di situ. Tidak mahu dilabel tidak menghormati majikannya.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now