BAB 18

7.2K 181 0
                                    

Pantas Ashriq mendapatkan tubuh Raisya sebelum sempat gadis itu sampai di tempat duduk. Tubuh itu dipeluk erat. Sungguh dia rindu. Namun Raisya menepis pelukan itu. Sebaliknya hanya melabuhkan punggung di tempat asal dengan wajah selamba.

"I don't want to waste you time. Let's talk now." Tegasnya dengan wajah selamba. Tanannya disilangkan di dada.

"Sya! Mana awak pergi? Dah lama saya cari awak. Saya rindu awak." Sebelum sempat dia mencapai tangan Raisya, gadis itu pantas menariknya terlebih dahulu.

Raisya menyabut cincin dari jari manis tangan kanannya. Diletakkan di hadapan Ashriq.

"A.. ap.. ap.. apa ni?" Berkerut wajahnya cuba menafikan anasir jahat.

"Tolong lepaskan saya. Saya tak nak cakap banyak. Apa awak buat dekat saya dah beri kesan yang dalam. Saya tak nak saya terluka selamanya. Secepat mungkin saya nak kes ni dibawa ke mahakmah." Tegasnya.

"Sya! Apa ni? Apa awak merepek? Cerai? Tak masuk akal la."

"Apa yang tak masuk akal lagi Ash? Atau awal yang tak ada akal? Tak fikir perasaan saya?" Sinis.

"Tapi Sya.."

"Time's up. I have to go now. Jumpa di mahkamah." Pesannya sebelum berlalu pergi.

*****
Bang!

Hentakan pintu yang kuat itu membuatkan Fahim dan Dato Saad yang sedang berbincang terkejut. Wajah bengis Ashriq ditenung.

"Kau pahal Ash?" Tengkingnya. Geram dengan tindkan kurang ajar Ashriq.

"Apa tok daddy dah buat dekat Sya sampai dia nak minta cerai dengan Ash?" Wajah Dato Saad ditenubg tajam. Sebaliknya pandangannya dibalas dengan tawa sinis.

"Tok daddy tak buat apa. Itu petunjuk yang Allah bagi dekat dia. Itu berpunca dari kamu juga. Kalau kamu layan dia umpama bidadari mesti benda ni tak jadi. Tapi kamu layan dia macam hamba abdi. Lepaskan ajelah." Sinis.

Bukan mahu meruntuhkan masjid, namun dia serba salah dengan Raisya. Kesalahan yang Ashriq lakukan pada Raisya membuatkan diri menyalahkan dirinya sendiri.

Fahim yang mendengar mula terkesima. Kaku. Beku. Entah benar atau tidak apa yang masuk ke dalam telinganya.

"Ash tak nak cerai!" Wajah bengisnya semakin menyeramkan.

"Tok daddy tak kesah. Kamu kena juga pergi mahkamah. Cerai atau tidak itu atas keputusan hakim dan ketentuan Allah. Kalau kamu tak pergi, kamu jangan harap nak dapat hidup mewah macam sekarang ni." Tegasnya dengan wajah yang bengis.

Ashriq berang. Dia berlalu pergi dengan perasaan amarah yang membara.

"Ap.. apa dah jadi ni dato? Kenapa ada cerai berai pulak ni?" Fahim dibelenggu kebingungan.

"Sya nak minta cerai. Dia nak bawa kes ni ke mahkamah. Lepas apa yang Ashriq dah buat dekat dia, dia dah tak boleh terima Ash." Sayu.

Fahim dibuai lamunannya.

*****
Kini tiba hari penentuannya. Sama ada Ashriq atau Raisya yang akan menang. Itu semua di tangan Allah. Jika tiada jodoh, nak dibuat apa lagi. Jika ada, pasti bertemu kembali.

"Sya!"

Jeritan itu membuatkan langkah Raisya terhenti di perkarangan mahkamah. Air mata yang mengalir dikesat. Akma sebagai peneman di sisi mengusap belakang Raisya cuba menenangkan gadis itu.

"Sya!" Termengah- mengah Ashriq berdiri di Raisya. Wajah gadis itu ditatap penuh rasa sesal.

"Apa lagi awak nak?" Nadanya sedikit kasar.

"Sya... Saya minta maaf. Tapi ini dah suratan takdir. Maafkan saya. Kita bina hidup baru?" Pintanya sayu namun tidak sedikitpun memberi kesan terhadap hati Raisya yang sudah tertutup kemas buat Ashriq.

"Awak dengar elok-elok. Mulai saat ni. Mulai harini. Saya bukan lagi hamba awak. Awak bukan lagi tuan saya. Kita dah tak ada apa-apa. Cukup la awak dah seksa saya. Saya dah tak sanggup. Kita tak ada jodoh dan saya harap jodoh kita memang tak akan ada. Sebaik mana pun awak berubah, sealim mana pun awak nanti, saya tetap tak akan terima awak." Tegasnya dengan wajahnya yang masih merah.

"Sya... Saya sayang awak!" Tangan Riasya digenggam namun pantas gadis itu menepis.

"Sayang mana pun awak pada saya, saya tetap tak mahukan awak. Cukuplah sekali hati saya sakit. Saya tak akan benci awak, tapi saya mungkin akan lupakan awak. Jangan ganggu saya lagi. Kita dah tak ada apa-apa. Assalamualikum." Terus Raisya berlalu pergi.

"Sya!"

"Ash, awak renunglah balik salah silap awak. Awak rasa layak ke awak jadi suami wanita sebaik Raisya? Awak kena bersyukur dia tak dakwa awak. Lupakan dia Ash. Kalau ada jodoh, tak ke mana."

Ashriq ditinggalkan dalam keadaan melutut. Menitis air mata lelakinya. Sesal penuh sesal.

"Sesal kamu dah tak ada guna Ash. Tok daddy tak tahu la apa nak jadi dengan kamu. Perempuan kamu buat alat pemuas nafsu sahaja." Sinis.

*****
"Yang dah lepas tu lepaskan aje la Sya. Tak ada jodoh nak buat macam mana." Secawan kopi dihulirkan ke arah Raisya yang termenung di balkoni rumah.

"Ya la Sya. Mungkin ada yang lebih baik Allah nak bagi kau. Kita tak tahu kan?" Akma turut melabuhkan punggung di sisi Raisya.

Bukan Akma tidak ada rumah, tetapi mahu menumpang seketika. Kasihan melihat keadaan Raisya yang masih dibelenggu pelbagai rasa.

"InsyaAllah. Itu aku tahu. Aku bukan apa, cuma aku harap yang dia tak berdendam dengan aku. Aku harap dia boleh lupakan aku. Masa dia cakap dia sayang aku tu aku nampak sangat dia ikhlas. Tapi, aku dah tawar hati. Sayang dia pun tak rasa." Tawa sinisnya dialunkan.

"Tak apalah Sya. Lupakan. InsyaAllah dia akan lupakan. Sama-sama doa la."

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now