BAB 1

11K 244 1
                                    

"Pak Mat, saya nak berhenti." Ujarnya dengan wajah tertunduk.

Seriau pula rasanya mahu mohon berhenti. Bukan dia tidak kenal dengan Pak Mat. Tok Mudim dan ketua kampungnya. Sekali dia marah, sunat kali kedua la kau.

"Aik! Kenapa tiba-tiba kamu nak berhenti pulak ni? Upah yang Pak Mat bagi tak cukup ke?" Kerut dahinya.

"Eh bukan..." Laju kepalanya menggeleng tekaan itu.

"Habistu? Macam mana kamu nak sara diri kamu kalau tak kerja Sya?" Pak Mat cuba menjadi prihatin.

Raisya sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Susah baginya untuk melihat cacat cela gadis itu. Cekap bekerja. Kemas dan cantik orangnya. Namun satu sifatnya yang banyak merisaukan orang tersayang, dia seorang yang naif. Apa sahaja yang disuruh, dia buat. Naif tidak bermaksud dia terencat. Dia cuma terlali lembut dan sopan. Sehinggakan, ramai juga yang sanggup datang ke Warung Pak Mat semata-mata mahu berjumpanya.

"Sya nak kerja KL. Nanti anak Mak Jah tolong carikan kerja." Senyum.

"Ough! Pak Mat ingat sebab Pak Mat layan tak baik. Pak Mat ni, ikutkan aje. Pak Mat tak mahu la menghalang impian kamu." Kopi panas dicicip perlahan.

"Maknanya, Pak Mat bagi la ni?" Senyum separuh girang sudag terlakar kemas.

"Pergi la Sya. Capai cita-cita kamu." Senyumnya dilemparkan khas buat Raisya.

"Terima kasih Pak Mat." Senyumnya sudah semakin lebar.

Yahho! Kerja baru.

"Hai Sya, nak pergi KL tak cakap pun dekat aku. Nanti aku rindu macam mana?" Sapa Idham atau lebih dikenali sebagai kicap. Kulitnya yang agak gelap, membuatkan nama itu timbul.

"Ada-ada je kau ni Kicap. Ni, kau nak minum apa?" Senyum.

"Bagi aku kopi tak nak manis satu." Surat khabar di hadapannya diselak satu per satu.

"Aik, sejak bila kau minum kopi tak manis ni? Bukan kau selalu mintak manis lebih ke?" Keningnya terjongket. Buang tabiat agaknya si Kicap ni.

"Harini kosong je. Aku tengok senyum kau hari ni pun dah cukup buat air aku manis melecas."

Berderai ketawa anak muda di meja itu. Ada saja telatah si Kicap ni. Kalau bab menyakat dan memikat, memang nombor satu la.

"Mengarut la kau ni. Tunggu jap." Raisya ketawa kecil dengan usikan Kicap.

"Baik sayang." Sengih!

*****
"Wo bro! Termenung apa?" Sapa Fahim sebaik sahaja melabuhkan punggung di hadapan meja Ashriq.

Sejak semalam lagi dia perasan sahabat baiknya itu termenung aja. Sekejap baring. Sekejap menggeleng. Sekejap menggigit jari. Entah apa yang difikirkan. Entah apa yang berlegar dalam fikiran sahabatnya itu. Ingin juga dia tahu. Namun, dia bukan jenis yang memaksa. Kadang-kadang tak disuruh cerita pun Ashriq sudah khabarkan.

"Harta parents aku." Rengusnya geram.

"Harta? Apasal dengan harta parents kau pulak?" Wajahnya berkerut. Kurang pasti dengan kenyataan Ashriq.

"Aku kena ada seorang anak untuk dapat harta tu. And! Anak tu anak yang sah taraf." Gumamnya.

Sungguh panas hatinya. Terasa bagai gunung api yang meletus dan terus mengalir melimpahi jiwanya. Untuk mendapatkan harta yang diimpikan, bukan semudah yang disangka. Bukan semudah mengupas kacang. Malah lebih sukar dari mencari ilham. Mahu sahaja dia mengugut peguam itu, namun tok daddynya lebih tegas.

"So, kahwin je la. Bagus juga. Kau pun dah lama membujang. Dah 23 tahun, okay la tu." Sengih.

Mahu juga dia merasa nasi minyak kenduri sahabatnya sendiri. Sudah lama tak merasa. Dia? Entah bila nak merasa nasi minyak sendiri. Laku pun belum.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now