Raisya terjaga dari lenanya. Wajahnya berkerut seribu. Bahagian ari-arinya dipegang. Tangan kiri mencengkam cadar. Dari tadi lagi rasa sakitnya. Namun, dia hanya mengabaikan. Difikirkan bayi yang menendang.
Lantas dia bangun menuju ke kamar Fahim.
"Hubby..."
Berkali-kali nama Fahim dilaung. Bertubi-tubi pintu diketuk.
"Fahim! Sakit!" Pekikknya sekuat hati.
Lantas pintu kamar terbuka. Tanpa bersoal, Fahim teus mencempung tubuh Raisya masuk ke dalam kereta. Raisya bukan berat. Kecil sahaja tubuhnya.
Kereta dipandu laju memecut membelah pagi yang masih buta.
"Hubby dah cakap jangan tidur sendiri. Hubby risau." Air mata yang begenang ditahan.
Raisya hanya membisu. Sakit yang terasa semakin lama semakin dehaka.
*****
Fahim tak senang duduk. Sekejap ke hulu. Sekejap ke hilir. Macam-macam anasir negatif hadir."Kalau jadi apa-apa, maafkan Sya. Jaga Adreyan!"
Kata-kata terakhir Raisya masih terngiang di ingatan. Risau apa tejadi.
Selepas beberapa minit, seorang doktor perempuan keluar dari kamar itu. Pantas Fahim menerjah dengan wajah yang penuh persoalan.
"Alhamdulillah, encik dapat anak lelaki. Tapi, isteri encik tak dapat diselamatkan. Kami dah cuba sedaya upaya."
"Doktor tipu!" Fahim memekik.
"Maafkan saya. Saya minta diri dulu." Doktor perempuan itu teus berlalu pergi.
Fahim kaku. Jatuh terduduk mendengar khabar itu. Luluh hati seorang suami. Air matanya tak henti mengalir.
*****
Sepasang tangan menyapa Fahim dari arah belakang."Dia dah tinggalkan aku Ash. Dia dah tinggalkan kitaorang." Luluh luahannya.
Sedih isteri yang tercinta sudah pergi. Lebih mneyedihkan, dia tak dapat menatap wajah Raisya buat kali terakhir. Itu permintaan Raisya. Sekuat mana pun desakan, itu la yang ditetapkan.
"Ini semua Allah dah tentukan. Kau kena kuat. Kau kena besarkan anak kau." Ashriq melabuhkan punggung di sisi Fahim.
"Siapa nak susukan Adreyan? Siapa nak jadi ibu dia? Aku tak kuat Ash." Fahim menggeleng. Air matanya sudah habis untuk dititiskan.
"Jangan la macam ni. Dia dah pergi. Kau kena jaga anak kau. Dah la." Ashriq mengeluh.
Fahim membisu. Pandangannya dibawa ke luar tingkap.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...