BAB 22

5.4K 133 1
                                    

"Awak yakin ke benda ni akan berhasil?" Risau sahaja riak wajahnya. Tiga pasang mata di hadapannya ditatap.

"Of course la kena yakin. Fahim kan suka dia. Apa salahnya kalau Fahim terus lamar dia. Dia bukan tak kenal Fahim. Lama dah kan. Saya perasan lagi masa dekat mall haritu, awak pandang Raisya." Sengih.

Kejadian itu sungguh jelas di matanya. Jelas mata jejaka itu tertumpu pada Raisya dan bukan pada dia.

"Perasan ke? Masa tu saya just pandang aje." Sengih. Lehernya digosok.

"Tak apalah. Tak salah mencuba. Mana tahu hati dia akan lembut. Lagipun Sya kata Ashriq jumpa dia semalam."

"Pastu apa jadi?" Fahim mula resah.

"Entah! Tapi dia kata dia dah buat keputusan gila. Tapi dia rasa tu yang terbaik. Pastu bila saya tanya keputusan apa. Dia kata keputusan yang akan ubah hidup dia. Keputusan tu memang berlawanan dengan prinsip hidup dia yang sekarang. Pastu dalam masa satu hari kita semua akan tahu keputusan tu dari seseorang." Kerut wajahnya memikirkan apa sebenarnya maksud keputusan Raisya. Masih tak dapat dirungkai.

"Apa prinsip dia?" Soal Aman yang dari tadi hanya membisukan diri.

"Entah. Saya pun tak tahu. Cuma saya tak faham, kenapa satu hari?"

"Jap! Aku rasa aku tahu apa dia punya prinsip. Dia kan selalu cakap yang dia tak akan kahwin dah. Dia dah tawar hati. Maknanya..."

Matanya dan mata Qahera yang membuntang bertentang.

"Ashriq!" Serentak!

*****
Raisya mengeluh. Dia tak pasti. Apa keputusannya ini betul atau tidak. Adakah akan menyiksa batinnya? Atau memberi kebahagian yang selama ini dicari?

"Bantu aku Ya Allah."

Shawl merah terangnya dibetulkan. Wajahnya diperkemaskan. Gaun hitam yang sudah tersarung di tubuh diperbetulkan.

Ya! Gaun itu pemberian Fahim buatnya. Namun dia masih tak faham apa maksud gaun itu. Jika diikutkan hati, dia malas mahu keluar, tetapi disebabkan luahannya ini dia perlu juga.

Tok! Tok!

"Kak Sya! Ada orang mai nak jumpa Kak Sya dekat luaq." Jelas suara itu di sebalik daun pintu.

Memang la dia selayaknya mendapat gelaran itu kerana teman serumahnya adalah pelajar universiti. Walaupun sudah melarang gadis itu memanggilnya begitu, gadis itu tetap degil. Katanya macam tak hormat pula.

"Kejap!"

Raisya mencapai tas tangannya dan menutup lampu kamar sebelum keluar.

"Wah! Cantiknya akak. Nak pi mana?" Sengihnya bertandang.

"Akak ada hal sikit."

"Yuni kunci pintu tutup lampu tau. Akak balik lambat sikit kot. Kalau takut panggil aje kawan teman. Tapi jangan buat parti pulak." Pesannya dengan senyum manis.

"Tak da aih. Yuni dah biasa tinggai soqang ni. Akak ada kunci dak? Kalau tak dak Yuni tak kunci pintu. Takut satgi tak dengaq orang panggil."

"Eh! Akak ada kunci. Jangan buat kerja loqlaq la tak kunci pintu. Awak tu anak dara. Cantik. Risau akak. Kunci tau. Kalau nak keluar akak izinkan. Tapi jangan balik lewat. Esok ada kelas kan?" Kasutnya disarung.

"Yup! Tak pa lah. Kak pi la. Pandai la Yuni jaga diri. Kesian parka dah tunggu. Bye!" Tangannya dilambai.

"Assalamualaikum. Kunci pintu!" Pesannya dengan tawa.

"Waalaikumussalam."

Raisya menutup pintu. Senyum diukir buat Fahim yang duduk bersandar di tepi kereta. Segak pemakaiannya. Berkemeja lagi.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now