"Fine!" Jeritnya penuh geram.
"Ash boleh la. Tok daddy tunggu aje. Nanti Ash bawak balik. Ash nak kahwin terus." Rambutnya dikusutkan.
Dia terpaksa menerima kenyataan bahawa wasiat itu tak dapat diubah. Dia mesti mempunyai seorang anak. Jika tidak, semua harta itu akan beku di situ sahaja. Selagi tidak bertindak, selagi itu dia tidak puas.
"Bagus la kalau macam tu." Dato Saad mengukir senyum.
Sejak anak dan menantunya meninggal akibat kemalangan jalan raya, Ashriq banyak berubah. Kelakuannya lebih kasar. Dengan dia pun Ashriq sudah hampir hilang rasa hormat.
"Kalau macam itu, saya minta diri dulu. Nanti kita akan bincang balik semula apabila Encik Ashriq sudah mendapat zuriat."
Peguam itu bersalaman dengan Dato Saad. Huluran slaamnya disambut ringan sahaja oleh Ashriq. Mungkin kerana tidak puas hati. Dia hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah. Dia tidak kesah dengan kecaman.
"Terima kasih ya." Senyum.
Usia sahaja peguam itu melangkah keluar dari rumah mewah itu, Dato Saad menerpa perlahan tubuh Ashriq yang masih mengenggam kayu sofa. Bahu Ashriq dipegang. Bibirnya didekatkan dengan telinga Ashriq.
"Tok daddy harap, kamu kahwin ni bukan semata-mata kerana harta Ash. Tanggungjawab sebagai suami itu penting." Ujarnya tenang sebelum mendaki anak tangga satu per satu.
Ashriq tersenyum sinis.
"Dia ingat aku ni baik sangat ke?" Sinis.
*****
Raisya sibuk mencatat rekod stok baju yang baru sahaja tiba. Walaupun baru sebulan dia bekerja di situ, namun Datin Kamelia sangat mempercayainya. Raisya tidak seperti pekerja yang lain. Dia amanah. Dia bertanggungjawab. Tidak pernah dia kecewakan Datin Kamelia."Sya.."
Pergerakan Raisya terus terhenti saat namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah tuan badan. Segera dia bangun.
"Datin." Tubuhnya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat.
"Masuk office saya sekejap." Senyum.
Raisya segera meninggalkan tugasnya. Dia membuntuti Datin Kemelia masuk ke pejabat. Punggungnya dilabuhkan apabila Datin Kamelia mempersilakannya.
"Ada apa Datin nak jumpa saya?" Lambut sahaja nadanya. Wajahnya ditundukkan. Raisya memang pemalu. Mudah sungguh gugup.
"Saya nak minta tolong awak ni. Bukan sikit. Tapi banyak." Kerut dahinya. Debar kian terasa. Risau Raisya tak menerima pelawaannya.
"Minta tolong apa tu Datin?" Teruja pula rasanya.
"Saya segan la. Rasa macam menyusahkan kamu pula. Nanti kamu rasa saya paksa kamu pula." Sengih.
"Eh! Tak apa Datin. Selagi saya boleh tolong, saya tolong." Senyumnya diukir seikhlas mungkin.
"Saya...."
*****
Baa!Ashriq menderaiakan tawanya saat Fahim menjeling. Geram pula rasanya. Orang tengah sedap mengelamun, dia terkejutkan pula.
"Kau termenung apa bhai?" Tawanya masih bersisa.
"Tak ada apa la." Senyumnya terukir semakin lebar.
"Tak ada apa konon. Ni senyum semacam ni. Macam orang tenah angau bercinta aje." Bahu Fahim ditampar.
"Entahlah. Rasa juga macam tu. Tapi cinta masih belum terbalas." Sayu.
Minggu lepas ada dia bertemu dengan Raisya dan mengajak gadis itu makan bersama. Rancak sahaja boraknya. Raisya juga seorang yang periang. Namun, satu sifat gadis itu. Dia hanya melayan Fahim sebagai seorang kawan.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...