BAB 40

5.4K 115 0
                                    

"Suami aku."

Selamba sahaja riak wajah Liyana berbicara. Sejak Hania kenal Liyana, jarang sekali gadis itu senyum, apatah lagi ketawa. Mimpi la. Jadi, sukar bagi Hania untuk meramal perasaan Liyana.

Sejak dia bertemu gadis itu tiga tahun lepas di perhentian bas, dia berasa simpati. Liyana tidak banyak bicara. Kisah silamnya pun tidak dicerita secara keseluruhan.

"Sejak bila kau ada suami? Tak cerita dekat aku pun." Lembut sahaja nadanya.

"Aku kahwin dengan dia empat tahun lepas. Lepas aku bersalin, aku duduk hospital sekejap sebelum berhajat nak balik kampung. Aku suruh doktor bagi tahu dia yang aku dah meninggal dan jangan bagi tahu kubur aku supaya dia tak syak. Aku just tinggalkan anak aku dengan dia. Aku tinggalkan bersebab. Aku tak sanggup Nia." Makin sayu bicara Liyana.

Ya! Benar Liyana itu Raisya. Raisya Liyana. Gadis yang pernah membahagiakan Fahim. Gadis yang pernah mengandungkam zuriat Fahim. Dan, gadis yang telah pergi meninggalkan Fahim. Tanpa dia sangka, persembunyiannya bakal menemui ajal.

"What? Kau sanggup tinggalkan anak dengan suami kau? Sebab apa ni Liya? Tak baik buat macam tu. Tiga tahun tu bukan srkejap." Tegas Hania.

"Dia curang dengan aku Nia. Lepas aku tinggalkan dia, dalam tiga empat bulan lepas tu, dia kahwin dengan orang yang dia curang tu. Aku tak sanggup tumpang kasih sayang Nia." Kolam matanya mula penuh.

"Kau sure dia curang dengan kau? Kau tak rasa ke siapa nak susukan anak kau? Aku rasa, dia terpaksa." Hania mula membuatkan Liyana rasa bersalah.

"Kau nak salahkan aku ke? Atau kau sengaja nak buat aku rasa bersalah?" Tajam tenungan Liyana kepada Hania.

"Tak la. Aku just tak nak kau jadi lagi teruk. Cukup la tiga tahun kau keluar rumah serba hitam macam ni. Susah payah menyamar macam ni. Siang malam menangis. Aku tengok kau pun aku kesian. Kalau aku tahu kau dah kahwin, dah ada anak, aku tak akan biarkan kau macam ni. Change for the best future Liya. Please!" Rayu Hania.

"Aku tak sanggup Nia. Sampai sekarang aku sakit. Sampai sekarang aku rasa bersalah. Tak rasa ke diaorang akan marah aku. Berdendam dengan aku. Anak aku. Entah dia benci aku." Liyan mula tak keruan.

"Liya! Relax!" Hania mencengkam kedua-dua lengan Liyana. Dia sedaya upaya cuba menyedarkan gadis itu dari mimpinya.

"Aku takut." Tangisannya mula kedengaran.

"Calm down. Nothing can happen. Anak kau baru tiga tahun kan? Dia tak akan fikir sejauh tu. Sebab tu Liya, kita tak boleh buat keputusan masa tengah marah. Masa kita tak tahu pun benda tu sahih atau tak. Dah la. Nanti kita fikir sama-sama macam mana nak uruskan hal ni bila kau dah okay." Hania memeluk erat Liyana.

*****
Fahim mengusap rambut Adreyan yang sudah lena dibuai mimpi. Tak henti dari tadi dia mengukir senyum. Pencariannya selama ini berakhir dengan nyawa juga. Bukan rumah yang bertiang dua.

Tak sangka wanita yang pernah dimarahinya, yang pernah menenangkan Adreyan, yang menghantarkan hadiah buat mereka semua, adalah Raisya. Raisya Liyana yang dia cintai walaupun selama ini disangka sudah berpindah alam.

"Yan.."

"Abi dah jumpa umi. But! I'm not lucky. Abi tak boleh tengok muka dia. Abi tak pasti dia atau bukan. Abi tak tahu sebab apa dia pergi." Keluh Fahim.

"Tapi, Abi akan cuba bawa Yan jumpa Umi. Soon as I can." Fahim kembali tersenyum.

Dring! Dring!

"Hello?"

"Kau dah jumpa?"

"Dah! Walaupun aku tak nampak muka dia, tapi aku rasa tu dia. Aku rasa, aku nak bawa dia jumpa kita. Tapi sebelum tu, biar aku jumpa dia dulu. Kau rasa okay?"

"Ikut kau la. Aku rasa ada bagus juga. Kalau bawa jumpa kitaorang, teruk nanti dia kena bahan. Bincang baik-baik la."

"Okay bro! Thanks for your help!"

"No hal. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Panggilan dimatikan. Senyum masih gah di situ.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now