"Tuan, jemput makan." Pelawa Raisya sebaik Ashriq melangkab turun dari kamar.
"Kau tak kerja ke?" Solanya selamba. Sesudu nasi goreng disuap.
"Saya dah berhenti tuan." Tenang.
Meski dia bergelar isteri Ashriq, namun dirasakan umpama pembantu rumah. Bukan mahu mengungkit, tetapi itulah hakikatnya. Itu yang dia rasakan selama ini.
"Bagus la tu. Panjang jugak akal kau boleh pilih mana elok mana tak." Senyum.
Raisya tersenyum pahit. Tidak sangka itu yang akan Ashriq labelkan buat dia. Sungguh tersentak.
"Tuan balik tak tengah hari nanti? Kalau balik, saya nak masak."
"Tak! Harini aku balik lewat sikit. Aku ada hal." Suapan terakhir dihabiskan.
Ashriq mencapai beg bimbit dan blazernya. Huluran salam Raisya hanya diabaikan.
"One more thing! Tak payah gatal sangat nak tunggu aku balik. Pergi je tidur atas. Menyusahkan aku aje nanti kalau sakit."
Terdengar pintu rumah tertutup, Raisya mengeluh. Rasa syukur mula timbul. Ada Ashriq kisah ke kalau dia mahu tidur di mana- mana. Jejaka itu hanya sedar apabila dia mula membuat kesilapan. Sedangkan kesalahan itu akan diulang. Buat sakit hati aje.
"Ada suami pun perangai macam tu. Tabahkanlah aku Ya Allah." Ujarnya sayu.
*****
Fahim melangkah masuk ke kamar Ashriq. Senyum diukir sinis saat melihat Ashriq yang langsung tidak sedar dengan kehadirannya. Entah ap yang masih difikirkan."Sampai mana dah?" Selamba.
"Kau rupanya. Aku ingat siapa tadi." File yang berselerak di atas meja disusun kemas. Tubuhnya disandarkan. Keluhan berat dilepaskan.
"Menungkan apa?"
"Aku rasa kan, Raisya curang dengan aku." Dagunya diketuk dengan jari telunjuk.
Pantas wajah Ashriq bertukar riak. Namun, senyum nipis kembali diukir agar tiada curiga.
"Apa bukti kau nak kata dia curang dengan kau?" Membara pula amarahnya.
Fahim lebih kenal Raisya. Raisya bukan seperti itu. Gadis itu tidak akan melakukan perkara sebegitu. Mustahil!
"Haritu, aku pergi butik, pastu aku dengar suara dia dengan sorang lelaki dalam satu bilik ni. Lepastu, malam tu dia balik lewat. Dia kata dia jumpa cust dia. Aku tak percaya. Pastu Tok daddy cakap dia ada dekat situ. Aku still tak percaya sebab aku rasa tok daddy bersubahat dengan Raisya." Kelakuannya masih sama.
Saat ini, api amarah di dalam jiwa Fahim kian membara. Mahu sahaja dia memaksa Ashriq menceraikan Raisya sekarang juga. Biar wanita itu menjadi miliknya. Namun, dia sebagai sahabat, masih punya hati.
"Habis kau nak buat apa?" Sinis.
"Aku rasa aku nak siasat la. Kalau betul, memang siap la dia." Giginya digertap.
Ashriq mengenggam penumbuk di sisi seluarnya.
"Kau buat la apa kau nak, kalau jadi apa-apa, aku tak nak tanggung. Kau jangan libatkan aku kalau jadi apa-apa. Aku bukan nak meruntuhkan rumah tangga kau. Tapi kalau kau dah fitnah dia sampai macam ni, better kau ceraikan saja dia." Dengusnya geram sebelum berlalu pergi.
Hingga ke kamarnya dia mengenggam penumbuk. File di atas meja dicampak ke lantai. Air matanya mengalir. Dia jatuh melutut.
"Kenapa Ya Allah? Kenapa kau bagi dugaan macam ini pada dia? Dia tak layak dapat suami macam tu. Tersiksa hidup dia Ya Allah." Terketar-ketar suaranya mempersoalkan takdir.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...