Fahim menuju ke arah Hania yang duduk di ruang menunggu. Adreyan tidak dibawa bersama. Risau yang lain pula jadi.
"Mana Sya? I mean, Liya."
"Ada dalam wad. Doktor kata dia kena depression. Hampir ke tahap yang teruk sebab dia macam paksa diri sendiri fikir macam-macam. Semalam pun dia telan pil tidur. Selamat saya sempat halang." Terang Hania sambil menyambut huluran secawan kopi panas dari Fahim.
"Bad condition or very bad condition?" Fahim merenung wajah Hania.
"Bad condition. Buat masa ni, doktor tak bagi sesiapa jumpa dia. Just nak stabilkan dia sikit, lepastu boleh la kot jumpa. But! Hanya saya dibenarkan. Kalau orang lain, kena tunggu result lain."
Fahim mengeluh. Punggung dilabuhkan. Kepala ditongkatkan. Tak tenang dibuatnya.
"Saya rasa, dia rasa bersalah sangat sebab tinggalkan awak dengan Adreyan. Dia ansyik bercakap sorang. Dan benda yang dia cakap tu benda yang sama. Salah dia." Hania mencicip kopi.
"Mungkin dia ansyik fikir kawan dia yang lain kot. Tak apalah. Kita tunggu dia stabil nanti." Cadang Fahim.
"Ni, awak tak nak balik ke? Anak awak mana?"
"Anak saya ada dekat kawan saya. Nanti la saya balik. Saya nak tahu perkembangan Liya juga." Fahim menyilangkan tangan di dada. Mata dipejamkan.
"Tak apalah. Awak balik dulu. Nanti ada info, saya bagi tahu. Anak awak perlukan awak. Kasih sayang kawan tak sama dengan kasih sayang awak. Take care of him. I'll take care of Liyana right now." Cadang Hania.
"Okay! Make sure, I get every information. Saya minta diri dulu."
"Thanks for this coffee."
*****
"Abi! Yan nak umpa umi." Rayu Adreyan sambil mengoncangkan lengan Fahim."Sayang.. umi tak sihat lagi. Nanti kita jumpa umi masa umi dah sihat. Okay?" Tugasnya kembali disambung.
"Umi akit apa?"
"Umi demam aje. Dah la. You sit there. Get your rest." Cadang Fahim.
Sejak Diha pergi meninggalkan mereka, Fahim terpaksa membawa Adreyan ke pejabat. Syukur Dato Saad membenarkan hal itu. Fahim tak mahu mebghantar Adreyan ke rumah pengasuh. Risau yang lain pula jadi.
"Promise me. I want umi!"
"Yes! Promise!" Fahim mengukir senyum sebelum karam kembali. Entah bagaimana mahu diceritakan pada Adreyan. Raisya pula entah lama mana mahu pulih.
*****
Hania berdiri berhadapan dengan doktor. Jari degenggam. Rasa risau menyelubungi diri."Macam mana kawan saya doktor?"
"Keadaan dia semakin teruk. Tak ada perubahan positif. Semakin kita usaha nak ubatkan dia, semakin dia siksa fikiran dia. Saya nak tanya. Kawan cik ni ada masalah apa ya? Setiap kali kita cuba berkomunikasi, dia akan kata salah dia." Kerut dahi doktor itu.
Hania memandang lama Raisya yang duduk di bangku memandang ke luar tingkap. Suasana diri yang tidak terurus.
Hania mula menceritakan segalanya kepada doktor. Sesekali Raisya bersuara sendiri. Semakin risau mereka dibuatnya. Dari permulaan hingga ke pengakhiran dia ceritakan apa yang dia tahu.
"Kalau macam tu, saya nak cik bawa suami, anak, dengan kawan yang paling dia rapat sekali. Tapi, pastikan bawa mereka jumpa saya dulu. Kalau boleh, secepat mungkin. Saya keluar dulu." Doktor itu berlalu pergi meninggalkan Hania dan Raisya bersama.
Hania mendekati Raisya. Punggung dilabuhkan di atas lantai. Tubuh disandarkan di dinding.
"Liya.."
"Aku sayang kau Liya. Semua orang sayang kau. Semua orang maafkan kau. Tapi sekarang ni, kau sorang je yang boleh bantu diri kau. Kitaorang tak boleh nak buat apa dah kalau kau teruskan macam ni. Cukuplah salahkan diri sendiri Liya. Cukuplah!"
"Perempuan tu! Aku salah dengan dia. Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf dengan dia. Tolong aku." Raisya meratapi tubuh Hania. Malangnya, rakannya itu hanya membatukan diri, berpeluk tubuh.
"Dia dah tak ada Liya. Dia dah pergi. Dia pun dah maafkan kau. Cukuplah. Kau dah seksa kami Liya." Semakin sayu suara Hania.
"Dah mati? Tak boleh! Aku tak minta maaf lagi." Suara Raisya naik seoktaf. Semakin kusut.
"Liya!"
Hania menghentikan aksi Raisya. Lengan gadis itu digenggam erat. Matanya tajam merenung mata Raisya.
"Dia dah maafkan kau. Kalau kau terus macam ni, aku yang gila. Kitaorang semua boleh gila. Kau tak kesian ke dekat anak kau? Dia perlukan kau. Suami kau perlukan kau." Air matanya mengalir perlahan.
"Diaorang benci aku. Aku salah."
Hania mengeluh dalam tangis. Entah apa lagi yang harus dia lakukan demi mengembalikan Raisya yang dahulu. Rasa mahu putus asa pun ada.
*****
Fahim menghulurkan secawan kopu kepada Hania dan secawan ais krim buat Adreyan."Thanks."
"So! How my wife?" Fahim memandang tajam wajah Hania dengan penuh harapan.
"Getting bad. Dia tak nak bantu diri sendiri. Dia seksa fikiran dia. Masa saya cakap dengan dia pasal awak dan Yan pyn, dia tetap kata semua salah dia. Syaa tak faham kenapa dia terlalu menyalahkan diri sendiri." Hani memgeluh dan terus mengeluh.
"Doktor?"
"Dia suruh awak bawa kawan yang dia paling rapat, awak dan anak awak. Saya tak tahu nak buat apa. Tapi, kauorang semua kena jumpa doktor dulu sebelum apa-apa." Jelas Hania.
"When?"
"As soon as you can. Lagi bagus kalau esok. Nak suruh hari ni pun dah petang. Tapi pastikan, kawan yang paling dia rapat tau. Bukan masa silam gelap atau yang dia tak berapa nak kenal."
Fahim mengangguk faham. Wajah Adreyan ditenung. Kasihan anak itu.
"By the way, awak dah makan belum?"
"Belum."
"Kalau macam tu, pesan aje la. Saya belanja." Pelawa Fahim.
"Tak apalah. Saya tak nak terhutang budi." Hania cuba menolak.
"Awak dah banyak tolong saya jaga Liya. Saya yang banyak tergutang budi. Please! Kali ni." Rayu Fahim dengan senyum pahit.
"Okay!"
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...