BAB 49

9.4K 114 1
                                    

3 tahun kemudian.....

"Abang! Cepat sikit. Nanti lambat pula." Akma menutup semua pintu dan tingkap kecuali pintu utama.

Meriah busana raya mereka sekeluarga. Bertemakan warna merah gelap yang menjadi pilihan tahun ini. Habis sedondon mereka berlima.

"Mana papa ni Adam? Tak jumpa tangga nak turun ke? Mama pergi naik sekejap. Adam jaga adik-adik okau?" Sempat Akma mencuit pipi Adam sebelum bergegas mendaki anak tangga menuju ke kamar.

"Abang! Kenapa tak siap lagi ni? Baju tak butang lagi. Songkok mana songkok? Kata perempuan lambat besiap la. Lelaki lagi lambat. Orang semua dah siap. Abang ni buat baju ke? Rambut apa semua tak sikat lagi. Ya Allah. Kenapa..." Lantas bicara Akma terhenti saat Ashriq mencengkam perlahan bahunya.

"Sayang! Apa banyak sangat mulut ni? Abang kan tidur lewat semalam siapkan kerja. Terlewat la sikit. Orang boleh tunggu kita la. Raya sebulan. Bukan satu jam." Pipi Akma dicubit.

"Ya la sebulan. Tapi, tak suka la orang tertunggu. Orang dah pesan kan kerja jangan tangguh. Tengok dah jadi apa?" Akma membutangkan baju melayu Ashriq.

"Ala! Tak apalah."

Akma akur sahaja. Songkok disarungkan di kepala Ashriq selepas rambut suaminya disikat. Dikemaskan baju sebelum menuruni anak tangga satu per satu bertemu permata hati pula.

*****
"Yuni! Cepat la. Hang la kalau bersiap macam tengah jait baju tu." Rungut Hajar yang sibuk melilit tudung di kepala.

"Pungkoq hang! Hang pun dok bunuh diri. Sabaq la sat. Aku contiang muka bukan lama macam hang. Aku ni dah cantik macam bidadari. Calit sikit sudah la." Tinggi hidung disanjung pula.

"Macam bidadari konon. Wey! Muka hang kalau dok sebelah bangla yang jual buah dekat Chow Kit tu, dua kali lima sepuluh ja. Pe...da.." Jelingan maut dilemparkan.

"Wey! Hang kalau bab bangla, laju hang na. Ada apa-apa ka? Tak cukup sorang, nak buat sparepart ka?" Semakin lagak mereka berdebat.

"Hang ni! Aku cabai mulut baru hang tau. Aku tak da apa la dengan mamat sengal tu. Tak mau aku. Buat apa ada rupa tapi otak singkat. Sumbat ayaq!" Hajar mencebikkan bibir.

Sejak Hajar mendapat hadiah sejambak bunga mawar daripada rakan kolej mereka, Ayuni tidak henti-henti cuba merapatkan mereka berdua. Menyakat Hajar salah satu tugas rutinnya. Walaupun Hajar sering memarahi jejaka itu, namun jejaka itu tetap terkejar-kejarkan Hajar.

Walaupun Hajar cuba melarikan diri dari jejaka itu, namun dia tetap di mana-mana. Menyemakkan kepalanya. Mengusutkan fikirannya. Semakin hari, semakin benci.

"Sumbat ayaq konon! Hang kan blajaq psikologi. Hang tak tau ka apa dia rasa?" Keningnya dijongketkan berkali-kali.

"Malaih nak tau. Tak dak kena mengena dengan aku. Pagi-pagi raya buat semak otak aku la kau ni. Kau je la kahwin dengan dia."

*****
"Assalamualaikum!"

Fahim melangkah masuk ke dalam syurga dunia milik Dato Saad dengan Adreyan di pangkuan. Tahun ini, mereka bersepakat beraya di Kuala Lumpur. Namun tidak bagi Qahera yang mengikut giliran tahun. Tak kena masa katanya.

"Waalaikumussalam. Sampai pun. Ingat lupa jalan dah. Baru nk hantar location." Perli Ashriq.

"Choi la kau! Farah buat hal. Dia dengar ada abang Adam dia, baru dia okay." Fahim tersengih seraya berjalan ke meja makan tempat mereka berkumpul.

"Hai! Mana isteri kau? Masjid bergoyang ke?" Jeling Akma.

"Tu ha! Ada la. Mana boleh lupa." Fahim lantas mendapatkan tubuh isterinya yang mendukung Farah sambil berjalan masuk.

Bagaikan pasangan mempelai yang masih segar. Jelas ketampanan Fahim. Terang lagi kecantikan Haida.

Ya! Doktor Haida kini mejadi isteri kepada Fahim. Dan kini, bukan kerana terpaksa atau jasa, tapi atas dasar cinta yang mula terputik sejak mereka bertembung di taman permainan.

Jodoh itu di tangan Allah. Kalau kata nak kahwin satu kali aja, namun ditakdirkan berkahwin sebanyak sepuluh kali, maka ikutlah takdir. Cinta itu tak kenal rupa. Tak kenal masa. Tak kenal silam. Jodoh itu umpama matematik, yang sentiasa bermain di fikiran setiap masa.

"Hai doktor! Kena tinggal dengan suami ke?" Tersengih Akma.

"Tak adalah. Saya ambil barang Farah. Terlupa tadi. Sorry." Senyum.

Haida pemalu sebenarnya sejak menjadi isteri Fahim. Tak banyak bicara. Namun, jika dibawa ke kumpulan yang otaknya masuk air, dia turut masuk air. Terselit jua.

"Tak apa. Mari la jemput makan. Tok daddy, jemput makan." Pelawa Akma.

Sedang enak dalam bicara satu hal, mereka dikejutkan dengan lafaz salam dari seseorang jejaka.

"Waalaikumussalam." Serentak.

"Siapa tu?"

"Biar aku tengok." Hajar menawarkan diri.

Lama mereka memanjangkan leher. Tak kelihatan sesiapa pun masuk. Hajar lagi lah telahnya.

"Nur Ayuni Naira! Hang memang nak aku penggal kepala la!"

Pekikan itu bergema satu rumah itu. Ayuni sudah duduk mencangkung di bawah meja.

"Kenapa Ayuni?" Fahim mengerutkan wajah.

"Singa naik daun!" Sengih.

"Ough!" Hajar lantas menarik cuping telinga Ayuni. Terherot-herot wajah sahabatnya itu.

"Bila hang sampai?"

"Lusa!"

"Banyak la hang punya singa naik daun. Pasai apa hang suruh dia mai sini? Hang ni, aku sumbat pulut tu dalam mulut kang. Mati tercekik saja ja." Dengus Hajar geram.

"Hey! Hey! Apa bising ni? Siapa datang? Jemput la masuk." Arah Dato Saad.

"Tok tengok dia ni! Dia suka usik Hajar. Hajar tak suka lelaki tu la." Adu Hajar.

"Jemput la dia masuk dulu. Tak baik buat tetamu macam tu."

"Pi la! Sebelum aku shipkan kau lagi, baik hang pi." Ugut Ayuni.

"Hang! Ish!"

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now