"Assalamualaikum."
Berkali-kali salam itu diberi, namun tidak berjawab sehinggalah salam yang ke lima, baru ada yang menjawab.
"Waalaikumussalam. Fahim! Tak cakap pun nak balik?" Segera tubuh tegap anak sulungnya itu dipeluk.
"Im ada suprise untuk mak." Sengih.
"Suprise apa pula?" Rungut Puan Mesa.
Raisya keluar dari belakang kereta dengan mengheret bagasinya. Fahim tak bawa bagasi. Baju di rumah maknya masih banyak. Raisya mengukir senyum sebelum menghulir tangan untuk bersalam. Syukur huluran salam itu disambut baik.
"Ni.. " Jelas riak terkejutnya.
"Ye la mak. Yang ni la yang Im cerita dulu tu. Petunjuk yang Allah bagi tu memang betul la mak. Tunggu masa je." Belakang Puan Mesa diusap.
"Dah la. Jom la naik atas. Panas luar ni."
"Jom Sya." Pelawa Fahim.
"Saya nak ambil barang dalam kereta jap. Buah tangan mak awak pun ada sekali tu. Awak naik dulu."
"Tak pa. Fahim boleh bawakan." Bantah Puan Mesa.
"Tak apa makcik. Kesian dia bawa kereta dari tadi. Sekejap aje."
Segera dia mencapai segala barang di belakang kereta. Lalu langkahnya dibawa masuk menuju ke dalam istana kampung itu. Meski kampung, namun siapa sahaja yang tahu di dalamnya keluarga bahagia. Bukan lekeh!
"Hajar! Tolong mak angkat barang ni sekejap." Pinta Puan Mesa.
Baru sahaja beberapa saat permintaan itu di ke udarakan, namun dengan pantas gadis bernama Hajar itu tiba di ruang tamu.
"Abang Im! Bila sampai? Ni siapa ni?" Soalnya.
Raisya pegun seketika. Gadis di hadapannya sungguh cantik. Putih mulus kulitnya. Bertudung labuh. Dia pun boleh terkesima melihat gadis secantik ini. Apatah lagi orang lelaki. Sungguh mahal maruahmu. Sungguh indah ciptaan tuhan.
"Abang baru sampai tadi. Ni..."
"Sya! Raisya!" Pantas Raisya memotong kata-kata Fahim yang tiada penghujung itu. Hendak dikhabar kawan, takut Raisya terasa.
Salam Raisya disambut mesra Hajar. Gadis itu cuba membantu Raisya mengangkat segala barang.
"Tak apa. Saya boleh bawa." Malu pula rasanya.
"Tak apa kak. Hajar dah biasa. Akak borak la dulu. Hajar buat air jap mak ae?" Terus dia berlalu pergi.
Sungguh sopan gadis itu. Raisya melabuhkan punggung di sofa yang berlainan yang masih kosong.
"Siapa nama tadi?"
"Raisya. Panggil Sya je makcik." Sengih.
"Tinggal mana ni?"
"Saya asal Pahang. Saya kerja dekat KL. Dah lama dah. Nak masuk setahun dah."
"Ough! Ni minta izin mak ayah tak mai sini?" Soal Puan Mesa ambil berat.
"Mak ayah saya dah lama meninggal. Tapi saya dah minta izin housemate dengan kawan saya." Polos bicaranya.
"Mak ni, kesian dia. Mak tanya banyak sangat." Bidas Fahim.
"Maaf la. Ni nak tengah hari dah ni. Mak ni pi masak sat. Pi la tunjuk bilik dekat dia ni. Bagi rehat sat. Penat jalan jauh." Puan Mesa sudah bangun dari rebahannya.
"Tak apa makcik. Biar saya tolong sekali."
Pantas Raisya bangun. Bajunya dibetulkan.
"Eh! Tak pa. Hajar ada. Pi la rehat " saran Puan Mesa.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...