"Biy.." lemah sahaja panggilan itu teralun.
"Hey! Nak pergi ke mana?!" Pekik Fahim tidak senang hati.
Kini usia kandungan Raisya sudah menginjak enam bulan. Penatnya usah dikata. Dari ruang tamu ke dapur pun dah termengah-mengah. Kamar mereka pula terpaksa ditukar ke tingkat bawah. Raisya penuh dengan rungutannya. Manjanya lain macam. Kalau Fahim jemputnya pulang kerja, pasar malam la tempat utama dia nak pergi. Kalau tak ada? Sehari meragam.
"Nak minum air. Dahaga." Tubuhnya disandarkan ke arah Fahim. Tak larat.
"Kenapa tak minta? Biy boleh bawa. Duduk dulu." Tubuh Raisya tidak mahu bergerak.
"Kenapa ni?"
"Rindu dapur. Nak ikut." Rayunya.
Sejak Raisya mengandung, segala tugas rumah Fahim lakukan. Termasuk memasak. Jika Raisya yang lakukan, boleh murung Fahim sehari. Risau apa-apa terjadi kepada Raisya. Itu anak sulung mereka. Mereka tak akan sia-siakan.
Berderai tawa Fahim. Rambut Raisya diusap penuh kasih sayang.
"Kali ni je tau. Bahaya kalau masuk banyak kali." Fahim mengiringi Raisya ke dapur.
"Nak air apa?" Posisi Raisya masih sama.
"Air durian belanda." Selamba.
"Sayang! Mana nak cari durian belanda ni?"
"Nak juga. Please! Untuk anak kita juga kan?" Sengih.
Fahim mengeluh. Dia berfikir sejenak. Mana nak cari durian belanda?
"Sayang duduk sini jap. Biy nak keluar jap." Fahim melabuhkan punggung Raisya di atas sofa.
"Pergi mana?" Tangan Fahim ditarik.
"Petik buah." Sengih.
Fahim keluar dari perkarangan dalam rumahnya menuju ke pagar yang memisahkan rumahnya dan rumah jiran.
"Assalamualaikum kak." Fahim menyapa seorang mak cik yang sibuk menyiram pokok bunganya.
"Waalaikumussalam. Fahim! Ada apa tegur akak pagi-pagi ni?tak kerja?" Paip ditutup sebelum kembali berbual.
"Harini cuti. Nak tanya ni. Akak ada buah durian belanda tak?" Lehernya digosok. Terasa segan pula meminta sebegitu.
"Durian belanda? Kamu nak buat apa buah tu."
"Isteri saya. Dia mengidam nak makan durian belanda. Saya tak tahu dekat mana nak cari. Sebab tu saya tanya akak. Kalau ada, nak minta sebiji. Lain hari saya ganti balik." Sengih.
"Tunggu kejap."
Jiran Fahim menuju ke arah kanan rumahnya. Saat kembali, tiga biji buah durian belanda terletak di dalam sebuah plastik. Plastik itu bertukar tangan.
"Ambil la. Tak perlu ganti. Nanti kalau akak susah, akak minta tolong kamu pula. Pergi la bagi isteri kamu makan. Nanti kempunan pula."
"Terima kasih kak. Terhutang budi pulak. Terima kasih." Senyum.
"Ni, perempuan kalau mengandung, layankan aje manjanya. Apa yang dia mengidam, bagi. Walaupun mengidam nak naik kereta, bawalah dia. Emosi kena jaga. Jangan bagi sakit. Kalau batuk pun bawa terus ke klinik tu. Orang mengandung kena sihat. Jaga isteri elok- elok." Pesan jirannya.
"Baik kak. Terima kasih lagi sekali. Saya masuk dulu ya? Assalamualaikum." Senyum.
"Waalaikumussalam."
Fahim masuk dengan tangan di belakang. Senyum diukir buat si isteri yang sibuk menonton televisyen.
"Sayang! I have something for you." Sengih.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
Ficción GeneralKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...