BAB 43

4.5K 104 0
                                    

"Sya!"

Qahera dan Akma terus mendakap tubuh Raisya yang hanya beku di tepi tingkap. Hanya mereka berempat dibenarkan masuk. Ashriq dan Aman terpaksa menjaga anak kecil di luar.

"Tepi!" Raisya menolak tubuh Qahera dan Akma. Mahu tak membuntang mata mereka berdua.

"Aku jahat! Jangan dekat!" Mengigil tubuh Raisya. Keadaannya yang tidak terurus membuatkan semua berasa simpati.

"Sya... Kenapa kau jadi macam ni? Aku tak pernah ambil hati Sya. Cukup la Sya." Qahera menderaikan air mata. Rambut Raisya diusap.

Luluh hatinya melihat keadaan Raisya yang tidak terurus. Khabar yang diterima cukup membuatkan dia tak tertahan air mata.

"Kau siapa? Tepi! Aku jahat! Aku bodoh! Jangan kacau aku. Nanti kau ada dendam. Tepi!" Raisya sedaya upaya menghalau mereka. Entah tak sedar mungkin.

"Abi! Napa umi?" Polos wajahnya memandang Fahim yang sudah mengalirkan air mata.

"Umi tak sihat sayang. Kita sama-sama doakan umi okay?"

"Why are you crying?"

"Eh! I'm not crying. I feel sleepy. Do you sleepy?" Senyum pahitnya ditayangkan.

"No! Can I go to umi? Please Abi." Rayu Adreyan.

Tanpa memberi balasan, Fahim membawa Adreyan duduk di sisi Raisya. Bahu Raisya dirangkul. Tubuh gadis itu dibawa ke tubuhnya.

"Sya.. kalau ditakdirkan suatu hari nanti Biy pergi dulu. Siapa nk jaga Yan? Sebab tu, Biy tak nak tengok saya macam ni. Okay?"

"Pergi mana? Nak balik ke? Nak ikut! Aku bosan duduk sini. Semua orang cucuk aku. Aku nak main je, tapi semua orang cucuk aku. Diaorang tu gila la." Dengus Raisya geram. Fahim mengalirkan air mata yang tak tertahan.

Entah mengapa jika Adreyan berada berdekatan, Raisya menjadi sedikit tenang dari biasa. Namun, Adreyan langsung dia tak endah.

Qahera dan Akma turut duduk bersama mereka. Air mata tidak henti mengalir.

"Kalau sayang nak balik..."

"Siapa sayang? Kau bukan suami aku! Suka hati je panggil aku sayang." Marah Raisya mmsambil emmuncungkan bibir.

Makin luluh hati seorang suami apabila dirinya tak dianggap sebagai seorang insan bergelar suami buat Raisya. Namun, apakan daya, dia redha. Itulah Raisya tika ini.

"Okay! Habistu kita jadi la sahabat. Kita semua ni sahabat. Nak tak?" Riaknya seakan melayan kanak-kanak kecil.

"Sahabat? Nak! Tapi! Aku jahat. Kau nak ke kawan dengan aku?"

"Mestilah. Kau tak jahat pun. Kau nakal aje. Sama macam kitaorang." Sengih Akma.

"Nakal ke? Malu la! Jangan la puji." Raisya tersenyum tersipu malu.

Tika ini, alhamdulillah mereka mampu mengukir senyum melihat perubahan Raisya meski gadis itu telah lupa siapa mereka. Biarlah ikatan 'sahabat' itu kekal. Mungkin boleh dinaik taraf kelak.

"Ni siapa? Patung kau ke? Comelnya!" Raisya mencubit pipi Adreyan.

"Umi!"

"Wow! Boleh bercakap! Hebat la patung kau. Nanti kau cari untuk aku satu. Boleh?" Sengih.

"Boleh. Nanti aku carikan." Senyum.

"Okay! Nama kau siapa? Nama kita Lily. Mak kita kata bunga lily tu cantik. Dia suka panggil kita Lily." Sengih lagi dan lagi.

"Ouh! Nama saya Fahim. Boleh panggil Im. Ini nama dia Adreyan. Boleh panggil dia Yan." Fahim membantu Adreyan menyalam tangan Raisya.

"Yan? Tak sedap! Aku nak letak nama Dido. Lantak aku la. Kau nama apa?" Raisya menjeling Akma dan Qahera.

Mereka tersenyum melihat Raisya bertukar drastik sebegitu.

"Nama aku Akma."

"Nama aku Qahera. Panggil Era je."

"Okay! Biar aku ulang. Dido. Am. Kau aku tak ingat. Kau... Jiha." Ha! Aku ingat."

"Alah! Nama aku?" Bentak Akma.

"Ya la. Kita gurau je. Nama kau kita ingat la. Fatin kan? Kita dulu pun ada kawan nama Fatin. Tapi dah mati." Selamba sahaja riak wajahnya.

"Fatin pun Fatin la. Asalkan bernama. Esok lusa tukar juga nama tu. Sya.. Sya.." Akma menggeleng dalam senyumnya.

*****
"Alhamdulillah! Puan Raisya menunjukkan kesan positif terhadap komunikasinya. Tapi, ingatan dia semakin merosot. Dia seakan kembali pada zaman dia kecil dahulu. Kamu semua pun boleh nampak semua tu. Buat masa sekarang ni, saya nak kata dia stabil sepenuhnya pun tak boleh. Kita risau gangguan kini datang. Maknanya, dia mungkin akan ingat balik apa salah dia tu. Kalau boleh, saya nak minta kamu semua tolong kembalikan ingatan dia." Terang doktor wanita itu dengan senyumnya.

Fahim menoleh ke arah Raisya yang sibuk bermain dengan Adreyan. Katanya, Adreyan patung istimewa. Macam manusia.

"Isteri saya boleh sembuh tak doktor?"

"Kemungkinan untuk sembuh itu ada. Kemungkinan untuk kembalikan ingatan dia tu agak sukar. Ada masalah tekanan dengan otak dia. Jadi, saya tak mahu memberi apa-apa harapan. Tapi, dia boleh disembuhkan. Kalau kita boleh faham apa yang dia rasa, kita boleh bantu dia. Tapi buat masa ni, kita semua tak faham apa yang dia rasa walaupun kita rasa kita faham. Hati dia tak sama macam kita sekarang. Fikiran tak sama. So, kita kena ikut permainan dia. Senang kata, kita join dia punya game, dan jadi pemenang game tu." Jelas doktor itu. Pandai pula berfalsafah.

"Ada kemungkinan tak dia akan terus jadi macam ni?"

"Ada kemungkinan! Kalau kita tak menang game tu, dia akan terus macam tu dan mungkin lebih teruk. Kami akan pantau dia dari masa ke semasa. Apa sahaja kelakuan dia, kita akan tahu melalui kamera yang kita pasang. Kita juga akan fokuskan kesihatan dia dan kelakuan dia mengikut situasi."

"Hoi!"

Mereka semua memandang Riasya yang memekik memanggil mereka.

"Jangan layan dia tu. Dia ni la yang suka cucuk aku. Tak tahu apa dia letak. Suruh dia keluar. Cucuk kang!" Ugut Raisya.

"Ough! Terima kasih la doktor sebab sudi rawat isteri saya. Jasa doktor saya tak tahu nak balas macam mana." Fahim tersenyum pahit.

"Tak ada masalah. Ini tugas saya. Saya minta diri dulu." Doktor itu sempat tersenyum pada Raisya sebelum melangkah ke luar kamar.

"Senyum pulak! Gila ke?" Raisya terus menjeling.

Fahim mendekati Raisya dan Adreyan. Tubuh Adreyan didukung.

"Kitaorang nak balik dah ni. Jaga diri tau." Pesan Fahim dengan senyuman manisnya.

"Balik? Nanti kau datang balik tak?"

"Kitaorang semua datang. Nanti kitaorang bawa lagi ramai kawan. Kau jaga diri." Qahera mengusap rambut Raisya.

"Jangan balik lama sangat. Nanti diaorang cucuk aku." Bentak Raisya yang tidak suka akan apa yang dialaminya.

"Hania kan ada? Nanti dia teman kau."

"Hania? Hania mana ni?" Raisya menggaru kepala.

"Ala! Yang duduk dengan kau dekat sini tu." Akma pun tak tahu nak reka nama apa buat Hania. Nama mereka sering bertukar.

"Ough! Itu aku panggil dia Liya. Sebab dia selalu panggil aku Liya. Aku tak faham kenapa dia panggil aku macam tu. Nama aku Lily tau." Jeling.

Mereka hanya menahan tawa melayan karenah Raisya.

"Okay la. Yan, salam umi."

Adreyan menyalam tangan Raisya. Seektika, Raisya terkesima sebelum kembali tersenyum.

"Nanti bawa patung ni sekali tau. Dia hebat. Boleh lompat lagi. Tak karat pun."

Fahim menggeleng. Tak pernah manusia semuda ini karat. Rosak terus tu ada la.

"Okay. Bye!"

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now