BAB 5

7.4K 190 1
                                    

"Era.."

Raisya menghempaskan tubuhnya ke atas Qahera yang masih dibuai mimpi. Mentang- mentang cuti, lama betul dia melantak. Raisya memang sudah dibiasakan bangun awal pagi.

"Hm.." tubuh Raisya ditolak lemah.

"Bosan la." Kali ini dia baring secara melintang pula di atas Qahera.

"Pergi la keluar. Aku mengantuk lagi ni." Selimut ditarik membalut tubuh.

"Serius? Dah pukul 10 pagi ni. Bangun la. Jom la kita keluar." Tubuh Qahera digoncang dasyat.

"Awal lagi tu. Tengah hari sikit kita keluar la."

"Jom la keluar!"

Raisya mencebik saat Qahera membatukan diri. Dia berfikir sejenak. Mesti ada sesuatu topik yang akan membuatkan Qahera bangun.

"Era... Kita ajak Aman sekali nak?" Sengih.

Sup! Terasa segar matanya apabila mendengar nama itu. Terangkat tubuhnya. Matanya membuntang. Rambut yang kusut dibetulkan.

"Mana kau tahu ni?" Kasar.

"Semalam kau tinggalkan fon kau atas meja. Pastu ada orang call. Tertera kemas di situ. Bae Aman. Siap ada love pusing- pusing lagi." Bibirnya dicebikkan.

"Kau tengok?" Qahera mengeluh. Pecah rahsianya.

"Dah duduk situ, aku tertengok la. Ada boyfriend tak bagi tahu aku. Risau sangat aku nak kebas. Tak mahu la aku." Rambutnya dikibaskan.

"Bukan la. Aku nak bagi tahu kau. Tapi lupa. Sebab aku tengok muka kau je, mesti aku ingat topik lain. Lagipun tak lenting kau tahu." Rungutnya. Lenanya kembali menyapa.

"Mana tak ingat topik lain. Kerja menyakat aku aje. Aku tak tahu la dulu kau duduk rumah ni sorang-sorang macam mana. Bergurau dengan perabot. Berborak dengan bantal." Jari telunjuknya mengetuk dagu. Kerut dahinya.

"Aku waras lagi la." Keluh Qahera.

Rambutnya diikat toncang. Moodnya terus lari lintang pukang. Langkahnya terus diatur masuk ke kamar mandi. Raisya dihiraukan. Raisya mengerut seribu.

"Period ke minah ni?" Perlahan sahaja tekaannya.

Pelik pula rasanya. Marah sebab Raisya menganggu tidurnya atau marah kerana Raisya menyebut nama Aman? Apa hubungan Qahera dengan lelaki itu sebenarnya? Kekasih atau musuh? Kawan atau lawan? Argh! Qahera ni sukar juga difahami kadang-kadang.

"Siap cepat. Kita keluar." Arah Qahera dari dalam bilik mandi. Lain pula nadanya dari biasa.

"Sah! Ada problem." Raisya membuat sangkaan awal.

"Ra, kalau kau tak ada mood tak payah la keluar. Maaf la kalau apa aku cakap tadi buat kau marah. Forgive me?" Dahinya mengerut. Matanya terpejam erat. Harap bukan kerananya.

"Pergi la siap cepat. Sebelum aku ubah fikiran."

Raisya dengar keluhan dari mulut Qahera. Dia mula disapa rasa risau. Perasaan ingin tahu kian membuak. Namun dia tahu, Qahera jenis suka berahsia. Jika terlalu terdesak dia akan bercerita. Jangan pernah main dengan seriusnya. Boleh patah hati kau nanti dengar apa dia cakap.

*****
"Woi!" Bahu Qahera ditepuk perlahan.

"Tak syoq la hang lagu ni. Aku tak dapat tau feeling cuti tu. Senyum la sikit. Kau bukan macam ni la." Dengusannya dilepaskan.

Hampir satu jam mereka berlegar-legar di dalam bangunan itu, namun Qahera hanya diam membisu. Sepatah yang ditanya Raisya, sepatah yang dijawab Qahera. Raisya sudah seperti orang gila. Gelak ketawa sorang-sorang. Qahera hanya dibuai menungannya.

"Woi! Dengar tak ni?" Jeling Raisya. Geram pula rasanya diperlakukan begitu. Seperti tiada guna sahaja dia di sisi Qahera.

"Aku dengar. Sorry la tak bagi kau rasa feeling cuti tu." Tenang.

"Kau ni kenapa sebenarnya? Ada masalah cerita la dengan aku." Raisya mendengus geram. Dah tahu ada masalah tapi nak pendam. Lepastu, tayang muka ketat. Siapa yang bahagia kalau tengok macam tu?

"Aman ajak aku kahwin." Senafas.

Raisya dah Qahera melabuhkan punggung di bangku yang tersedia.

"What? Kau dah kenal dia berapa lama sebenarnya ni?" Kerut.

"Tiga tahun." Sepatah.

Melopong mulut Raisya. Dahinya ditepuk.

"Jap! I cannot brain this relationship." Nafasnya laju. Duduknya tidak senang.

"Aku bukan tak nak bagi tahu kau. Tapi aku tak ready lagi. Kau pun tahu hidup aku macam mana. Apa status aku." Sayu.

"Tak ready? Tiga tahun masih tak ready? Kau boleh rahsiakan dari aku? Fine! Aku faham." Raisya menangguk berkali-kali. Hampa ada juga.

"Wey! Sorry la. Aku tak ada niat pun nak buat kau macam ni." Tangan Raisya digoncang.

Sejak dia mula bekerja di Kuala Lumpur, perkara itu lansung tidak dikhabarkan ke Raisya. Sudah berjanji tiada rahsia antara mereka. Memandangkan Qahera, empat tahun lebih tua daripada Raisya, perkara itu dianggap tidak mustahak untuk Raisya tahu. Walaupun sebenarnya gadis itu yang selalu di sisinya jika ada masalah. Lebih-lebih lagi bab cinta.

"Aku okay je la. By the way, dia tahu tak pasal Yana?" Wajah Qahera yang suram diapndang penuh simpati.

Qahera menggeleng perlahan. Muncung di bibir sudah sedepa.

"Really? Tiga tahun, dan kau belum bagi tahu dia. Tup tup dia ajak kau kahwin. Kau memang suka ambil risiko la Era. Even dia baik hati macam mana pun, manusia boleh berubah. Aku tak nak tengok kau kecewa. Ni baru ajak kahwin, belum dia nak jumpa family kau lagi. Entah lagi muncung bibir tu." Jeling. Sempat pula bergurau.

"Kau rasa dia boleh terima tak?" Sayu.

"Esok time lunch kita jumpa dia dekat kafe biasa." Muktamad.

"Tapi.."

"No buts! Just follow my plan." Senyum.

*****
Ashriq menyarungkan kemeja putihnya dengan senyum sinia terukir di bibir. Wanita yang masih terbaring itu diapandang sekilas.

"Ash.." nadanya cukup membuatkan iman Ashriq bergetar. Ada iman lagi ke?

"Jom kita kahwin." Selamba.

"Heh! You ingat I ni apa? I ni Ashriq Helmi la. I tak akan kahwin dengan perempuan murahan macam you ni." Sinis.

Melopong mulut wanita itu.

"Habistu selama ni?"

Ashriq menyelesaikan butang terakhir. Terus dia menerjah tubuh lemah wanita itu. Leher dicengkam dengan tangan kiri.

"Kau tu tempat aku puaskan nafsu aje. Jangan harap nak lebih. Aku tak akan ambil orang murahan macam kau ni." Semakin kuat cengkamannya.

"A.. Ash.. Sa... Ah... Sakit Ash!" Tersekat-sekat suaranya menyatakan rasa perit saat itu. Terasa bagai nyawa di hujung tanduk.

"Sekali lagi aku ingatkan. Kau tu pemuas nafsu je!" Terus dia menarik kepala wanita itu dan menolaknya ke penjuru katil.

"Kenapa you buat I macam ni?" Tangisannya dialunkan sumbang.

Dengan senyum sinis, Ashriq terus berlalu pergi. lansung tiada rasa belas kasihan. Wanita itu dibiarkan begitu sahaja. Kejamnya lebih kejam dari binatang.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now