BAB 23

5.2K 122 4
                                    

"Mana seratus aku?"

"Woi! Tak menyempat la kau ni." Jeling Raisya.

Belum sampai satu langkah pun, Akma sudah meminta wang tebusannya. Dia ni bab duit boleh gila.

Raisya bergegas ke meja kaunter. Dikeluarkan sekeping not seratus dari pursenya. Dihulur wang itu kepada Akma yang sibuk dengan gamenya. Mahu tak terkejut rakannya itu.

"Wey! Kau nak kahwin lagi ke? Kau terima lamaran Fahim?" Wajah Raisya dipandang penuh takjub.

"Kau ambil duit ni sebelum aku ubah fikiran." Not seratus itu diselit di bawah bakul pen.

"Wey! Aku gurau je. Ambil la balik duit ni. Saja je main." Pujuknya.

"Ambil la. Aku dah bagi kan. Rezeki kau." Bidasnya.

Bicaranya sebegitu bukan kerana apa, tetapi biasalah Raisya di pagi hari. Entah kenapa melayang segala rasa bahagia walaupun baru semalam merasanya. Serius sahaja. Lagi-lagi tentang kerja. Sebab itu Datin Kamelia memintanya menguruskan cawangan itu.

Terkejut Raisya dibuatnya apabila Akma menerpanya. Diterjah kamar itu tanpa salam.

"Kau terima lamaran Fahim ke?"

"Kau tanya la dia. Korang yang bersepakat sangat kan?"

"Ala. Kitaorang just nak tengok kau bahagia. Lupakan semua masa silam. Aku yakin Fahim tu boleh ubatkan hati kau yang luka tu. Aku yakin dia boleh bimbing kau. Dia baik Sya. Kau untung dia sayang kau." Sayu luahannya.

"Aku pun harap macam tu. Doa la banyak-banyak." Tangannya ditekup di wajah.

"So.. bila nak kahwin?" Semakin teruja pula si Akma ni.

"Kau yang gelojoh ni kenapa? Lebih baik kau tanya diri kau, bila kau nak kahwin. Kau tu makin tua. Tak nak ke merasa ada keluarga sendiri?"

"Nak la. Tapi tak ada calon lagi. Sekarang ni kan makin tua. So, aku jadi malas nak fikir pasal jodoh. Aku rasa dia akan datang sendiri. Kalau ada, ada la. Kalau tak ada, tak ada la." Tenang sahaja nadanya.

Lumrah manusia. Semakin tua semakin banyak tugasnya. Semakin bekerjaya semakin banyak bebannya. Hendak difikir soal jodoh mungkin pada masa lapang sahaja. Kalau masa lapang tiada? Entahlah. Memanglah kerja itu duniawi, tetapi jodoh itu boleh datang sendiri kan. Kalau nak jatuh dari langit, sekarang juga dia boleh.

"Kalau macam tu, kau buat la projek jodoh untuk Akma. Senang sikit." He!

"Tak nak la. Nampak batak." Bidasnya selamba.

"Tahu pulak nampak batak. Kau tak nampak pulak korang ni batak nak aku kahwin lain? Seksa tau. Selamat la aku ni terima. Kalau aku tolak.. Fuh! Buat malu je dia." Geleng Raisya.

"Aku dengar cerita, Ash jumpa kau? Dia buat apa?"

"Sebenarnya, dia merayu dekat aku malam tu. Pastu dia cakap sebenarnya aku ni tak suka pun Fahim tu. Tak nak kahwin pun dengan Fahim tu. Aku ni pun bodoh. Pergi buat keputusan terburu-buru. Aku cakap dekat dia bagi aku masa satu hari untuk aku dapatkan Fahim. Then, ikutkan malam tu aku nak cakap dekat Fahim tau yang aku nak kahwin dengan dia. Masa ni aku tak tahu apa-apa pun. Pastu bila dah sampai tempat tu, aku tak jadi cakap."

"Pastu.." semakin teruja Akma.

"Pastu dia bawak aku pergi tempat tu. Serius cantik gila. Aku memang ada fikir apa kau cakap tu mungkin betul tapi mungkin jugak sebab kawan kan. Then, bila time aku dah habis makan tu aku tanya la, apa semua benda ni. Dia tak jawab. Tapi dia melutut depan aku. Dia cakap sikit pastu dia hulur cincin. Time tu aku rasa lain gila tau. Rasa macam berdebar pun ada. Pelik la. Pastu aku kata aku setuju. Pastu dia terus melompat. Siap sujud syukur atas rumput tu lagi."

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now