Enjin motosikal dimatikan. Langkah diatur kemas malabuhkan punggung di salah satu meja yang kosong. Fahim kelihatan kekok. Namun, Raisya selamba sahaja masuk ke ruang dapur.
"Assalamualaikum mak." Sapanya sambil memeluk tubuh tua itu dari arah belakang.
Itulah panggilan yang sudah dia biasakan dengan Puan Raudah. Dianggap orang tua itu umpama ibunya sendiri. Dulu bekerja di sini, dia dilayan baik. Sangat baik.
"Waalaikumussalam. Eh! Sya. Datang dengan siapa ni?" Tangannya yang dipenuhi buih sabun dibersihkan.
"Dengan suami Sya. Bakso ada lagi tak Mak? " Raisya membwlek satu per satu periuk di dapur.
"Ada lagi sikit tu. Kalau Sya lambat tadi, habis dah la."
"Pak Mat mana Mak?"
"Pak Mat biasalah dia. Ke kebun dia la." Mangkuk di almari dicapai.
Raisya menyambut mangkuk dari tangan Puan Raudah.
"Yang ni biar Sya isi. Kalau Sya nak Mak buat abc special boleh tak? Sya craving la mak. Dah lama tak rasa." Rungutnya.
"Iyelah. Tunggu kejap." lantas Puan Raudah menuju ke ruang membuat abc.
Usai sahaja mengisi makanan, dulang itu dibawa ke meja makan. Abc juga sudah tersedia di situ.
"Eh! Sya! Datang dengan suami ke?" Soal Kicap yang menjadi pelanggan tetap di warung itu.
"Ye la." Tangannya diletakkan di atas bahu. Melentik!.
Fahim bersalaman dengan mereka yang duduk di meja belakang.
"Suami kau ni diam aje. Elok tak ni?" Selamba.
"Choi la kau! Biasalah orang baru. Tak akan terus nak terkinja? Kau lain la kicap."
"Ye la. Jemput la makan."
Raisya dan Fahim menikmati makanan mereka. Sambil berborak dengan orang kampung. Sambil berkenalan.
"Orang kampung sini memang peramah ae? Baik." Puji Fahim.
"Biasalah. Kami hidup dalam muafakat. Ehe!" Sengih.
"Ada makanan lagi tak?"
"Nak buat apa?" Pantas dahinya berlapis tiga.
"Nak bungkus. Bawa balik dekat diaorang. Hajar, Akma, Yuni, Aman, mana pernah rasa lagi kan? Beli la untuk semua. Saya bayar." Semakin rancak sengihnya.
"Nanti saya bungkuskan. Makan la dulu bagi habis."
"Awak pandai ke bungkus?"
"Saya pernah kerja sini. Lepastu saya berhenti sehari selepas mak ayah meninggal. Pastu, saya ikut Era pergi KL. Saya dah cakap kan saya jaguh kampung. Don't worry." Tawanya sedikit berderai.
"Power la isteri saya ni. Untung saya." Fahim tersenyum bangga.
Syukur punyai isteri sebaik itu. Baginya, Raisya cukup sempurna buatnya. Entah apa yang membuatkan Ahsriq melakukan Raisya sebegitu. Kini dia faham mengapa Ashriq mengejar Raisya. Gadis itu tetap menjalankan tanggungjawabnya meski dipelrakukan sedemikian.
Namun yang menjadi tanda tanyanya sekarang, di manakah Ashriq? Bukan berharap rakannya itu hadir kembali. Namun, sudah lama Ashriq menghilang. Mencari pengganti baru atau membuat perancangan baru? Entahlah!
*****
"Assalamualaikum.""Waalaikumussalam." Serentak seirama.
"Dah balik pengantin? Jauh bebeno jalan." Perli Akma.
"Tak adalah. Pergi makan tadi. Ni ada laksa, bihun sup dengan bakso. Ambil la makan. Sama-sama la bahagi."
Plastik yang berisi makanan diletakkan di atas meja. Langkahnya kemudian diatur masuk ke kamar setelah menyangkut kunci motosikal di tempat asal. Fahim membuntutinya dari belakang.
"Ah!! Penatnya." Tubuhnya direbahkan di atas katil.
"Sorry la menyusahkan awak. Suruh awak bawa motor pulak." Fahim tertunduk.
"Tak apalah. Saya pun dah lama tak bawa motor. Seronok juga sekali sekala berjalan." Senyum.
"Terima kasih.Ni, awak ke saya nak pergi mandi dulu ni?" Soal Fahim sambil mencapai tualanya.
"Sama-sama."
Membuntang mata Fahim.
"Sama-sama? Awak serius?" Soalnya seakan tidak sangka.
"Er.. tak.. saya.. er.. bukan tu. Sama-sama sebab awak cakap terima kasih. Awak la mandi dulu. Saya nak kemas baju. Esok nak balik dah kan?" Dahinya diketuk.
"O.. ok.. okay.." sengih. Terus dia keluar dari kamar dengan sengihan yang meleret itu.
"Ya Allah Sya. Lain kali jawab yang mana perlu je. Kan dah lain tu. Subhanallah." Berkali-kali dahinya ditepuk.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...