BAB 8

7K 185 3
                                    

Usai sahaja makan, dia terus bergegas ke GigaMega. Bukan kerana bersetuju, tetapi risau. Ashriq seorang yang akan baran. Perkara itu membuatkan dia tidak senang duduk. Mahu pergi atau tidak sentiasa menjadi persoalan. Tapi apabila teingatkan pesan Dato Saad, dia datang juga.

Keluhan berat dilepaskan. Langkah yang diatur longlai sahaja. Sengaja mermarking kereta jauh sedikit. Malas mahu cepat ke destinasi. Untuk kali ini dia malas mahu menepati masa. Bukan berjanji pun.

"Woi! Kau nak ke mana? Menonong jalan." Panggil Ashriq dari sebuah kafe yang baru sahaja dilalui Raisya. Mengelamjn sangat.

Raisya berpatah balik dan berdiri di sisi kerusi yang bertenangan dengan Ashriq. Syukur Dato Saad juga ada di situ. Jika tidak, habis dibahan nanti.

"Yang kau berdiri macam patung dekat situ dah kenapa? Tak reti nak duduk? Ke.. nak kena ajar juga." Sinis. Jelingannya sama sahaja seperti semalam.

"Ashriq Helmi! Remember what I said just now. Ye pun bagi la dia minum dulu." Tegas nadanya. Namun Ashriq hanya menjeling.

"Tak perlu Dato. Saya dah lunch tadi." Senyum.

Raisya membisu seketika. Tersentak juga dibuatnya kalau dengar Ashriq bercakap. Kaya, tapi tak ada duit nak buat insurans mulut.

"Umur kau berapa?"

"23 tahun." Ketar pula jari jemarinya.

"Bagi tahu aku biodata kau." Wajah Raisya lansung tidak dipandang. Telefon pintar menjadi santapan mata.

"Untuk apa?" Makin lama makin seram la.

"Bagi je la! Apa yang susah sangat!" Meja ditepuk.

"Na.. nama saya Raisya Liyana Binti Rahimi. Umur saya 23 tahun. Saya asal Pahang. Saya kerja dekat butik pengantin. Saya anak yatim piatu. Saya datang sini sebab nak mulakan hidup baru." Laju sahaja pertuturannya. Jantungnya berdegup kencang bagai mahu tercabut tangkainya.

Suasana mereka disapa sepi. Sunyi memonopoli seketika.

"Kau dah kahwin belum? Dah ada boyfriend?"

"Ha? Er.. dua-dua belum."Gugup. Air liurnya terasa payau. Ditelan sahaja.

"Kalau aku suruh kau kahwin dengan aku kau nak?" Selamba.

Mata Raisya sudah membuntang. Kahwin? Dengan mamat ni? Woah! Bagaikan mimpi ngeri.

"Er.. " kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Aku tanya ni." Nada suaranya naik seoktaf.

Terjongket bahu Raisya dibuatnya. Bajunya digenggam.

"Ashriq!" Tengkinnya. Jelingan Ashriq memang tiada nokhtah buat datuknya.

"Saya tak nak. Saya muda lagi. Encik pun saya tak kenal." Semakin laju pertuturannya. Hilang gugup, gusar yang tiba.

"Aku tak kesah! Kau kena kahwin dengan aku juga." Sinis.

Raisya mengenggam penumbuk. Sabar ada batasnya. Geram bukan kepalang ni.

Baik tak payah tanya. Sekali aku lempang ni, berpusing kepala kau tak berhenti. Gummanya dalam hati. Sakit hati dibuatnya melayan karenah Ashriq.

"Saya tak nak." Geleng Raisya. Nadanya semakin berani. Tegas.

"Apa pasal kau tak nak? Bagi aku sepuluh sebab." Telefon pintarnya diletakkan di atas meja.

"Saya muda lagi. Saya nak ada duit sendiri. Saya nak ada rumah sendiri. Saya nak realisasikan impian saya. Saya nak fokus kerja. Saya nak ada kereta sendiri. Saya tak nak orang sombong macam encik. Saya tak suka orang baran. Saya tak suka kahwin sebab harta. Saya tak suka kahwin paksa." Tegas!

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now