"Hajar tak datang?" Raisya tersenyum pahit. Bibirnya yang pucat merekah. Wajahnya juga kelihatan lemah.
"Tak! Dia habaq dia ada kelas. Minggu ni sibuk sikit. Ada gheja." Jelas Ayuni.
"Dia tak nak jumpa Kak Sya kot." Senyumnya semakin karam.
Hampir sebulan Hajar tidak menjenguk Raisya seperti biasa. Sejak peristiwa di hari lepas, Hajar tak hadir lagi. Ada juga dia ternampak kelibat Hajar di pusat rawatan itu. Tapi, hanya berjumpa Doktor Haida, dan malangnya bukan dia.
Salah dia juga. Ego dibina setinggi menggunung. Akhirnya! Tak siapa hadir melancong. Apa pun dia tidak dapat.
"Awat pulak? Kak ada gaduh dengan dia ke?" Berkerut seribu wajah Ayuni.
"Tak adalah. Akak rasa aje."
Raisya kembali mengukir senyuman pucatnya sebelum dilemparkan kepada ahli jemaah di dalam kamar itu. Akma dan Qahera hanya diam memandangnya. Bisu dari tadi tanpa bicara. Riak wajah mereka seakan risau akan sesuatu.
"Kenapa buat muka macam tu? Tak suka ke tengok aku?" Senyum masih terukir meski sebenarnya dia menahan peritnya penyakit yang dialaminya sejak berbulan lepas.
"Kenapa kau tak nak keluar lagi? Kitaorang semua rindu kau. Rindu nak makan sama-sama." Qahera memandang sayu wajah Raisya.
Raisya tersenyum dengan mata terpejam. Terkeluar juga tawa kecilnya. Adreyan yang tidur di sisinya diusap kepala.
"Aku rasa aku masih tak sihat sepenuhnya lagi. Biarlah aku duduk sini dulu. Kalau nak makan sekali, jom la kita makan dekat taman luar. Tapi bawa la makanan sendiri."
"Hm.. tak sama." Akma menggeleng.
Walaupun sudah berumah tangga, perangai mereka masih sama. Keanak-anakan. Tak pernah nak belajar jadi matang.
"Tak apalah. Nanti biy bawa makanan, kita makan sekali. Sayang nak makan apa?" Tangan Raisya digenggam.
"Apa-apa aje. Semua masakan biy sedap. Tapi, nanti bawa Hajar sekali ya? Dah lama Sya tak jumpa dia. Rindu pula." Sengih.
Fahim tersenyum seraya mengangguk. Sudah lama dia tidak melihat senyum dan sengih manja itu. Meski pucat, baginya semuanya sama. Apatah lagi dapat melihat setelah sekian lama senyum itu terkunci di lubuk hati Raisya.
"InsyaAllah. Nanti biy pujuk dia."
"Jom la keluar pergi taman. Duduk dalam bilik ni pun rasa macam penjara. Dekat taman tenang sikit."
Raisya bangun dan mencempung tubuh Adreyan. Meski tubuhnya lemah, namun dia mahu. Dia rindu anaknya itu. Mahu membalas kasih sayang selaam ini yang tak pernah diberi. Jauh tak dikirim.
"Biar la biy bawa. Kasihan sayang penat." Fahim tersenyum.
Raisya mengangguk. Boleh juga. Kalau selamanya menanggung tubuh Adreyan, boleh kena sakit pinggang pula.
Saat berjalan di dalam ruang pusat rawatan, Raisya terasa kepalanya pening. Namun dia taham sahaja. Senyum dan tawa tetap bergema meski pahit baginya merahsiakan hal itu.
"Kau okay tak? Pucat aje muka." Tegur Akma.
"Aku okaylah. Muka aku memang macam ni." Senyum.
Dush!
Raisya terus jatuh terbaring.
"Sya! Sayang? Bangun! Kenapa ni?" Fahim menepuk perlahan pipi Raisya. Namun tetap isterinya tidak menyedarkan diri.
"Abang! Yuni. Kenapa ni?" Hajar yang baru tiba mulai gelabah.
"Panggil doktor Jar. Cepat!"
Tanpa berlengah, Hajar lantas bergegas ke kamar Doktor Haida. Jantungnya bagai mahu tercabut. Nalurinya kelam kabut. Pelbagai anasir negatif tiba.
*****
"Macam mana isteri saya doktor?" Fahim mula tak senang duduk."Dia cuma kurang tenaga aje. Esok elok la balik. Tak perlu risau." Senyum.
"By the way, Raisya suruh semua masuk. Katanya, nak solat Asar jemaah." Jelas Doktor Haida.
"Ha? Okay!"
Fahim hanya mengiyakan sahaja. Rasa aneh juga.
*****
"Assalamualaikum warahmatullah""Assalamualaikum warahmatullah."
"Bang!"
Lantas Fahim menoleh saat Hajar memanggilnya.
"Kak Sya! Dari rakaat ketiga."
Semua ahli jemaah mula menggelabah. Mengerumuni Raisya adalah satu tugas saat ini.
"Sya! Sya! Sayang! Bangun. Jangan tinggalkan biy. Sayang.." Fahim menampar perlahan bahu Raisya. Makin mengejutkan, gadis itu jatuh kaku.
"Doktor! Doktor!" Pekik Ashriq di muka pintu kamar.
Setelah beberapa saat, Doktor Haida tiba dalam keadaan termengah. Pantas dia mendekati Raisya. Nadinya dicari sebelum dia menghentikan tingkah itu.
"Allah lebih sayangkan dia."
"Innalillah wainnailahirojiun."
Kaum wanita mula mengalirkan air mata. Hajar hanya mampu menahan sebak. Meski dia tahu asbab pemergian Raisya, namun, ia tetap meruntunkan hatinya. Perginya seorang insan yang baik. Banyak berjasa dengannya.
"Kenapa? Semua nak pergi. Kenapa Ya Allah?" Fahim mula menyoalkan takdir.
Diha yang dulu menjadi isteri Fahim dan ibu susuan Adreyan sudah pergi juga saat rasa cinta mula terputik. Kini, isterinya yang menghilang selama tiga tahun, kembali kerana ingin mengkhabarkan pemergian selamanya. Parah lukanya.
*****
"Sebenarnya..."Semua pasang mata terarah kepada wajah Hajar.
"Hajar dah tahu Kak Sya ada barah otak. Hajar dah lama tahu sejak Hajar first time datang sini." Wajahnya ditundukkan. Degupan jantung seakan keretapi elektrik.
"Kenapa tak bagi tahu kitaorang? Tak penting ke kami ni? Abang Im ni suami dia. Sepatutnya abang Im tahu." Fahim mencebikkan bibir.
"Bukan macam tu. Hajar cuma tak nak semua orang kecewa. Hajar tak nak Abang Im jadi macam dulu. Hajar pun tak kuat bila tahu. Kauorang yang dah lama dengan dia mesti lagi kecewa. Sebab tu, Hajar sedaya upaya rahsiakan hal ni." Jelas Hajar.
"Benda besaq hang tau dak? Aku yang duduk serumah dengan hang pun tak tau. Patut la selalu tak dak dekat rumah. Pandai hang berlakon." Ayuni menggeleng dengan riak wajah yang sinis.
"Raisya pun suruh rahsiakan hal ni. Dia tak nak orang risau pasal dia. Cukuplah dia pergi diam-diam hatitu. Biarlah sekarang, dia pergi dengan tenang." Rayu Hajar.
Mereka hanya menggeleng. Entah kenapa harus begini.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
Narrativa generaleKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...