Sudah dua minggu berlalu sejak kejadian pahit itu. Hanya berbaki seminggu sahaja sebelum Raisya bergelar kepada pewaris mutlak GigaMega, Ashriq Helmi. Tiada apa yang boleh diubah saat ini. Hanya menimbulkan rasa malu jika itu berlaku.
Segala persiapan sudah diuruskan. Dewan sudah tersedia. Kad sudah diedarkan. Hanya tinggal baju kahwin sahaja untuk dicuba buat kali terakhir sebelum diguna pakai.
Habis kecoh dan menular di media sosial tentang perkahwinan mengejut Ashriq dan seorang gadis wedding planner butik terkemuka itu. Sehinggakan dikatakan kerana sudah terlanjur. Namun, Ashriq pandai menghapus anasir negatif itu walaupun dengan cara menipu.
Dato Saad? Tidak usah dikhabarkan. Tersenyum sahaja apabila mengetahui tentang persetujuan Raisya untuk berkahwin dengan Ashriq.
"Nah!"
Raisya menghulurkan sepasang baju kahwin songket berwarna terkoish kepada Ashriq. Bibirnya sudah muncung sedepa. Ashriq bagai tiada perasaan. Mengarahkan Raisya seperti seorang amah.
"Material okay tak?" Solanya selamba. Huluran diterima. Cermin mata gerhananya dibuka. Setiap inchi baju itu diteliti.
"Ini songket tenun sendiri tau. Paling mahal saya ambil untuk encik." Cebiknya.
Ashriq agak cerewet. Semuanya mahu sempurna. Baju tidak mahu yang murah. Gatal kulitnya nanti katanya. Duit adalah segalanya bagu dia.
"Kau cebik lagi sekali, aku cium." Gertaknya. Jari ditunding.
Ashriq masuk ke dalam bilik persalinan. Raisya pula ke bilik persalinan di sebelah. Sama-sama mencuba baju. (Positif)
Tok! Tok!
"Cepat la keluar! Kau tukar baju ke buat baju?" Tengkingnya.
"Jap la." Dengan nada yang sama. Ashriq sedikit terkejut.
Selepas beberapa saat, Raisya keluar dari kamar persalinan. Dia sibuk mebelek baju. Tanpa sedar, Ashriq sudah menelan liur.
Cantiknya! Bisik hati kecilnya.
Pandangannya tidak lari dari melihat tubuh Raisya yang tersarung kemas dengan busana pengantinnya. Sama padan. Sama sedondon. Sungguh indah menjadi tatapan.
"Saya tahu la saya cantik. Encik tak perlu nak terkejut sangat." Tegurannya mematikan lamunan Ashriq. Pantas jejaka itu menggeleng.
"Kau? Cantik? Dekat luar belambak lagi cantik." Nafinya.
Raisya hanya membuat wajah toya. Melayan kerenah Ashriq memang memenatkan. Semua dia yang betul. Mereka menghadap cermin bersar di hadapan mereka. Mengamati keselesaan baju itu.
"Wow! So nice both of you." Sapa Datin Kamelia dari arah belakang. Segera mereka menoleh.
Raisya mengukir senyum. Tidak lupa juga Ashriq. Namun senyumnya, hanya palsu. Palsu semata-mata kerana mahu dipuja meninggi.
"Duduk rapat sedikit. Saya nak ambil gambar. Boleh buat frame." Senyumnya sebelum mengambil telefon pintarnya daripada poket seluar.
Raisya hanya berdiri kaku. Hanya Ashriq yang dibiarkan bergerak. Senyum yang diukir Raisya hanya senyum pahit.Foto mula diambil lalu ditunjukkan kepada mereka berdua.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...