Raisya merenung ke arah Fahim yang duduk berpeluk tubuh di anak tangga beranda rumah. Entah apa yabg dimenungkan. Air matanya yang tadi memgalir kini sudah kering. Mungkin kerana sudah tak boleh menitiskan air mata.
Peritnya rasa hilang ibu sendiri. Raisya juga pernah rasa. Tambahan, ibu itu yang selalu bermanja dengan kita. Allahu.
"Hajar pergi la rehat. Biar akak kemas." Raisya menghentikan tingkah Hajar yang sibuk mengemas dapur.
"Tak apa. Akak pergi la rehat. Dari petang tadi lagi akak kemas. Biar Hajar pulak."
"Tak apalah Hajar. Pergi la rehat." Belakang Hajar diusap.
Meski Hajar itu wanita, namun hatinya lebih kering. Dia redha jika itu ketentuan Allah buatnya.
"Ya la. Hajar nak panggil abang Im jap."
Pantas Riasya menggeleng, membantah. Hajar faham. Dia pun faham akan keadaan Fahim yang masih tidak boleh menerima hakikat bahawa Puan Mesa sudah pergi meninggalkan dia sekeluarga..
Sesekali Raisya memandang tubuh Fahim. Masih sama. Kaku di situ. Sedangkan cuaca di luar hujan lebat. Namun Fahim langsung tidak menunjukkan tanda kesejukan.
Usai sahaja mengemas, Raisya menggagahkan diri duduk di sisi Fahim. Sempat dia meminta selimut daripada Hajar sebentar tadi. Dibalut ringkas tubuh Fahim. Maish tiada sebarang reaksi. Pandangan Raisya turut dilayangkan ke halaman rumah.
"Saya pun pernah rasa kehilangan Im. Kehilangan semuanya. Tapi saya belajar jadi seorang yang kuat. Redha. Walaupun susah saya nak teima hakikat. Saya banyak salahkan takdir. Pertikaikan Allah. Saya lali masa tu Im." Senyum sinisnya diukir segarit.
"Mak saya Sya. Saya tak sempat nak minta maaf apa pun. Sekejap sangat Sya. Sekejap sangat! Saya ingat saya balik harini, saya boleh la borak panjang. Tak sangka. Kenapa harini? Kenapa bukan saya yang pergi dulu? Kenapa saya kena rasa sakit ni?" Sayu.
"Kalau awak yang pergi dulu, awak bayangkan tak apa yang mak awak akan rasa? Mak awak akan rasa sangat sedih. Anak kandung dia sendiri pergi dulu dari dia. Sama macam awak Im. Apa yang awak rasa, mak awak pun akan rasa. Awak dengan Hajar je anak dia Im. Siapa lagi yang nak jadi pasangan dia? Hajar sahaja? Hajar pun perlukan awak."
Fahim hanya diam. Dia sedar kekhilafannya.
"Saya rindu dia Sya.." esakan kedengaran.
Kalau mereka sah sebagai suami isteri, mahu sahaja Raisya peluk tubuh itu. Mahu dihapuskan segala anasir jahat di dalam diri itu. Mahu tenangkan hati jejaka itu. Meski dia tahu dia tak mampu menggantikan tempat Puan Mesa, namun dia cuba. Namun, apakan daya, dia hanya mampu melihat Fahim dengan rasa simpati.
"Saya tak boleh nak peluk awak. Tak boleh nak usap awak. Tak boleh nak kurangkan rasa sedih awak tu. Saya cuma mampu cakap, saya sayang awak Fahim. Jujur! Saya tak pernah rasa perasaan macam ni terhadap seorang ajnabi. Tapi, saya sayang awak. Saya tak nak tengok awak sedih macam ni. Tolong Fahim. Jangan berubah macam ni." Rayunya.
Buat pertama kalinya dia meluahkan rasa itu kepada seorang lelaki yang sebelum ini bukan sesiapa di dalam hatinya. Yang dianggap tidak lebih dari seorang kawan. Yang cuma dia tahu, jejaka itu rakannya susah senang. Namun, jujur kini dia rasakan debaran yang lain. Jauh bezanya saat bersama Ashriq walau saat bahagia.
Fahim terkedu. Dia memandang wajah Raisya. Air matanya diseka.
"T.. te.. terima kasih. Terima kasih sebab selalu kuatkan saya. Saya hargai. Terima kasih." Senyum.
Seketika suasana dihamapar sepi.
"Saya rasa... Saya nak bawa Hajar tinggal dengan saya la. Saya boleh tampung yuran belajar dia. Saya nak dia berjaya. Awak rasa?" Soalnya meminta pendapat.
"Saya okay aje. Tapi awak kena tanya Hajar. Pasal yuran, biar saya yang bayar."
"Biarlah saya nak tampung. Awak banyak lagi tanggungjawab. Biarlah sekali sekala. Lagipun, dia masih muda. Saya nak tengok dia berjaya macam abang dia. Biarlah dia belajar."
"Belajar? Hajar belajar? Wow!"
Pantas Hajar mendakap tubuh Raisya. Tak sengaja dia mendengar perbulan itu. Itu yang diimpikannya selama ini. Sudah lama dia pendam hasrat itu. Namun takut mahu meminta izin Puan Mesa dan Fahim.
"Kan saya dah kata? Saya tengok dia pun saya tahu. Awak la. Cuba la tanya apa dia nak." Pesan Raisya.
"Dia tak pernah cakap. Kalau cakap, mungkin saya akan perimbangkan."
"Dah la. Awak pergi la masuk tidur. Hajar pergi la tidur dulu. Akak nak tutup pintu jap."
"Tak apalah. Saya nak ambil angin sekejap. Nanti saya tutup. Awak pergi la tidur dengan Hajar dulu."
Raisya mengangguk. Sempat mereka berdua berborak sehingga ke atas katil bicaranya. Teruja Hajar.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...