BAB 41

5.2K 116 0
                                    

"Kau yakin ke dia akan datang? Dah pukul tujuh suku, tak ada pun." Hania mengeluh.

"Selalunya dia datang time macam ni. Hari Ahad dah ni." Liyana merenung jam tangannya.

"Wait! Tu kan? Dengan budak kecil tu." Hania memuncungkan bibirnya ke arah sebuah bangku.

"Betul la tu."

"Okay! Let start it!" Belum sempat mencapai langkah kedua, Liyana menarik lengannya.

"Why?"

"Aku takut. Kau rasa dia okay?"

"Pastikan kau buka mask kau tu nanti. Aku yang tengok ni pun rimas." Tanpa membalas soalan Liyana, Hania terus berjalan menuju ke arah Fahim.

Hania berdiri di hadapan Fahim. Fahim dan Adreyan berpandangan antara satu sama lain.

"Cik bukan ke yang..."

"Kita pergi tempat jauh sikit boleh? Saya rasa, dekat sana okay sikit." Serius riaknya.

"Ada apa ya cik?" Fahim mengerutkan dahi.

"Kalau awak rasa awak nak jumpa dia, please! Jangan bazirkan masa kami." Tegas Hania sebelum berjalan ke destinasi yang diingini.

Fahim berjalan membuntuti Hania. Dia juga keliru.

"Cik!"

"Ada apa?"

"Nak air tak? Saya belanja." Pelawa Fahim.

"Two mineral water. Saya tunggu sana."

Usai sahaja membeli air, Fahim dan Adreyan menuju ke meja tempat Hania duduk. Dua botol air mineral dihulurkan.

"Ada apa cik nak jumpa saya?" Fahim menghulurkan air mineral kepada Adreyan.

"Abi! Apa ni?" Adreyan berwajah polos.

"I don't know. Maybe umi's friend." Fahim tersenyum sinis.

"Liya!"

Selepas beberapa saat namanya dipanggil, Liyana duduk di sisi Hania. Hadirnya entah dari celah mana. Wajahnya ditundukkan.

Fahim kaku seketika. Beku. Bisu. Gadis yang diekori kelmarin dahulu kini di hadapan matanya.

"Open it. They gonna be okay. Don't scared." Lembut sahaja nada Hania.

Tanpa melengahkan masa, Liyana membuka penutup mulutnya. Hoodie yang menutu kepalanya turut dilurutkan. Hnaya cermin mata dikekalkan. Dia memberanikan diri menayangkan wajahnya yang sudah merah menahan tangis.

"Sya! I miss you. Ni anak kita. Adreyan Mikael. You want this name right."

"Can I hug him?" Pintanya sayu.

Kolam mata Fahim turut bergenang.

"Yan!"

"Yes Abi."

"Yan nak jumpa umi tak?" Senyum.

"My biology mom?"

"Yes son."

"Ana?" Adreyan tersengih girang.

"There! Orang yang Yan makan ais krim dengan dia haritu. Do you remember her?" 

Adreyan diam. Dia memandang wajah Liyana. Lama.

Tanpa berlengah, Liyana terus mendapatkan tubuh Adreyan. Dipeluk erat dengan linangan air mata.

"I'm so sorry for let you go without me by your side. I'm so sorry."

Kini, dia melutut pula di kaki Fahim.

"Sya minta maaf. Sya tinggalkan Fahim dengan anak kita. Sya tipu Fahim. Ampun Sya." Rayunya dengan esakan.

Hania yang melihat adengan itu turut menitiskan air mata. Rasa bersalah kerana menyimpan Raisya dari orang lain menghantui dirinya.

"Tak apa. Sya tak salah."

*****
"Kenapa Sya buat semua tu?" Fahim memandang wajah Raisya dengab riak serius.

"Sya tak nak rasa berkongsi kasih sayang. Sya tahu Fahim ada isteri baru. Sya tahu Fahim mesra dengan perempuan tu. Sya tak sanggup." Air matanya diseka. Adreyan di atas riba dipeluk erat.

"Ya! Saya kahwin lain. Tapi, apa maksud Sya nak kata Fahim mesra dengan perempuan tu? Kejadian dekat kafe tu tak sengaja. Dia pun dah tak ada Sya. Dia dah pergi tinggalkan Fahim selamanya. Im terpaksa buat semua tu. Kalau Im tak buat, siapa nak susukan Yan? Dia ada time Im susah senang." Terang Fahim.

"Aku dah cakap kan?" Hania menggelengkan kepala.

"Entah! Saya tak boleh lagi nak balik dekat awak masa tu. Lagi-lagi lepas saya dapat tahu awak kahwin dengan dia. Lepastu, bila saya balik, saya rasa bersalah. Saya takut awak tak suka saya. Saya tak tenang. Sebab tu, selama tiga tahun saya tak pernah bahagia. Setiap apa awak buat saya tahu. Sebab saya tak senang duduk kalau sehari tak perhatikan kauorang semua." Jelasnya lagi.

Fahim mengeluh. Entah apa yang dia harus lakukan. Kalau nak marah, dia pun salah. Kalau nak benci, itu isteri yang dia sayangi. Nak berpisah, jauh sekali dari keputusannya.

"Kenapa buat semua tu? Tak ada masa kami nak berdendam. Sya dah banyak bantu kami semua. Semua tak boleh nak lupakan awak. Asal kami berjumpa, itu topik utama kami. Walaupun Sya dah seksa kami, tipu kami, tak terdetik pun nak marah. Kami dah syak Sya hidup sejak Era nampak Sya dekat KFC haritu. Dan, semakin kami tahu bila Sya bagi kami semua hadiah." Fahim merenung dalam wajah Raisya.

Raisya hanya membisu. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Adreyan yang sudah lelap di pangkuannya ditenung sesekali. Banyak salah dia pada anak itu. Kasih sayang tak pernah dicurahkan. Apatah lagi menyusukan anak itu.

"Balik Sya. Ikut Im okay? Kami tak akan berdendam. Please!" Rayu Fahim.

Raisya menghulurkan Adreyan kepada Hania sebelum bangun dan berlalu entah pergi ke mana.

"Dia tak okay lagi tu. Sejak awak datang cari dia, dia tak henti menangis. Dia kata dia rasa bersalah sangat. Saya pun minta maaf sebab sorokkan dia dari awak. Saya tak tahu dia dah kahwin. Dia tak pernah cerita. Sorry." Adreyan dihulurkan kepada Fahim.

"Tak apa. Bukan salah awak pun."

"Nanti saya cuba pujuk dia. Tapi, tolong jangan ganggu dia masa ni. Saya akan cuba sedaya saya. Saya minta diri dulu." Hania berlalu pergi.

Fahim mengeluh.

"Balik la Sya." Rayunya lagi.

*****
"Apa lagi kau nak Liya? Dia dah maafkan kau. Kau tak nak ke bahagia? Anak kau? Dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Kau ibu kandung dia. Kau nak ke bila dia membesar, masa tu kau baru nak balik, masa tu dia dah tak suka kau. Kau nak?" Hania cuba mengugut Raisya.

Sejak pulang dari taman pagi tadi, Raisya hanya berkurung di kamar. Makan tak mahu. Hanya yang terdengar esakan dari tangisannya. Bicara sendirian. Ansyik mempersoalkan salah sendiri.

"Liya! Jangan macam ni boleh tak? Aku tak kisah kalau kau nak jadi macam selama tiga tahun tu. Tapi, jangan jadi macam ni. Bercakap sorang. Aku risau la. Buka la pintu ni." Rayu Hania.

"Salah aku." Selafaz.

"Liya! Sebelum aku buka pintu ni, baik kau yang buka sendiri. Kalau aku buka, aku tak fikir lain dah. Aku bawa kau pergi hospital terus. Teruk dah ni." Hania semakin tak keruan.

Lama Raisya membisu. Tanpa berfikir panjang, Hania sendiri yang membuka pintu kamar itu. Membuntang mata Hania saat melihat Raisya menelan satu per satu pil tidur. Lantas Hania memeluk Raisya dengan tangisan. Gadis itu hanya dengan tangisannya.

"Liya! Apa kau buat ni? Kau nak bunuh diri ke?"

"Bodoh! Bodoh! Kau buat apa? Kau nak masuk neraka ke?"

"Aku salah Nia. Aku isteri derhaka. Aku tak cium bau syurga. Aku tak pandai jaga anak aku. Aku bodoh."

"Liya!" Semakin erat pelukannya.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now