BAB 7

6.7K 199 2
                                    

Raisya sibuk dengan tugasnya. Segala kertas kejanya sudah disusun rapi. Segala kertas contoh telah diklipkan ke dalam file. Dari semalam lagi dia berlatih mengukir senyum yang kelihatan begitu ikhlas. Dah macam orang gila. Kalau ada Qahera lama dah makan penampar.

Tok! Tok!

"Sya, cust dah sampai." Panggil Akma dengan kepala yang terjengul sedikit di muka pintu.

Raisya dan Akma tetap setaraf. Tiada panggilan cik atau puan. Tiada pertuturan formal.

"On the way." Senyum. Kelam- kabut dia mengutip apa yang perlu dibawa.

Langkahnya diatur pantas menuju ke ruang menunggu di tengah butik. Senyum diukir ke arah mereka yang berada di situ.

"Assalamualaikum. Sorry lambat." Senyum. Dia berjabat tangan dengan dua orang wanita di hadapannya sebelum duduk bertentangan dengan mereka. Akma sibuk melayan pelanggan yang lain.

"Waalaikumussalam." Serentak.

"Tak apa. Kami faham." Balas Datin Zahrah.

"So, ini ke anak Datin tu?" Kerut namun masih mengukir senyum.

"Inilah anak saya. Syira, kenalkan ni pemilik butik ni." Belakang anaknya diusap perlahan.

"Eh! Saya bukan pemilik. Saya pengurus cawangan aje. Pemiliknya ada dekat Johor, uruskan cawangan baru." Senyumnya masih terukir kemas walaupun bibirnya sudah lenguh.

"Ough! Saya ingatkan awak pemiliknya. Bagus juga. Muda-muda dah pandai uruskan business macam ni." Balas Syira.

"Saya tak mampu. So, boleh kita mulakan sekarang?" Soalnya meminta kepastian.

"Ya, sure!"

Raisya memulakan tugasnya. Satu per satu contoh baju kahwin dipamerkan. Dari satu jenis kain ke satu jenis kain. Dari satu warna ke satu warna. Semua diterangkan dengan terperinci.

Kelam-kabut juga dibuatnya apabila bakal pengantin lelaki tiba tanpa dikhabarkan. Terpaksa dia mengutip pula contoh di dalam almari khas. Namun, dia tidak rasa itu sebagai sesuatu yang menyusahakan. Mungkin kita tidak tahu apa yang dihadapi dia sehinggakan dia boleh datang pula. Mungkin kerana rindu? Siapa tahu?

Kertas contoh diketuk-ketuk ke atas meja supaya tersusun kemas. Keluhan perlahan dilepaskan.

"So, saya akan usahakan secepat mungkin. Nanti saya akan call kalau ada appoiment. Maybe akan banyak kali. Expecially untuk baju dengan dewan." Senyum.

"Saya tak kesah. Layanan awak pun bagus. Senyum aje. Macam Idham kan ma?" Sengih. Wajah Datin Zahrah menjadi tatapan.

Pantas bibir Raisya tersenyum sumbing. Dahinya berkerut.

Idham? Siapa Idham? Bisik hatinya sendiri.

"Idham mana pulak ni?" Laju saja persoalan itu meluncur dari bibirnya.

"Adik saya. Dia macam awak juga. Selalu senyum. Kalau dia ada, mesti sepadan." Matanya dipejamkan sekilas. Mengamati keserasian Raisya dan Idham.

"Er.. So, ada yang nak tambah tukar lagi?" Sengaja mengubah topik bicara. Tak mahu membangkitkan isu jodoh. Dia masih muda.

"Tak ada dah kot. Hanif ada yang nak tambah?"

"Amboi! Tanya bakal menantu je ke? Syira ni?" Cebik Syira.

"Mengada la kamu ni."

Berderai ketawa mereka. Saling menyakat. Raisya di situ sudah sebati dengan mereka. Rancak boraknya.

*****
Raisya berjalan pantas pantas. Beg tangannya diraba-raba mencari kunci kereta. Dia sudah lambat mahu ke dewan hotel yang telah ditetapkan. Nanti dilabel munafik pula, tidak menepati janji. Tidak sempat nak makan juga. Tanggungjawab.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now