"Assalamualikum."
"Waalaikumussalam."
Mereka berbalas senyum.
"Amboi pengantin baru. Lambat masuk kerja? Ada projek pagi buta ke?" Sindir Akma. Tawanya berderai.
"Banyak la kau punya projek. Aku kemas rumah sikit tadi. Nanti nak pindah tak ada la sepah sangat." Senyum. Beg tangannya diletakkan di kaunter.
"Pindah?"
"Yup! Nanti pindah rumah Ashriq. Aku ikut aje. Kau tahu la aku macam mana. Malas nak membantah." Keluhnya.
"Good wife la kau ni." Bahu Raisya ditampar.
Ya! Good wife. Good wife di mata orang luar. Andai mereka tahu apa yang Raisya rasakan selama seminggu bergelar isteri kepada Ashriq, mereka pasti akan simpati. Bukan mudah menjadi isteri Ashriq. Hendak menundukkannya pun sukar. Apatah lagi untuk membantah katanya.
"Datin mana?"
"Datin pergi Johor lagi. Ada problem sikit. Katanya ada barang tak sampai lagi. So.. aku la yang menjaga. Kesian aku. Ketar lutut pergi sana sini." Adunya.
"Tak apa Akma. Nak dapat rezeki kena la usaha sikit." Senyumnya dilakar sebelum dia masuk ke dlaam pejabat Datin Kamelia.
Selalunya Datin Kamelia akan meninggalkan sticky not di papan kenyataannya jika masih ada tugas yang belum selesai. Raisya atau Akma akan bantu menyelesaikannya.
*****
Setibanya Raisya di hadapan sebuah kafe, tubuh Qahera terus dipeluk erat. Sungguh dia rindu sahabat sehidup sematinya itu. Seminggu tidak berjumpa umpama mimpi negeri baginya.Apabila menerima panggilan daripada Qahera untuk makan bersama, dia melompat kegirangan.
Punggungnya dilabuhkan bertentangan dengan Qahera. Makanan dipesan.
"Macam mana seminggu kahwin? Okay?" Senyum manisnya terukir megah.
"Alhamdulillah." Selafaz kata cukup membuatkan Qahera tahu melalui riak wajah Raisya. Wajah itu bukan wajah yang dia mahukan.
"Dia tak layan kau elok ke?" Tegas.
"Tak adalah. Okay aje." Senyum lahit terukir.
"Muka kau tu. Aku kenal muka tu. Muka tak happy. Cakap dengan aku jujur. Dia layan kau elok tak?" Mata berkaca Raisya ditenung dalam. Cuma menyelami.
Raisya diam. Lama! Dia tak pasti. Mahu cerita atau tidak? Adakah dia akan membuka aib? Tetapi dia sudah cukup terseksa memendam perkara itu seorang diri. Dia perlukan teman bercerita. Dan Qahera orang yang tepat.
"Aku ni alat dia je Era. Alat untuk dapatkan harta dia. Bila dia dah dapat apa dia nak, dia akan lepaskan aku." Matanya sudah berbahang.
"What? How dare he is? Habis kau buat apa?"
"Aku.. aku tak buat apa-apa. Aku tak boleh nak buat apa dah. Benda dah jadi. Aku mampu doa je." Air matanya yang sudah mengalir perlahan, dikesat.
"Kau sayang dia tak?" Lembut nadanya.
"Tak!" Tegas!
"Aku tak sayang dia. Makin hari aku rasa makin meluat tengok muka dia. Setiap apa dia kata, banyak menyakitkan hati daripada legakan hati. Aku tak nak hidup macam ni Era." Perlahan Raisya menggeleng.
Tika ini. Dia benar sakit. Sakit yang tak terperi peritnya. Andai dia boleh lari dari realiti, dia mahu. Dia rela. Asalkan dia tidak mendengar kata racun Ashriq.
"Jap! Aku tak faham apa maksud apa yang dia nak tu. Apa kena mengena dengan kau?" Kerutannya menimbulkan beribu persoalan.
"Kahwin sebab harta. Aku ni alat untuk dapatkan harta. Kalau nak kata, harta tu dapat bila dia dah kahwin, tapi sampai sekarang macam tak ada apa-apa. Kau rasa?" Wajahnya tertunduk.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...