Raisya terjaga dari lenanya saat terdengar azan dari masjid berdekatan berkumandang. Rumah Fahim memang dekat dengan masjid. Hanya beberapa langkah sahaja. Mudah dia bangun.
Matanya dipisat. Ngantuknya masih bersisa namun diabaikan. Hari ini mereka sudah mula bekerja. Cukup seminggu bercuti. Langkah kemudian dibawa ke kamar mandi bersama tuala dan pakaian salin. Longlai tubuhnya akibat masih memgantuk.
Usai sahaja membersihkan diri, dia membangunkan Fahim pula. Kelakuan yang sama seperti Raisya. Lemah sahaja. Kemudian, solat Subuh ditunaikan berjemaah.
"Amin..."
Wajah mereka disapu. Raisya bersalaman dengan Fahim sebelum Fahim mencium ubunnya.
"Saya nak turun masak jap. Awak nak makan apa?" Telekungnya ditanggalkan dan disidai di rak.
"Anything you want to cook." Sengih.
Raisya mengangguk sebelum turun ke ruang dapur. Peti sejuk dibuka. Diteliti satu per satu barang di dalamnya.
"Nasi goreng je la."
Segala peralatan dan bahan disediakan. Fahim yang baru sahaja melabuhkan punggung di ruang kerja, melihat tingkah Raisya.
"Apa tengok macam tu? Tak selesa la." Geleng kepalanya.
"Tengok isteri sendiri pun tak boleh ke? Biarlah saya." Sengih lagi dan lagi.
Walau barimu sahaja seminggu hidup bersama Fahim, namun rasa cintanya sudah membuak. Jika berpisah seketika pun terasa rindu yang teramat. Sebab? Sebab Fahim melayannya umpama bidadari. Tatkala melihat Riasya penat, dia akan mengantikan tugas. Langsung tidak merungut.
"Tak salah. Cuma saya kekok kalai awak buat macam tu. Rasa diperhatikan. Seram la."
"Apa yang seram? Ke... Nak saya peluk pulak?" Ugut Fahim.
"Hey! Lagi susah saya nak buat kerja. Duduk situ diam-diam. Tengok pun tengoklah. Tapi jangan buat benda lain." pesannya tegas.
Usai sahaja menghidang, mereka menjamu selera bersama-sama. Sambil bergelak tawa. Sambil berbual cerita mereka.
*****
"Okay! Dah sampai." Hand break kereta ditarik. Wajah Raisya menjadi tatapan mata. Indahnya!"Awak nak ambil saya juga ke balik kerja? Kalau busy saya balik dengan Akma je la." Tali pinggang ditanggalkan.
"Saya la ambil. Awak nak lunch dengan Akma ke dengan saya?"
"Akma la. Dah lama tak lunch sekali. Sorry." Riak wajahnya berubah.
"Its okay. Saya pun nak lunch dengan kawan." Senyum.
Raisya menyalam tangan Fahim. Seperti biasa, salam dibalas cium di ubun. Namun senyum yang diukir sebentar tadi terhenti saat melihat sebuah kereta.
"Im.." tangan Fahim ditepuk-tepuk.
"Awak ni. Suka panggil saya macam tu. Cuba.."
"Tengok tu. Kereta Ash kan?" Pantas Fahim menoleh.
"Dia buat apa dekat sini? Biar saya pergi warning jap." Belum sempat hendak membuka pintu kereta, Raisya sudah menahan tingkahnya.
"Tak payah. Biar saya pergi tengok sendiri. Nanti awak lambat pulak pergi kerja."
Raisya menutup pintu kereta. Lambaian diberikan buat Fahim sebelum beredar.
Ting!
Fahim membuka telefon pintarnya. Pesanan dari Whatsapp dibuka.
Wifey💕
Take care sayang!!💕💕
Pantas Fahim mengukir senyum lebar. Tawanya tidak boleh ditahan. Mahu sahaja dia lompat di dalam kereta itu juga.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...