"Jauh termenung? Sampai mana dah?" Sapa Dato Saad sebaik masuk ke kamar cucunya.
Dari pagi wajah cucunya itu kelihatan resah. Sering kali dilihat Ashriq meletakkan jari di bibir. Faham benar dia. Pasti ada yang dirisaukannya.
"Tok daddy. Tak ada apalah. Fikir kerja sikit." File terus dibuka.
Dato Saad yang baru melabuhkan punggung menderaikan tawa sinis.
"Ni, semalam kamu kata Raisya dah ada dekat rumah kamu masa kamu ambil baju. Tapi malam tu, tok daddy jumpa dia dekat kedai makan dengan seorang perempuan. Lepas siap dia ajak tok daddy makan sekali. Rupanya dia sibuk dengan pelanggan dia yang nak kahwin hujung minggu ni. Kamu tipu tok daddy ya?" Dato Saad mengukir senyum.
Pantas Ashriq mengangkat wajah. Sedar kekhilafannya semalam.
Apa yang aku dah buat ni? Soalnya sendiri.
"Err... Ash nak cepat masa tu. Habis semua salah cakap." Senyum diukir sumbing.
"Ye la. Tok daddy nak file pasal tander baru."
*****
"Sya.. nanti kita lunch sama- sama ae?" Rayu Akma separuh manja."Tak boleh la. Harini Ashriq ajak aku lunch dengan dia." Keluhnya.
Kalau boleh, dia mahu menolak permintaan Ashriq untuk makan bersamanya. Suaminya itu umpama mengongkongnya. Sejak apa yang terjadi semalam, pergi ke tempat kerja pun dia akan membuntuti kereta Raisya dari belakang. Semakin menyampah Raisya dibuatnya. Bukan rasa cinta yang semakin membunga. Malah rasa benci yang kian membara.
"Amboi! Sejak bila?" Tangan Raisya ditampar.
"Aduh!" Pantas Raisya mengaduh sakit. Tangannya dipegang.
"Wey! Kuat sangat ke aku tampar? Sorry la." Baju lengan Raisya diselak untuk memeriksa keadaan Raisya.
"Wey! Kuat sangat ke aku tampar? Sampai lebam tangan kau." Tangan Raisya diusap perlahan. Rasa bersalah terus menyelubungi diri.
"Tak adalah. Ni aku menggeliat semalam masa nak keluar bilik. Tangan aku terhantuk dekat kayu pintu tu." Nafinya. Lengannya kembali ditutup.
Tak logik orang nak menggeliat dekat pintu. Sudah tentu la lebam itu akibat dilibas Ashriq semalam. Teruk dia kena. Tidak cukup dipukul, makhtonya dirampas tanpa belas kasihan. Andai Akma tahu, pasti dia akan memarahi Ashriq. Benci benar dia dengan Ashriq. Lelaki itu sentiasa menyakitkan matanya.
"Ganasnya kau. Tak cukup menggeliat atas katil, dekat pintu pun boleh." Tawanya berderai.
Siapa saja yang tidak ragu apabila lebam sebegitu. Bukan satu, malah berlapik lebamnya. Tidak logik kalau terhantuk pintu. Namun Akma tidak mahu mencurigai sesiapa. Apa yang terjadi itu antara mereka. Andai darurat, dia akan cuba membantu.
*****
"Aku minta maaf apa aku buat semalam." Pohonnya tanpa melihat wajah Raisya. Rasa bersalah kian menerjah.Raisya hanya diam membisu. Seleranya lansung tiada untuk makan. Dia hanya minum air kosong sahaja walaupun Ashriq membawanya ke kafe mewah yang tidak jauh dari butik Datin Kamelia. Apa yang terjadi antaranya bersama Ashriq membuatkan dia rasa dirinya bodoh.
"Kau marahkan aku lagi ke? Aku dah minta maaf kan? Susah sangat ke nak maafkan." Tengkingnya.
"Saya nak balik butik. Banyak lagi kerja saya belum siap." Pintanya selamba. Tak mampu lagi bersemuka dengan Ashriq.
"Kau nak balik cepat sangat kenapa? Nak layan jantan lain pulak ke?" Dengusnya geram.
Pantas Raisya bangun. Mata amarahnya bertentang dengan mata cemburu Ashriq.
"Apa yang tuan tak puas hati lagi dengan saya? Tak cukup lagi ke tuan fitnah saya curang dengan lelaki lain? Tak cukup lagi ke tuan dah buat hidup saya sengsara? Kalau tuan tak nak hantar, saya boleh balik sendiri."
Pantas Raisya pergi meninggalkan Ashriq sendirian di meja itu. Dadanya berombak turun naik. Entah apa yang ada dalam fikiran Ashriq sehinggakan isteri sendiri layak difitnah sebegitu walaupun sudah terang-terangan gadis itu tidak curanginya.
Ashriq terpinga-pinga. Satu lagi kesalahan telah dia lakukan. Maaf yang dipinta umpama meruntuhkan lagi impiannya untuk memperoleh harta dengan cepat.
"Bodoh!" Meja ditepuk kasar!
*****
"Apa? Tapi kenapa pula? Gaji yang saya bagi tak cukup ke?" Sayu.Bagai mahu tercabut jantungnya apabila Raisya menghulurkan surat permohonan berhenti kerja. Risau ada kena mengena dengan salahnya. Tambahan, gadis itu pekerja yang bagus dan berdedikasi. Rugi jika hilang.
"Bukan Datin. Saya cuma nak utamakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Biarlah saya jadi suri rumah." Tegasnya.
"Suami kamu tak bagi kamu kerja ke?"
"Eh! Tak adalah Datin. Saya yang nak berhenti sendiri." Sengih.
"Ye la. Kalah macam tu, saya luluskan. Tapi, kalau kamu rasa nak kerja sini semula, datang aje la. Kehadiran kamu sentiasa dialu- alukan." Tangan Raisya digenggam erat. Sayang rasanya mahu melepaskan gadis itu.
"Terima kasih datin. InsyaAllah kalau ada rezeki. Saya sambung kerja dulu ya?"
"Ye la."
*****
Ashriq didatangi oleh seorang wanita seksi dengan aksi lenggoknya. Namun Ashriq sudah lemas dalam khayalannya."Hey! Fikir apa?" Sapanya. Segelas air ditempah buat dirinya dan Ashriq.
"Tak ada apa la. Stress sikit." Huluran air diterima.
"Stress? Dah ada isteri pun stress? Tak puas ke?" Perlinya. Tawanya berderai.
"Merepek la you ni. I stress pasal benda lain la." Dengusnya.
Pantas Hana mendekati Ashriq. Rahang itu diraut. Matanya dan mata Ashriq beradu bersama.
"Jom." nadanya sungguh mengggoda.
Ashriq mengukir senyum. Pantas dia mengikut Hana dari belakang. Sudah lama juga dia tidak melakukan kegiatan itu. Cuti yang diberi dinikmati sepenuhnya.
*****
Ashriq pulang dengan keadaannya yang kusut. Dilihat lampu di dalam rumah sedikit malap walaupun jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Selalunya waktu ini tingkat bawah rumahnya sudah gelap.Kunci dari poket seluar dikeluarkan. Pintu dikuak. Saat kakinya melangkah satu anak tangga, dia perasan ada susuk tubuh yang berbaring di sofa. Tubuh itu didekati dengan senyum sinis.
"Woi! Bangun." Tubuh itu ditolak kasar sehingga menyedarkan Raisya.
"Tuan, bila tuan balik?" Soalnya dalam keadaan yang masih mamai.
"Kau tidur sini pahal? Dah tak ada bilik ke nak tidur?" Persoalan Raisya tidak dijawab tetapi persoalannya pula timbul.
"Saya tunggu tuan balik. Saya ingat tuan tak ada kunci." Aksinya yang menolak rambit ke belakang sedikit sebanyak membuatkan Ashriq tergoda.
Tubuh Raisya memang idamannya. Leher jinjang. Dagu runcing. Bibir munggil. Semua menjadi pujaan buatnya. Gadis itu sentiasa menguji nafsunya. Namun ditahan sahaja. Ego lebih penting.
"Lain kali tak payah tunggu. Aku tak suruh pun." Sinis. Langkahnya dibawa ke kamar meninggalkan Raisya sendirian di sofa.
"Tunggu salah, tak tunggu salah. Entah apa yang betul dia nampak dekat aku ni pun aku tak tahu." Bantal dibetulkan. Tidurnya disambung. Malas berada di sisi Ashriq walaupun dia tahu itu berdosa membiarkan Ashriq tidur keseorangan.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
Ficción GeneralKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...