Hajar keluar dari kamar khas buat Raisya dengan senyuman di bibir.
"Lamanya! How?"
"Dia okay. Hajar just tanya apa yang perlu. Alhamdulillah, dia tak ganas. Just, dia jadi murung." Jelas Hajar.
"Dia ada cerita apa-apa tak?"
"Itu antara kami. Nanti abang Im tahu juga." Senyum.
"Hang ni! Buat kami risau la. Ni kami nak pi masuk boleh dak ni? Hang nak ikut?"
"Aku dah lama dah masuk tadi. Kau masuk la. Adreyan tu biar aku jaga. Lagipun, aku nak jumpa doktor sekejap. Ada hal."
Fahim memandang Hajar tak puas hati. Entah apa yang Hajar sorokkan darinya.
"Eh! Bawa la Adreyan sekali. Nanti di lain kalau Adreyan tak ada." Hajar menghulurkan kembali Adreyan yang nyenyak tidurnya.
"Jangan nak sorok apa-apa ae?" Tajam mata Fahim merenung mata tenang Hajar.
"Tak la. Hajar pergi kejap ae?"
Hajar perlahan mengatur langkah ke kaunter utama.
"Saya nak jumpa doktor yang rawat pesakit bilik khas nombor tiga. Dia ada tak?" Lembut tutur bicaranya.
"Doktor Haida? Tunggu sekejap ya?"
"Okay."
Sempat Hajar menilik telefon pintarnya. Mungkin ada yang memerlukannya. Atau dia memerlukan sesuatu.
"Okay Cik. Cik jalan ke depan sana, ada bilik paling hujung. Di situ bilik Doktor Haida." Senyum.
"Okay! Thanks."
Hajar sempat mengukir senyum sebelum mengatur langkah ke arah yang diberitahu. Entah apa yang harus dia rasakan saat ini. Sedih? Gembira? Kecewa? Hah! Semuanya membuatkan jiwanya tak tenang. Entah apa bala pula nak datang nanti. Entah bilik itu bertukar penghuni pula nanti.
Pintu diketuk.
"Masuk."
"Ouh! Jemput duduk."
Suasana dihampar sunyi seketika. Entah bagaimana harus dimulakan.
"Ya! Ada apa nak jumpa saya? By the way, awak bukan ke yang nak bersendirian dengan Raisya tadi? Ada masalah ke?" Tajam doktor itu merenung wajah Hajar.
"Doktor ada buat apa-apa ujian tak untuk kesihatan bahagian kepala Raisya? I think there have something wrong." Teka Hajar.
"Kenapa? Awak ada syak something yang tak kena ke dengan kepala dia?" Berkerut seribu wajah Doktor Haida.
"Saya tak nak la doa apa-apa. Tapi, saya nak minta doktor buat X-ray bahagian kepala. Tapi! Hal ni jangan bagi tahu orang lain selain saya. Apa-apa result melalui saya dulu." semakin risau dibuatnya.
"Ada apa masalah ya cik? Boleh terangkan tak? Tak silap saya, apa-apa result akan melalui Cik Hania atau Encik Fahim sahaja."
Pelbagai anasir negatif mula menerjah fikiran Hajar. Itu dan ini. Semuanya tak mahu dia bicara. Risau cakap jadi doa.
"Please doktor. Saya rayu sangat. Saya tak nak orang lain kecewa. Biar saya tahu dulu. Please doktor?"
*****
Doktor Haida mendekati Raisya yang duduk berpeluk tubuh di atas katil. Lampu tidak dibuka. Raisya akan marah jika suasana kamarnya cerah."Macam mana Raisya? Ada rasa okay sikit tak?" Cermin matanya dibetulkan.
"Kau doktor. Kau cek la sendiri. Kau tanya aku kenapa?" Selamba jawapannya.
Kepalanya dihentak-hentak perlahan di dinding. Tak mahu Doktor Haida menghalang selagi bunyinya tidak sekuat yang fia mahukan.
"Raisya ikut saya boleh tak?" Pintanya lembut.
Boleh bawa maut jikalau doktor psikiatri bersikap kasar dengan pesakitnya. Penghidap mental dan tekanan perasaan bukan seperti pesakit biasa. Mereka ada dunia mereka sendiri. Kena ikut masuk ke dunia mereka untuk bawa mereka keluar. Bukan hanya biarkan mereka hanyut dibawa arus negatif.
"Kau nak bawa aku pergi mana lagi? Tak cukup haritu ikat aku? Tak cukup cucuk aku? Kau nak apa lagi?" Bentaknya apabila berasa sering dipaksa sebegitu.
"Sekejap aje. Tak sampai sepuluh minit pun. Lepastu, Raisya balik bilik semula. Rehat!"
"Sepuluh minit tu lama. Kau nak buat apa? Seksa aku ke?" Tajam anak matanya merenung mata Doktor Haida.
"Bukan. Just nak periksa kesihatan Raisya. Saya kan doktor. Jadi, saya kena rawat Raisya." Senyum.
"Doktor? Rawat? Konon la kau! Macam ni juga aku. Tak boleh juga balik. Hipokrit!" Bidasnya sinis.
"Saya nak tolong awak balik cepat la ni. Tapi, awak yang tak nak bantu diri awak. So, nak balik atau tak?"
"Cepatlah! Banyak songeh kau ni. Kalau aku tak elok juga, kau tak payaj buat apa-apa dah."
Lantas Raisya keluar dari kamar. Doktor Haida membuntuti Raisya dengan senyuman.
Biginilah cabaran seorang doktor psikiatri. Melayan pesakit yang hanyut dalam dunia masing-masing. Mengembalikan kehidupan sebenar seseorang. Kalau tak betul caranya, dia pun boleh jadi gila ikut pesakitnya.
Entah dia pun tak tahu mengapa dia pilih kerjaya ini. Rasanya, agak menyeronokkan semasa mencita-citakan kerjaya itu dari zaman sekolah menengah lagi. Namun, baru dia sedar akan tanggungjawab yang dipikulnya. Ramai yang mengharapkan kerja yang berhasil darinya.
"Nak pergi mana ni?" Raisya berjalan di hadapan nmaun tidak mengetahui mana hala tujunya.
"Ini! Pintu warna biru. Masuk dalam ni."
"Nak buat apa ni?" Raisya berdiri di sebelah almari. Suasana bilik diteliti. Terutamanya, mesin yang besar di hujung penjuru kamar.
"Raisya masuk dalam bilik tu. Tukar baju, pakai baju warna putih. Lepastu keluar balik. Duduk atas katil ni." Senyum.
Raisya ikutkan sahaja arahan doktor itu. Wajahnya selamba sahaja dengan Doktor Haida.
*****
Sejak balik dari berjumpa Raisya sehingga sekarang Hajar ansyik termenung sahaja. Ayuni yang duduk di sisinya pun tidak diendahkan."Woi hawaq! Termenung apa? Muka dah macam barat laut." Ayuni menjeling Hajar. Namun, gadis itu hanya menghiraukannya.
Dring!
"Hello!"
"Amboi! Bunyi telefon dengaq pulak. Gila layan hangpa ni. Layan drama Korea lagi baguih." Jeling.
"Shhh!"
"Ya.."
"InsyaAllah esok saya datang kalau tak ada hal."
"Okay.."
"Thank you."
"Waalaikumussalam."
Hajar menghembus nafas lega. Apa yang ditunggunya tiba jua. Harapan setinggi gunung bakal dibawa esok. Mengahrapkan kasil yang baik.
"Awat hang ni? Nak mati dah ka?"
"Hampir! Tapi belum."
"Nak pi mana esok? Nak ikut!" Sengih.
"Kau ada kelas. Aku ada hal sikit. Tak payah ikut."
Hajar terus mendaki anak tangga satu per satu menuju ke kamar.
"Mereng!"
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
Fiction généraleKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...