BAB 31

4.6K 115 1
                                    

"What?! Aku tak setuju." Laju kepalanya menggeleng.

"Sya... Kami sama-sama ikhlas. Aku cuma minta pendapat." Rayunya lagi.

Berita yang baru dikhabarkan memang membuatkan api amarah Raisya kencang. Meski jejaka pilihan hati Akma sudah berubah menjadi yang lebih baik, Raisya masih tak yakin dengan hubungan mereka.

"Aku kenal Ash tu macam mana. Aku tak nak kau jadi macam aku." Dadanya berombak turun naik.

Hampir empat bulan Akma merahsiakan hubungannya dengan Ashriq. Dia mula jatuh hati pada jejaka itu sejak jejaka itu terkejar-kejar akan Raisya. Dia merasakan, Ashriq mampu berubah menjadi lebih baik, jika bertemu orang yang betul. Dan.. itu adalah dia.

Situasi ini yang paling ditakuti sekali. Dia tahu Raisya langsung tidak punya hati pada Ashriq. Tetapi Raisya tak mahu ansib yang sama menimpa dirinya. Dia langsung tidak merasakan hal itu akan berlaku lagi. Dia juga sudah menemani dan membantu Ashriq memulihkan emosinya. Mengawal segala perasaan.

"Dia dah berubah Sya.."

Raisya hanya membisukan diri.

"No!.."

*****
"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Raisya melabuhkan punggungnya di sofa. Dadanya masih berombak. Qahera memandang dengan kerutan di dahi.

"Problem apa lagi ni?" Sebuah file dicapai.

"Akma nak kahwin dengan Ashriq." Senafas.

"What?!" Terbuntang matanya.

"Nampak! Kau pun terkejut. Aku tak tahu macam mana terdetik rasa macam tu. Bukan dia tak tahu apa dah jadi dekat aku." Jelasnya dengan amarah yang masih membara.

"Jap! Alhamdulillah lah! Bagus la tu. Allah suka." Selamba senyumnya diukir.

Raisya memandang wajah Qahera dengan cebikan di bibir.

"Sya.. kau tak ada hak nak.membantah. Kau bukan sesiapa lagi dalam hidup Ashriq dan Ashriq bukan sesiapa lagi dalam hidup kau. Kau memang tak ada hak langsung. Manusia yang jahat, tak mungkin selamanya jahat Sya. Mungkin disebabkan apa yang dia buat dekat kau, dia dah berubah. Dia insaf."

"Siapa kita nak tentukan hati seseorang. Allah boleh bolak-balikkan hati kita sekelip mata. Kalau dia nak bolak- balikkan hati seseorang untuk sayang musuh dia, Allah boleh buat Sya. Biarlah Akma tu pun merasa bahagia. Kesian dia. Kau dah dua kali. Dia? Satu kali pun tak pernah rasa. Ansyik tengok je apa keluarga orang lain buat. Dia pun nak ada peneman."

"So, kau nak backup diaorang la ni? Kau nak Akma jadi apa pulak?" Sinis.

"Bukan macam tu. Aku tahu apa Akma rasa. Cara dia layan Yana pun, aku dah faham yang dia pun teringin nak ada anak sendiri. Keluarga sendiri. Sya, lupakan apa yang Ash pernah buat dekat kau. Dia pun dah berubah. Biarlah dia bina hidup baru dengan Akma. Kau boleh, kenapa bukan dia juga? Ke.. kau masih sayangkan dia?"

Raisya terdiam seketika mendengar apa yang dikatakan Qahera. Ada benar. Tapi...

"Aku dah tak ada apa-apa pun perasaan dekat Ash. Aku cuma takut Akma dapat nasib macam aku." Wajahnya tertunduk.

"Sya, think positive. Mungkin Ash tu dah berubah. Kalau dia menyesal sampai macam tu masa dia lepaskan kau, dia tak akan ulang dah. Percaya cakap aku Sya. Bagi peluang." Sayu pandangannya.

Faham benar dia dengan Raisya. Bukan cemburu, tetapi rasa risau yang membuak. Pisang tak akan berbuah dua kali. Tak mungkin Ashriq akan membuat perkara yang akan membawa sesal lagi.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now