"Duduk."
Hajar mengukir senyum sebelum dilemparkan kepada Doktor Haida. Debar kian terasa.
"Any result?" Berkerut wajahnya. Berkira-kira sama ada mahu senyum atau kecewa.
"Yes! Tapi, saya nak tanya awak dulu. Kenapa awak suruh saya cek kepala dia? Awak rasa apa sebenarnya?" Tajam pamdangan Doktor Haida kepada Hajar.
"Entah la. Saya just syak, Raisya ada masalah dekat situ. Kalau semua yang saya rasa ni betul, saya akan bagi tahu kebenarannya." Tegas Hajar.
"Okay! Ini keputusan X-ray Raisya."
Doktor Haida menunjukkan keputusan itu melalui sebuah komputer. Penuh dengan petak bewarna biru putih. Dahi Hajar mulai mengerut.
"Ya! Selepas apa yang saya dah kaji, Raisya menghidap barah otak tahap tiga. Sel kanser Raisya merebak dengan cepat. Mungkin, boleh membawa kepada peringkat terakhir iaitu tahap empat jika tidak dirawat secepat mungkin." Jelas Doktor Haida.
Hancur! Punah! Harapan sebagai seorang sahabat pergi dibawa angin lalu begitu sahaja. Sesal yang dibawa setinggi gunung hanya tinggal serendah semut.
"So, macam mana boleh rawat?"
"Untuk tahap ni, kita just mampu buat kemoterapi. Untuk pembedahan, kita perlukan kos yang banyak dan risiko yang tinggi. So, kalau awak ada duit, tak ada masalah. Tapi, saya rasa Raisya tak akan nak semua benda ni. Apatah lagi kemo." Doktor Haida membuat sangkaan.
"Jadi, betullah selama ni apa yang saya rasa?"
"Apa yang awak rasa?" Berkerut wajah Doktor Haida.
"Her simptom. Muka dia pucat. Rambut dia gugur masa saya usap rambut dia. Dia cakap dia selalu sakit kepala." Jelas Hajar yang semakin lama semakin tipis harapannya mahu membantu Raisya.
"So, kalau macam tu, saya kena sampaikan hal ni kepada Encik Fahim dan Cik Hania. Hal ini bukan kecil. Keputusan di tangan mereka." Cadang Doktor Haida.
"Biar saya sendiri yang bagi tahu. Biar saya yang terangkan. Saya tak nak Fahim terkejut. Kami semua tak nak tengok dia jadi macam dulu."
"Okay! Good idea!"
*****
Hajar dan Raisya sama-sama membawa pandangan mereka ke luar kamar. Melihat mereka yang hidup bebas meski mentalnya hampir kurang sama sahaja dengan Raisya. Melihat mereka yang mampu mengukir senyum.Langsung tak sama seperti Raisya. Yang hanya mahu terperap di kamar khas itu. Hanya diterangi cahaya dari luar tingkap. Hanya rasa bersalah yang semakin hari seakan mengusutkan fikirnanya. Nmaun, hilang seketika pabila ada yang hadir memberi kata semangat.
Hajar tak tahu bgaimana lagi mahu ceritakan kepada Raisya tentang keadaan gadis itu yang ditimpa musibah lain. Tapi, musibah yang sebelum masih belum hilang. Entah sahabatnya itu faham atau tidak. Entah dia hanya membalas sinis.
"Kau tak nak ke bebas macam diaorang? Rasa udara segar yang baharu. Bukan duduk dalam bilik ni cuma terperap aje. Apa pun kau tak dapat."
"Kalau aku tak suka, aku tak suka la. Lantak aku la nak keluar ke tak nak. Aku tak suka! Dunia luar tu serabut. Semak!" Raisya membentak.
"Kau dah pernah cuba? Kau tak akan tahu pun apa yabg jadi. Entah, bila kau keluar nanti, semuanya dah tak sama. Ciptaan Allah yang indah macam ni pun belum tentu kau dapat tengok dah."
"Aku tak faham apa masalah kauorang semua nak paksa aku. Semua orang tak faham aku. Semua orang nak aku elok. Aku tak sakit la. Entah apa masalah suruh duduk sini. Tak faham ke aku ni dah bosan duduk sini. Bosan!" Tajam anak matanya memandang Hajar yang masih beriak sama.
"Bukan kitaorang tak faham kau, tapi kau tak faham diri kau sendiri. Kalau betul kau tak sakit, kenapa kau kena marah macam ni?"
"Sebab orang suka paksa aku. Aku tak suka. Faham tak! Kau balik lah! Semak aku tengok! Sama je. Semua orang sama! Tak guna!" Raisya memekik.
Hajar menurut sahaja. Tak mahu membebankan Raisya lagi. Langkah dihentikan seketika. Tubuh Raisya yang sedang meronta dipandang sekilas.
"Keluar bodoh! Keluar!" Nada suaranya naik seoktaf demi seoktaf.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...