Raisya tersedar dari lena saat mendengar azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan. Tubuh dan lehernya yang terasa sengal- sengal dan lenguh diurut perlahan. Semalaman dia tidur di atas sofa kerana tidak mahu tidur di sisi Ashriq. Tudungnya juga tidak ditanggalkan. Dia belum bersedia. Tapi bila bangun pagi, tudung tu dah macam selimut untuk muka. Serabai sahaja.
Raisya melangkah masuk ke kamar mandi. Usai sahaja mengambil wudhuk dan menggosok gigi, dia terus menyarung telekung dan melabuhkan punggung di birai katil.
"Encik! Bangun. Kita solat subuh jemaah." Panggilan itu masih dikekalkan meskipun sudah mempunyai ikatan yang sah. Kekok!
"Hmm.." hanya itu balasan yang diterima.
"Encik Ashriq Helmi bin Zahar. Bangun! Subuh!" Nadanya tegas. Pantang nenek moyangnya apabila ada manusia yang tidka mahu menunaikan solat.
"Kau nak solat, solat je lah. Semak lah!" Bentaknya. Terjongket bahu Raisya menerima tengkingan itu.
Tiba-tiba satu idea yang memang bernas muncul di benak fikirannya. Pasti Ashriq akan bangun.
"Teruskan la tidur tu. Malam nanti saya tak bagi kalau tak cukup 5 waktu." Jelingan nakal diberikan.
Memang tak dia nak bagi. Tahu itu satu tanggungjawab sebagai seorang isteri, namun dia belum bersedia. Sengaja mengusik.
"Pandai kau tease aku ae?" Dengus Ashriq geram sebelum melangkah masuk ke kamar mandi. Gelojoh!
"Kena la pandai tease. Habistu tak akan aku nak tengok kau dikelilingi dosa tu?" Sindirnya perlahan. Dengar pula nanti.
*****
Usai sahaja Subuh, Raisya turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Memandangkan rumah ini tiada pembantu rumah, Raisya menawarkan. Tertanya juga, siapa yang masak selama ini? Ke.. makan di luar sahaja. Barang dapur tidak kelihatan begitu disentuh. Mungkin benar sangkaan kedua.Sup! Terus mata Raisya membuntang saat terasa ada tangan yang menyentuh bahunya dari arah belakang. Tangannya yang sibuk mengacau air teh, terhenti kaku.
"Air apa tu?" Soal suara itu manja.
"Ha? A.. a.. a... Air teh." Terasa bagai darah daei kaki melantun naik mendadak ke kepala.
Tangan itu semakin nakal. Ia mula mengurut. Pantas Raisya mencangkung dan bangun dari posisi yang lain. Seram dibuatnya dengan telatah Ashriq.
"Kau nak takut pahal? Aku suami kau kan? Sah tau!" Sinis.
"Saya tak selesa la encik." Sengihnya sumbing.
"Tak selesa? Habis malam nanti?" Soalnya selamba sahaja riak di wajah.
Baru dia teringat cagarannya Subuh tadi. Tubuhnya. Mahkotanya. No!
Ya Allah. Tolong la periodkan aku. Pintanya mendayu-dayu di dalam hati.
"Jom la makan. Nanti sejuk pula." Sengih. Pantas dia mengubah topik perbualan.
Laju dia membawa dulang yang berisi air dan gelas ke meja makan. Ternyata Dato Saad pun sudah berada di situ.
"Jemput la makan." Pelawa Raisya sebelum melabuhkan punggung.
Setelah beberapa minit mereka disapa sepi, Dato Saad bersuara.
"Raisya nak duduk rumah ni ke nak pindah?" Soalnya tenang.
Baginya tidak mengapa. Dia tidak kesah jika terpaksa tinggal sendiri di dalam rumah besar ini. Terserah pada mereka.
"Sya ikut Ashriq je." Senyum.
"Ash rasa nak pindah la. Ash kam ada rumah sendiri. Duduk situ aje nanti. Tok daddy okay ke tinggal sorang-sorang? Ke nak kitaorang tinggal sini?" Soalnya prihatin. Julung kali Ashriq bertukar begini.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
قصص عامةKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...