BAB 17

7.1K 185 2
                                    

Sudah sebulan lebih Ashriq tidak bertemu Raisya. Jika ditanya Dato Saad, datuknya itu hanya membisukan mulut, membatukan diri. Sesal Ashriq tak pernah pudar selagi tidak meminta maaf kepada Raisya.

"Tuan.."

Lamunannya terhenti saat Lily menepuk tangan di hadapan wajahnya.

"Ya.."

"Meeting dah boleh start. Semua staff dah berkumpul. Tuan sahaja belum ada."

"Give me 5 munite."

*****
"Tok daddy! Rindunya.."

Tangan Dato Saad disalam. Rindu sugguh dia pada jasad itu. Dato Saad sudah dianggap sebagai bapanya.

"Jemput la masuk. Kawan Sya pun ada dekat dalam."

Dato Saad melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. Qahera dan Akma mengukir senyum buat Dato Saad. Mereka pun sudah biasa dengan Dato Saad yang pulang ke kampung Raisya untuk menjenguk cucu menantunya itu. Qahera dan Akma juga cuti. Tidak hairanlah mereka selalu di situ. Jika waktu cuti pun mereka ada pulang.

"Tok daddy dah makan ke? Kalau belum jom makan sekali. Mak saya dah masak." Pelawanya.

Itulah panggilan buat Dato Saad. Orang tua itu sungguh baik dengan mereka. Jika dicari di tempat lain, belum tentu jumpa.

"Ai! Kamu semua tak tolong ke?"

"Eh! Masak la. Dah siap semua. Baru siap masak." Sengih.

"Ye la. Jom la makan dulu. Tok daddy datang ni pun bersebab. Lepas makan kita bincang sama- sama la."

Mereka bertiga saling berpandangan antara satu saam lain. Entah apa khabar yang mahu disampaikan. Atau persetujuan dari Raisya. Dato Saad penuh misteri.

Usai sahaja makan, mereka berkumpul di ruang tamu rumah  Qahera. Debar yang menghuni jiwa Raisya usah dibilang. Entah dia masih ragu dengan keputusannya.

"So... Tok nak bincang apa?" Raisya memulakan mukadimah bicara.

"Tok daddy nak bincang pasal Sya dengan Ash la. Apa yang Ash buat pada kamu memang dah melampau. Kamu cuma ada dua pilihan je sekarang ni. Berpisah atau kekal dengan Ash. Tok daddy bukan nak runtuhkan rumah tangga kamu, tapi tok daddy tak sanggup nak tengok kamu dibuat macam tu. Tok daddy terima sahaja apa keputusan kamu." Sayu.

Raisya melepaskan keluhan berat. Terasa beban yang lama kian bertambah. Bahunya berat. Meski istikharah sudah dilakukan, apa benar ini bakal mengubah dirinya.

Biarpun hidup bagai dalam pejara zionis, Raisya sudah mula jatuh hati pada Ashriq. Namun, satu sikap Ashriq mampu mengubah segalanya. Dihurung kenangan pahit. Dibuai kenangan manis.

"Sya, fikir la baik-baik. IsyaAllah Allah akan tolong kau. Kitaorang terima apa sahaja keputusan kau." Wajah redup Raisya ditenung.

"Sya dah istikharah. Sya nak minta cerai. Sya yakin. Sya dah tak sanggup nak hidup bersembunyi macam ni. InsyaAllah, secepat mungkin Sya akan jumpa Ash. Sya nak bincang pasal ni." Tegasnya.

"Tok daddy risau Ash buat macam-macam dekat kamu nanti. Kamu tu pun baru lepas pantang aje."

"Tak apa tok. Semua akan okay. Jangan risau. Sya tahu apa Sya buat."

*****
Ash melangkah masuk longlai ke dalam istananya. Dato Saad yang menunggunya di ruang tamu merenung Ashriq dengan renungan tajam.

"Ashriq! Sini sekejap. Tok daddy ada hal nak bincang."

"Apa lagi tok? Bincang apa lagi?" Dengusnya.

Dia tidak suka jika Dato Saad mengajaknya berbincang. Pasti ada sahaja salahnya yang diungkit. Namun itulah hakikatnya.

"Sini ajelah." Suaranya nak seoktaf. Tidak pernah dia berkelakuan sedemikian, namun Ashriq sudah melampau.

Ashri akur. Dia melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan Dato Saad. Ditenung wajah itu dengan pandangan lesu.

"Minggu depan Sya nak jumpa kamu..." Tidak sempat melanjutkan dialognya, Ashriq sudah memotong.

"Sya? Tok jumpa dia? Dia dekat mana? Tolong la tok daddy. Ash rindu dia sangat. Bawa Ash jumpa dia sekarang." Rayunya.

"Sabar! Biar habis orang cakap dulu. Dia ada hal nak bincang dengan kamu. Tok daddy tak nak kamu buat benda buruk dekat dia. Ingat! Hargai masa jumpa tu. Kalau tidak, kamu akan menyesal. Atau kamu memang akan menyesal." Pesannya tehas sebelum mendaki anak tangga satu per satu.

Ashriq dibiarkan dalam keadaan terpinga-pinga.

"Me.. menyesal? Apa ni?"

*****
Fahim masih merenung langit malam. Bangunan yang mencakar langit menjadi perhiasan sampingan. Lampu pelbagai warna. Kadang kusit jika dia merenung suasana itu. Hal dunia memang tak pernah selesai. Apa penting harta dunia?

"Aku dah sebulan tak jumpa dia. Tok daddy dah bawa dia pergi. Aku rasa dia dah benci aku."

Bicara Ashriq masih terngiang di lohong telinga. Berputar di kotak fikiran.

"Dah tiba masanya ke Ya Allah?" Keluhnya.

Tak henti dia melakukan iatikharah namun jawapannya tetap sama. Namun manusia itu masih berpunya. Apa terjadi padanya jika hubungan Ashriq dan Raisya masih utuh? Mahu sahaja dia memporak perandakan rumah tangga mereka berdua. Namun dia masih ada iman. Masih berakal waras.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now