BAB 27

4.8K 138 5
                                    

"Sya!!!" Pekik Qahera di telinga gadis itu sehingga membuntang matanya tatkala terjaga.

"Ba wau dal wau ha! Baladah! Kalau pekak telinga aku, memang tak tenang hidup kau." Tengkingnya.

"Sampai hati kau kata aku bodoh." Esakan manjanya bernada.

"Kira untung aku kata bodoh. Kalau aku mencarut keluar semua perkataan tadi? Nak apa ni?" Telinga digosok. Masih terasa gemanya.

Qahera menepuk dahi. Akma masuk ke kamar dan mengangkat kening. Qahera membalas dengan gelengan. Kemuduan, Akma bercekak pinggang dan menepuk dahi.

"Bisu ke korang ni yang nak terangkat sana sini?" Jelingan maut dilemparkan.

Hari cuti pun tak mampu merasa cuti. Dengan rakannya yang sukar melihat dia berasa tenang sedikit.

"Kau kalau nak nyanyok pun tinggu la esok lusa. Dah! Pergi bersiap." Arah Akma sambil menolak tubuh kecil itu.

"Mana?! Straight to the point boleh tak?" Rungutnya.

Kemudian, Ayuni masuk dengan riak yang sama Akma masuk ke kamar sebentar tadi.

"Kau tengok kakak kesayangan kau ni. Nyanyok tahap gaban dah ni." Gelengnya lagi sambil mengemas tempat tidur Raisya.

"Awat kak ni? Tak mau kahwin ka? Pi mandi sana!" Arahnya tegas.

Melopong mulut Raisya. Baru dia teringat hari ini hari perkahwinannya dengan Fahim. Kelam kabut dia mencapai tuala mandi menutup kepalanya dan pakaian salin. Lintang pukang lairnya menuju ke kamar mandi.

"Macam mana boleh lupa ni?" Marahnya pada diri sendiri.

Itulah! Terlalu berpegang pada prinsip hidup yang merapu. Terlalu memikirkan hal kerja.

"Hai la anak oi! Nak kahwin pun lewat bangun!" Tegur Mak Jah.

Memandangkan majlis itu berlangsung di ruamhnya, dia langsung tidak kesah. Raisya sudah dianggap umpama anak kandungnya.

"Lupa!" Sengih!

"Yuni tolong ambil baju pengantin dalam almari tu. Lepastu sangkut je la dekat tingkap tu. Akak takut dia keluar nanti dia lupa yang dia kena pakai baju pengantin. Akak syak dia ni ada masalah tak cukup DHA la. Sel-sel otak tak berhubung!" Geleng Qahera.

Raisya banyak berubah sejak dia berpisah dengan Ashriq. Lebih matang. Lebih berani meluahkan rasa. Banyak memendam. Makin sukar difahami. Rasa yang negatif semua disorok apabila berdepan dengan orang. Umpama kain magis. Segala anasir itu dihapuskan begitu sahaja.

Pernah juga Ashriq bertemunya seminggu sebelum dia melangsungkan perkahwinan. Jejaka itu tidak henti memaksanya supaya kembali padanya. Cabaran sudah diaahut, namun janjinya masih tidak dikotakan. Raisya bijak. Tahu sahaja pelbagai cara membuatkan Ashriq pergi. Namun tak mampu mencari cara membuatkan lelaki itu tidak datang kembali. Memang sukar!

"Yuni pergi dapur jap ae." Pintanya sopan.

*****
"Amboi! Sampai mana dah tu? Atlanta? Artik?" Perli Hajar yang baru sahaja melabuhkan punggung bertentangan dengan Fahim.

Fahim yang paling teruja pagi ini. Sebelum subuh dia sudah bangun mandi dan bersiap.

"Tak adalah."

"Tadi excited sangat. Ni macam moody ni kenapa? Nak kahwin dah kot." Kerut.

"Mana ada moody la. Orang fikir masa depan. Tanggungjawab. Fikir pasal Sya. Pasal Hajar." Kopi yang dihulur Hajar dicicip perlahan.

"Hajar? Kenapa nak fikir pasal Hajar? Tak ada kena mengena tau dalam hal ni." Bidasnya.

"Apa yang tak ada kena mengenanya? Hajar tu adik abang tau. Abang kena la fikir pasal Hajar. Kalau abang dah kahwin, macam mana Hajar."

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now