BAB 37

4.5K 125 0
                                    

3 tahun kemudian....

"Abi!"

Adreyan berlari anak menuju ke arah bapanya. Punggung dilabuhkan di sisi Fahim.

"Yan dah siap mewarna ke?" Fahim merangkul bahu Adreyan.

"Abi! Yan ukis." Adreyan menunjukkan hasil lukisannya di hadapan Fahim.

"Yan lukis apa ni? Semua ni siapa?"

"Ini Abi. Ini Yan. Ini Umi." Satu per satu Adreyan terangkan.

"Kenapa umi tak ada kepala?" Berderai tawa Fahim.

Adreyan turut tersengih. Asal ada orang ketawa, dia juga ketawa. Meski tak tahu apa yang ditertawakan.

"Mama ata, Yan ada dua mama. Mana mama lagi satu?"

Senyum Fahim mula karam. Entah apa dia nak khabarkan. Tak akan mahu cakap ibunya sudah meninggal. Mahu lagi banyak soalan timbul.

"Abi.. mana umi Yan?"

"Sayang... Umi Yan dia pergi tempat yang jauh. Sangat jauh. Nanti, InsyaAllah, Abi bawa Yan jumpa umi. Okay?" Senyum.

"Tempat tu kat mana?"

"Abi pun tak tahu. Tapi, nanti kita akan jumpa juga. Okay? Dah la. Er.. Yan lapar tak?"

Adreyan memandang perutnya.

"Yan nak makan abi masak ke, nak makan luar?"

"Yan nak makan atuk putih. Boleh kan abi?" Rayu Adreyan.

Fahim tertawa lagi. Anak kecilnya tidak habis-habis dengan atuk putih. Atuk putih itu maknanya KFC. Atuk putih disebabkan logonya.

"Kalau macam tu, kita mandi, lepas itu, kita pergi makan atuk putih. Let's go!"

*****
"Aku pelik la. Apa sebab dia minta rahsiakan kubur dia, tak bagi kau tengok muka dia. Sedangkan! Kau suami dia. Motif?" Ashriq menggeleng sambil mengunyah kentang goreng.

"Tu la. Doktor pun sama-sama subahat. Tak kasihan ke seksa suami orang?" Qahera mendengus.

"Entah la. Aku pun dah tak boleh nak buat apa. Walaupun aku boleh cuba cari kubur dia. Tapi, aku tak nak. Dia cakap jangan bagi aku tahu kubur dia, dan, aku tunaikan. Biarlah. Dah lepas. Aku redha." Fahim kembali menyambung kunyahannya.

"Kau tak rasa macam pelik ke?" Akma pula bersuara.

"Apa yang pelik sayang oi?" Ashriq menggeleng.

"Dia tak bertegur dengan kau seminggu. Lepastu, dia sempat pesan dekat doktor, jangan bagi tahu kubur kau dekat mana. Muka pun tak bagi tengok. Then, hari yang aku hantar dia balik tu, sebelum tu kitaorang pergi makan. Dia lain tau. Dia cakap dia takut tak sempat tengok anak dia la apa la. Lepastu, dah lama diam tu, dia ajak aku balik. mula-mula aku tak nak. Lepastu, dia rayu. Dia kata dah tak sanggup. Aku tak tahu tak sanggup apa. Tapi! Aku rasa dia ada nampak something. Sebab! Dia ansyik pandang meja belakang aku." Jelas Akma. Bersungguh dia bercerita.

"Kau makan kedai mana?" Fahim mula risau.

"Restoran Anjung yang tiga blok belakang butik. Sebab yang sama blok dengan butik tu tutup. So, kitaorang lunch situ. Kenapa?"

Semua pasang mata tertumpu ke arah Fahim yang menepuk dahi. Mahu sahaja Fahim menjerit ketika itu.

"Asal?"

"Masa tu Diha jumpa aku. Aku rasa, dia nampak time Diha cuba nak pegang tangan aku. Patut la dia monyok aje." Fahim mengeluh.

"Ye pun nak curang, tak akan nak makan dekat dengan butik isteri? Kau ni apa masalah?" Ashriq menjeling.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now