BAB 47

5.6K 103 0
                                    

Hajar melangkah ke pondok kecil sebelum duduk melabuhkan punggung di situ. Tubuh Raisya yang duduk di bangku di hujung taman direnung.

Hanya dia yang kerap datang sendiri ke sini berjumpa Raisya. Baginya lebih mudah mendapat privasi. Bersyukur kian membuak tatkala keadaan Raisya semakin baik. Ingatannya pun semakin pulih. Cuma, perlukan lagi sedikit rawatan.

Bukan kerana kisah silam, tetapi apa yang dia hadapi kini. Meski redha, entah apa eprasaan sebenarnya. Hanya mereka bertiga sahaja yang tahu keadaannya. Yang lain tak pernah tahu. Hajar pula tidak mahu suasana jadi semakin teruk.

Semakin hari Raisya hanya menghitung detik. Setiap saat risau kian membuak. Menghentam diri. Hanya bergantung dengan rawatan kemoterapi dan ubatan yang hanya menjadikan asbab sesuatu penyakit itu boleh sembuh.

Sesekali Hajar tersenyum memikirkan kenangan manis mereka sebelum ini. Apa jasa Raisya kepadanya. Ah! Semuanya membuatkan kolam matanya bergenang. Entah bagaimana lagi mahu tahan.

"Hajar tahu Kak Sya kuat. Ini semua dugaan sementara aje Kak." Air matanya yang mengalir perlahan mula diseka.

Hajar lantas menoleh apabila menyedari ada yang menyapa bahunya dari belakang.

"Awak tak payah risau tentang dia. Dia baik sahaja. Tak pernah skip rawatan. Lagi-lagi kalau ada awak, lagi la dia baik. Kalau awak tak datang, dia akan tanya awak." Senyum.

Hajar terkesima juga. Raisya jarang mengendahkannya meskipun sudah hampir pulih. Boleh pula tanya pabila dia tiada? Benarlah ego wanita tetap tinggi berdiri utuh meskipun fikirannya tak sama waras.

Namun begitu, dia tetap bersyukur Raisya sudah keluar dari penjara buatannya sendiri. Keluar dari tembok duri yang selama ini menusuk seluruh tubuhnya sehingga ke dalam menusuk hati.

"Saya dah cukup bahagia dah doktor. Dia dah keluar macam ni pun dah hilang satu resah. Syukur." Matanya masih tidak henti menatap susuk tubuh Raisya.

"Itu pun dengan bantuan awak. Kalau dengan orang lain, dia tak mahu. Ajak bercakap pun belum tentu. Tapi, kalau Adreyan, dia layan dengan baik. Mungkin masa rasa bersalah lagi." Teka Doktor Haida.

"Anak dia doktor. Tiga tahun dia tengok budak tu dari jauh aje. Masa dia pun kita tak tahu doktor. Saya rasa, dia bukan tak nak mesra dengan orang lain. Tapi, mungkin ada sebab lain yang dia rasa." Teka Hajar pula.

"Mungkin juga. Raisya ni special sikit. Dia lebih suka pendam walaupun dia bukan dalam keadaan sedar. Dia suka memaksa dan kuat emosi."

"Itu memang dia doktor." Hajar tersenyum.

*****
Hajar mendekati Raisya yang masih di tempat yang sama. Sebungkus beg kertas dibawa bersama.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam."

"Hajar ada bawa makanan sikit untuk Kak Sya. Jom makan sekali." Pelawa Hajar sambil mebuka penutup sebuah bekas.

"Tak lapar. Nanti aku makan." Pandangannya masih dijauhkan dari Hajar.

Tatakala memandang wajah Hajar, dia terasa amat bersalah. Air matanya ansyik mahu mengalir aja. Entah mengapa dan sebab apa dia bersalah? Dia pun masih keliru. Sejauh mungkin dia cuba bawa pandangannya. Dia tak mahu memberi harapan tinggi.

"Kak Sya tak makan dari malam tadi lagi kan? Jom la makan sekali. Hajar ada bawa lauk favourite Kak Sya. Ketam masak lemak. Hajar buat sendiri tau." Senyum pahitnya terukir.

"Kau nak aku terangkan macam mana lagi? Aku kata tak lapar kan?" Nada suaranya naik seoktaf.

"Hajar tahu Kak Sya lapar. Tak pandang muka Hajar pun tak apa. Asalkan, Hajar dapat makan dengan Kak Sya. Sekali pun jadilah. Please. First and last!" Rayunya dengan genangan air mata.

Raisya hanya membisu. Bisu dan terus bisu sehingga Hajar membungkus kembali makanan itu dan meletakkan beg kertas itu di sisi Raisya. Air matanya diseka.

"Makan bila lapar. Kalau tak nak, buang aje. Tak sedap pun Hajar masak. Take care." Sempat Hajar mengukir senyum sebelum berlalu pergi.

"Hajar.."

"Jom la makan sekali." Pelawa Raisya.

"Tak apalah Kak. Hajar malas nak ganggu Kak Sya. You have your own life. You need your own space. I'm sorry for bother you."

Hajar terus berlalu pergi. Sakit juga hati apabila diperlakukan sebegitu. Sedaya upaya dia membantu Raisya. Hanya dia yang sentiasa di sisi Raisya. Namun, sahabatnya itu seakan buta. Tak mampu melihat apa yang dia lakukan itu. Apa yang dia korbankan seakan hanya sia-sia. Pedih sungguh pedih.

TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)Where stories live. Discover now