Sudah hampir seminggu Fahim tidak dibenarkan bertemu Riasya untuk sementara waktu bagi menjalankan rawatan kepada Raisya. Namun, hari ini dia berpeluang. Dibawa pula kali ini Hajar dan Ayuni. Adreyan tidak dilupakan.
Fahim melangkah masuk ke kamar doktor bersama yang lain. Selepas beberapa pemeiksaan, mereka dibenarkan masuk ke kaamr khas buat Raisya. Hania turut ada di sana.
"Woi! Lama tak jumpa! Asal lambat datang?" Raisya mengeluh.
"Ada hal sikit." Senyum diukir sebelum menghulurkan Adreyan kepada Raisya.
Hajar dan Ayuni agak terkesima dengan cara bicara Raisya. Lain dari lain. Mereka langsung tak faham akan keadaan Raisya tika ini.
"So, doktor! Macam mana isteri saya?" Fahim memandang wajah doktor itu penuh harapan.
"Kita dah buat kajian selama seminggu. Keputusan yang kita dapat memang jarang kita jumpa. Raisya ni, bila dia bersama awak semua, dia akan jadi mesra. Tapi, bila dia sorang, dia akan bercakap sendiri. Dia akan jadi macam sebelum ni. Yang senntiasa sedih. Agak susah nak tafsir Raisya sebenarnya. Sebab, ada banyak situasi. Kalau dengan Hania pula, dia lain. Raisya seperti mesin emosi." Jrlas doktor itu.
"Maksud doktor?"
"Mood dia akan berubah mengikut situasi. Berubah mengikut orang. Kalau dengan doktor lagi dia ganas. Saya pernah cuba bercakap dengan dia. Alhamdulillah, dia okay. Dia layan saya macam kawan dia. Jadi, boleh dikonklusikan Raisya menghidap mental disorder berpunca dari depression disorder yang dia pernah alami sebelum ni dan sedang alami."
Akma dan Hajar saling berpandangan. Hajar yang memngambil jurusan dalam hal psikologi, juga merasakan keanehan terhadap Raisya. Namun, dia akan mencuba sesuatu kaedah supaya dia faham Raisya.
"Doktor!" Sempat Hajar memanggil doktor itu sebelum beliau sempat keluar dari kamar khas itu.
"Ya!"
"Kalau saya nak minta izin, saya nak bersendirian dengan Raisya sekejap boleh? Sepuluh minit pun jadilah. Asalkan saya dapat berbual dengan dia secara personal." Pinta Hajar.
"Tak ada masalah. Terpulang kepada Encik Fahim juga. Saya minta diri dulu." Pintanya sebelum berlalu pergi.
Hajar mengangguk dengan kerutan yang diberikan Fahim kepadanya. Lantas, Fahim mengambil Adreyan daripada Raisya. Sempat dia memesan sesuatu kepada Hajar.
"Saya nak cas Dido jap. Nanti saya datang balik. Awak borak la dengan kawan baru awak ni." Fahim bersama Adreyan dan Ayuni lantas keluar dari kamar itu meninggalkan Hajar dan Raisya sendirian.
Suasana menjadi sepi. Sepi yang bukan yang dijangka Hajar. Semasa ada Adreyan, elok sahaja Raisya ketawa. Kini, bisu membawa pandangan ke luar tingkap. Entah apa yang dia fikirkan pula.
Perlahan Hajar mencapai kerusi dan melabuhkan punggung bertentangan dan berdekatan dengan Raisya. Sesuatu dikeluarkan dari tas tangannya.
"Raisya nak gula-gula?" Beberapa bungkus gula-gula bewarna-warni ditayangkan kepada Raisya. Meski nama itu dilarang oleh Fahim, dia tetap gunakan. Dia tahu apa dia buat.
Raisya mengangguk.
"Kau siapa?"
"Saya Hajar. Raisya kenal saya. Cuma, mungkin Raisya lupa sebab lama juga kita tak jumpa." Lembut sahaja nada bicaranya.
"Nak gula-gula!" Pinta Raisya dengan wajah tertunduk.
"Kalau Raisya nak gula-gula, kita kena main satu game. Kalau Raisya jawab soalan Hajar, Raisya dapat gula-gula. Tapi, kalau Raisya tak jawab, Raisya tak dapat apa-apa. Okay?" Hajar mula merancang strategi.
Sekali lagi Raisya mengangguk. Hajar berasa hilang satu beban di bahu.
"Okay! Soalan pertama. Raisya ingat tak siapa Raisya? Maksud Hajar, nama Raisya. Suami Raisya. Anak. Kawan. Ingat?"
"Aku tinggalkan diaorang. Aku tak nak jumpa diaorang. Nanti diaorang marah aku. Nanti anak aku benci aku." Sayu bicaranya.
"Okay! Pandai Raisya jawab. Nah! Coklat yang pertama." Hajar menghulurkan sebungkus gula-gula kepada Raisya. Laju sahaja gadis itu memakannya.
"Next question. Kenapa Raisya tinggalkan kawan dan family Raisya? Raisya tak sayang diaorang ke?"
"Dia curang dengan aku. Aku nampak dia dengan perempuan lain. Dia mesra. Aku tak suka. Aku tak nak dengan dia." Nadanya semakin kasar.
"Okay! Nah!"
Hajar diam seketika memikirkan soalan. Benar kata doktor itu, Raisya akan berubah mengikut situasi. Dan kini dia tahu, Raisya masih ada memori kini dan dulu, cuma tetap mengikut situasi. Raisya seakan seseorang yang penuh dengan karakter dan perwatakan.
"Kenapa Raisya rasa diaorang akan berdendam sedangkan Raisya tak pernah jumpa diaorang. Macam mana nak tahu diaorang marah atau tak?"
"Diaorang tak faham aku. Diaorang selalu suruh aku sabar. Diaorang tak pernah rasa sakit aku. Diaorang kata diaorang faham aku. Tapi diaorang tipu aku. Kalau aku jumpa diaorang, nanti diaorang marah aku. Aku tak suka. Diaorang tak faham aku."
"Okay..."
"Diaorang pentingkan diri sendiri. Tak pernah tanya apa aku nak. Suami aku curang dengan aku. Aku tak boleh jumpa anak aku. Kawan aku rindu aku. Tapi, diaorang tipu. Diaorang suka aku tak ada. Diaorang suka aku mati. Aku tak suka!" Raisya mengusutkan rmabutnya.
Hajar agak terkesima dengan jawapan dari Raisya. Adakah itu benar apa yang dia rasakan selama ini? Atau itu hanya imaginasinya? Jika benar, dia tahu bagaimana mahu membantu Raisya. Tetapi jika hanya imaginasi, agak sukar baginya. Raisya terlalu bercita-cita tinggi.
"Kalau Hajar kata, Hajar rindu Raisya. Hajar sayang Raisya. Hajar tak benci Raisya. Raisya percaya?"
"Tak!" Selafaz.
"Habistu, macam mana Hajar nak buat Raisya percaya?"
"Faham aku. Cerita hal sebenar dekat aku. Aku nak tahu semuanya."
Hajar mengerutkan wajah. Kenapa Raisya mahu tahu? Sedangkan dia seorang penghidap mental disorder. Suka difahami. Namun, dia harus teruskan juga demi membantu Raisya.
"Okay! Pasal apa yang Raisya tebgok dekat kafe tu, itu semua hanya pandangan mata seorang yang ego. Yang tak mahu bertanya. Perempuan tu nama dia Diha. Dia bekas tunang Fahim. Dia pernah tinggalkan Fahim. Masa dekat kafe tu dia paksa Fahim kahwin dengan dia. Tapi, Fahim tak nak. Dia merayu dengan Fahim, dan Fahim tetap tak nak."
"Habistu kenapa nak kena pegang bagai?" Jelingan tajam dihamparkan.
"Sabar! One by one. Lepastu Fahim terus pergi bila dia tepis dan tengking Diha. Lepas Raisya pergi tinggalkan dia, dia hilang punca. Dia dah tak kuat masa tu. Adreyan pun tak pernah minum susu badan. So, mahu tak mahu, Fahim terima tawaran Diha yang nak susukan Adreyan. Dalam seminggu dua macam tu, kami cadangkan Fahim kahwin dengan Diha sebab tak mahu timbul fitnah. Lagipun, Adreyan akan meragam kalau Diha tiada."
"Habistu mana perempuan tu sekarang? Kenapa dia tak nak jumpa aku?" Sinis.
"Raisya, dia dah tak ada. Setahun lebih macam tu, dia pergi tinggalkan Fahim sebab dia sesak nafas. Fahim pun down balik. Dia tak nak dekat dengan semua orang. Dia takut orang yang dekat dengan dia akan mati. Lepastu, makin lama dia makin okay bila Akma nak susukan Adreyan. Masa tu, dia kuat. Dia redha Raisya dah pergi. Dan sekarang, Raisya muncul. Tapi, bukan seperti yang dia sangkakan."
Suasana sunyi seketika. Hajar menunggu soalan dari Raisya.
"Dia tak curang dengan aku?"
"Dia tak curang Raisya. Benda tu berlaku kerana terpaksa. So, apa lagi maksud Raisya yang kita orang sebenarnya tak rindukan Raisya?" Hajar merenung wajah Raisya.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...