"Entah la. Aku tak pergi check lagi. Tapi, tak ada apa kot. Biasalah, kerja banyak kan sekarang, penat kot." Akma masih sibuk mengemas rak baju.
"Kau tak bagi tahu Ash?"
"Buat apa nak bagi tahu? Tak ada apa pun. Nanti dia kecewa macam mana? Sedih! Nanti dia buat muka botol plastik cair. Namau ah!" Akma menggeleng.
Berderai tawa Raisya. Elok duduk bersandar, boleh jadi turun naik melayan karenah Akma yang semakin lama, semakin kelakar.
"Suami kau sendiri kau cakap macam tu. Apo la. Tapi kan.."
"Dah! Ya, nanti aku check. Kau yang kecoh pahal? Kau sepatutnya, risau dekat anak kau dalam perut tu. Tak lama, nak meletup dah." Akma mengusap perut Raisya.
Lebih kurang sebulan lagi bayi sulung yang dinanti, akan menonjolkan diri. Sabar yang ditahan kian tipis.
"Akma.."
"Hm.."
"Jom lunch sama-sama. Kedai makan biasa pun tak apa." Raisya hanya melayangkan pandamgannya.
"Aku okay aje. Ash pun ada meeting lunch nanti. Kau tu. Im bagi tak?"
"Bagi. Dia kan sesyarikat dengan Ash. Sekali la meetingnya." Aku memgeluh.
"Kau pasal macam moody aje?"
"Mana ada. Aku sakit pinggang la. Bila la nak keluar anak oi? Umi sakit pinggang ni." Rungut Raisya.
*****
"Ma...""Yow Sya! Kau ni, sakit pinggang sangat ke? Kunyah kentang pun macam kunyah getah. Hat tu la kau gigit berkali-kali." Akma masih lagi meneruskan makan. Kalau bab makan, bukan main lagi lagaknya.
"Hangguk kau! Aku just, takut kalau.." Raisya membisu seketika.
"Kalau apa?"
"Kalau aku pergi masa aku melahirkan anak aku. Entah, aku tak sempat tengok muka dia. Entah dia tak kenal pun siapa mak dia. Dia tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu. Dia tak dapat semua yang patut dia dapat. Aku takut Akma. Takut!" Air matanya yang bergenang, ditahan sekuat hati. Kentang goreng masih dikunyah.
"Eh! Apa kau cakap ni? Melalut tahap gaban la kau ni. Dah! Tak ada makna itu semua. Tak ada apalah. Shut!" Akma menjeling.
Lain macam aura yang hadir dari Raisya. Serba tak kena Akma dibuatnya. Biarpun bicranya sebegitu, namun, mana taknya hati risau memikirkan. Rakan sendiri seakan merancang ajal sendiri.
Lama suasana mereka dihampar sunyi. Tak henti-henti Akma memerhatikan Raisya yang asyik dengan menungnya.
"Ma..."
"Dah! Makan! Aku malas nak dengar kau punya merapu." Akma menjeling lagi.
"Jom balik."
"Balik? Awal lagi. Banyak lagi masa ni. Makanan kau pun tak habis lagi."
"Biar aje. Please Akma. Aku dah tak sanggup." Air matanya kembali bergenang.
"Tak sanggup apa lagi ni? Ya la. Cepat!" Akma membentak. Semakin aneh rakannya ini.
*****
"Sya!"Fahim menerjah masuk ke dalam rumah. Pintu dikatup. Dahi ditepuk. Diusap rambut. Keluhan berat dilepaskan. Termengah-mengah dibuatnya.
Raisya yang berbaring di sofa masih membisu. Matanya tertumpu pada kaca televisyen, namun, fikiran jauh melayang. Air mata yang bergenang, dibiar begitu sahaja.
"Sya! Kenapa Sya balik sendiri? Buat hubby risau tau." Fahim mengeluh dan terus mengeluh.
"Makanan ada dekat dapur. Sya naik atas dulu." Sempat Raisya menyalam tangan Fahim sebelum mendaki anak tangga satu per satu. Pinggangnya dicekak.
Fahim mengerutkan wajah. Kepalanya digaru.
"Salah cakap ke? Kasar sangat ke?"
"Kita yang sepatutnya marah dia sebab balik sendiri. Ni, kita pula kena marah." Fahim menggeleng.
*****
Usai sahaja mandi dan bersiap, Fahim masih keliru. Difikirkan, Raisya menonton televisyen di bawah. Namun, tiada.Satu rumah Fahim cari. Pencarian berakhir di kamar hujung. Saat memulas tombol pintu, ia tersekat. Umpama terkunci dari dalam.
"Sya? Sayang dekat dalam ke?" Pintu diketuk bertubi-tubi.
"Sya! Kenapa duduk bilik ni sendiri. Kunci pula tu. Nak rehat, bilik kita kan ada. Keluar please." Rayu Fahim.
"Sya nak rehat sekejap. Hubby pergi la makan dulu."
"Hubby dah makan. Keluar please! Kenapa tiba-tiba marah ni?" Fahim mengeluh.
"Sya nak rehat sekejap. Hubby rehat la juga. Sya nak sendiri jap. Okay?"
Fahim mengeluh lagi dan lagi. Entah apa yang tak kena dengan Raisya. Lain macam reaksi dan layanannya.
*****
Raisya masih termenung di birai katil. Air mata yang mengalir diabaikan. Otaknya ligat berfikir cara lari dari masalah itu.Memori di kedai makan tengah hari tadi seakan pita rakaman yang pantas litar pintasnya. Seakan tak mahu henti. Sengaja menyiksa perasaan Raisya.
Isteri mana yang sanggup melihat suaminya sendiri bermesraan dan berduaan bersama perempuan lain? Bersentuh lagi. Sedangkan Raisya masih mengandung. Luluh hati seorang isteri.
Pelbagai anasir menerjah fikirannya. Apa yang harus dia lakukan nanti. Teruskan hidup dengan lelaki yang telah mencuranginya? Entah benar atau tidak perkara itu. Namun, dia tetap terkesan.
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...