Fahim tersenyum melihat Adreyan bermain. Sudah lama tidak bermain di taman. Rasa teruja pula budak itu.
Dring! Dring!
"Hello!"
"Aku dekat taman. Dengan Yan. Kenapa?"
"Boleh aje. Nanti aku hantar Yan dekat Hajar kalau dia free."
"Okay la. Sama-sama."
Panggilan dimatikan.
"Abi! Can I play with them? I want play football. Please?" Rayu Adreyan dengan wajah comelnya.
"Yes, you may. But! Just there. Make sure, you can see me. And I can see you. Okay?"
"Okay abi. Thank you!"
Lantas Adreyan berlari ke gelanggang. Adreyan, kalau bab berkawan, laju sahaja dia. Mudah bergaul.
"Nanti!" Adreyan menahan rakannya. Tangan kanan menahan wajah rakannya, tangan kiri mencekak pinggang. Comel!
"Biar kita ambil dengan awak!"
Rakan Adreyan hanya mengangguk dengan sengihan. Bola yang berguling jauh diambil bersama. Tidak sempat Adreyan menoleh, rakannya sudah hilang. Melilau dia mencari.
"Hey! What's wrong?" Sapa seseorang dari belakang Adreyan.
Adreyan menatap tubuh itu. Berhoodie hitam. Dengan penutup mulut. Serba hitam. Namun, dia hanya bisu.
"Where your father?"
"I don't know. I'm lost!" Selamba sahaja bicaranya.
Gadis itu menoleh kiri dan kanan.
"Can we lick ice cream together? Then, we try to find your Abi okay?" Pipi Adreyan diusap.
Adreyan mengangguk.
Gadis itu tersenyum sambil melihat Adreyan menikmati ais krim yang dibelinya. Air matanya yang sudah lama bergenang menitis jua. Sesekali rambut Adreyan diusap. Terketar-ketar tangannya. Sebak di dada tak dapat ditahan.
"Aunty! Do you want too?" Adreyan menghulurkan ais krim kepada gadis serba hitam itu.
"No! It is delicious?"
"Yes!"
Usai sahaja menikmati ais krim, gadis itu membawa Adreyan bersiar-siar sambil mencari bapanya. Gembira yang dirasakan kini, walau tak sepenuhnya, namun dia merasakan dia teramat bahagia. Dapat bersama walau sebentar, dia bahagia. Berkali-kali dia menyeka air mata yang jatuh mengalir.
"Yan! Adreyan!"
Saat terdengar pekikan itu, gadis serba hitam itu menoleh. Mencari kelibat dari suara itu. Sungguh dia rindu suara itu. Namun, apakan daya. Dia lemah lagi tika ini.
"Abi!" Adreyan yang berada di dalam dukungan gadis serba hitam itu memekik. Belon buih masih ditiup.
"Yan! Who with you? What I said just now? You're naughty!" Lantas Fahim mengambil Adreyan dari dakapan gadis itu.
"I just take him for walks. Sorry!" Gadis itu menundukkan wajah.
"Awak tahu tak saya ni ayah dia? Saya risau tau. Awak sesuka hati saja bawa dia lari. Tak ada hati perut ke awak ni?" Tengking Fahim.
"Maaf encik."
"Kalau jadi apa-apa dekat anak saya, memang siap la awak. Tak berperikemanusiaan. Macam dah tak ada kerja lain ke? Nak menculik aje." Suara naik seoktaf.
Gadis itu membisu seketika.
"Ya saya tak berperikemanusiaan. Sebab tu saya ambil anak encik masa dia sesat. Sebab itu saya pujuk fia mkaan ais krim. Sebab itu saya bawa dia berjalan sambil cari encik. Maafkan saya encik. Saya dah berlaku kejam."
Fahim mengerutkan wajah. Suara itu seakan sama. Namun, lain sikit apabila berbicara mernetasi penutup muka.
"Awak..."
"Jaga anak encik elok-elok. Jangan sesskali lukakan dia. Assalamualaikum."
Gadis itu terus berlalu pergi. Fahim memerhatikan dengan perasaan kesal. Tak ada motif dia memarahi gadis itu tanpa usul periksa. Dia juga mendaapt malu. Ada benar apa yang dilakukan gadis itu.
*****
"Hajar!"Ayuni memekik di telinga Hajar. Terbahak-bahak dia menderaikan tawa saat Hajar menjeling.
"Kau ni kenapa? Kalau pekak telinga aku, aku belah telinga kau." Ugut Hajar.
"Kalau pekak tu, sebab kau dah tua. Macam arwah atuk kawan aku dulu. Lepas dia jerit dekat telinga atuk dia. Atuk dia jadi pekak. Lepastu meninggal. Innalillah. Kesian dia. Kau.. aku tak tahu la.." Ayuni menundukkan wajah.
"Halah! Bengap apa kau ni? Atuk dia ada sakit jantung la kot. Apa babit dengan pekaknya?" Jeling.
"Ya la. Orang kata, kalau seseorang tu nak meninggal, salah satu tandanya adalah semakin kurang pendengaran. Kau, terus pekak. Maknanya, esok lusa boleh tempah liang lahad dah la. Kau rancang, nak tanam dekat mana? Selayang? Rawang? Chow kit?" Ayuni menjongketkan kening.
Hajar menepuk dahi. Jelingan tajam diberiakan. Ayuni tidak henti menyakatnya. Sakit hati pun ada. Tetapi, tak adalah sunyi rumah kan?
"Bilik kau." Selamba.
"Ough! Kalau aku, aku nak tanam dekat dalam liang lahad. Tak tahu pula ada yang nak ditanam dekat bilik aku. Aku bukan tak bagi. Cuma segan la kan. Nanti nak tukar baju susah juga kalau kau tengok. Takut kau tergoda nanti." Bidas Ayuni selamba.
"Eee! Makin sakit hati aku bercakap dengan kau ni. Dah la." Bentak Hajar.
Lama suasana sunyi. Menunggu Ayuni habiskan tawa buakn sekejap. Entah apa yang suka sangat.
"Jar!"
"Pe?!"
"Aku rindu kak Sya la. Kau rindu dia tak?"
"Rindu la. Dah tiga tahun dia pergi. Kubur pun kita tak tahu dekat mana. Aku pun tak faham apa motif dia nak sorok kubur dia." Keluh Hajar.
"Tu la. Kesian Abang Im. Nak melawat isteri dia pun tak boleh. Kak Diha tu pun, sekejap je datang. Pergi juga. Sampai Abang Im tu tak nak orang rapat dengan dia. Takut, orang sekeliling dia akan pergi juga."
"Tu la. Kalau boleh putar masa. Aku sendiri yang teman Kak Sya masuk bilik bersalin tu. Biar aku tahu apa yang jadi. Aku boleh bagi kata semangat. Tapi, benda dah tiga tahun dah Yuni. We can do nothing." Hajar mengeluh lagi.
*****
"Yan.""Yes Abi!"
Fahim duduk bersila di hadapan anaknya yang sibuk melukis. Memang itu hobinya. Kalau boleh, semua benda nak lukis.
"Did you know aunty in the park this morning?" Sengih.
"I don't know her. But, I saw her smile. The same smile in my dream." Masih rancak Adreyan melukis.
"Did you see her face?"
"Yes! Why?"
Fahim tersenyum lebar. Lantas ikon galeri diketik di telefon pintar.
"Yan! Is her face the same as this woman?" Fahim menunjukkan foto Raisya.
"Yes! But, she wears glasses. And, more beautiful than this woman." Jelas Adreyan.
Terkejut juga Fahim dibuatnya.
Sya hidup lagi ke? Eh! Tak mungkin la. Habis, doktor tu? Subahat?
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...