"Abi!"
Adreyan mengoncangkan tubuh Fahim. Panggilan Abi berkali-kali dipekik.
"Yes honey. Why you woke me up?" Senyum pucatnya ditayangkan.
"I'm hungry. Let's breakfast." Rayu Adreyan.
"Our fridge are empty. And I get fever today. How I can cook for you?"
"But I already hungry. Please Abi." Rayunya lagi.
Ding! Dong!
"Who's come?"
Fahim beriringan berjalan bersama Adreyan menuju ke pintu masuk utama meski tubuhnya tak bermaya. Terasa lenguh satu badan.
Pintu dibuka. Seorang jejaka berpakaian serba hitam berdiri di hadapan mereka dengan senyuman bersama sebungkus plastik.
"Good morning sir. This is your breakfast. Enjoy it." Jejaka itu menghulurkan sebungkus plastik. Perlahan-lahan bertukar tangan.
"Saya tak pesan apa-apa pun." Fahim dihimpit rasa keliru.
"Ada orang tolong pesankan untuk encik mungkin. I have to go." Pintanya dengan senyuman.
"Sekejap. Saya ambil duit."
"Eh! Tak payah. Dah ada orang bayarkan."
"Okay! Thanks for this breakfast."
Lantas Fahim menutup pintu rumah. Diteliti setiap sudut bungkusan itu.
"Abi! Can we eat now? I am very hungry." Rayu Adreyan.
"S..su.. sure."
Fahim membuka bungkusan makanan itu. Dihidangkan buat dia dan Adreyan. Kunyahannya terhenti saat terlihat sebuah kotak kecil berserta ikatan sekeping kad.
From me, to you. Just a small gift. But, I hope both of you like it. The ring for you, and that bracelet for your son.
Fahim membuka bungkusan itu. Terdapat seutas gelang tangan bermaterial kulit bersama sebentuk cincin silver.
"Yan."
"Yes Abi."
"Someone give us a small gift. This people give you a nice bracelet. Do you want to wear it?" Gelang tangan ditayangkan kepada Adreyan.
"Aunty Hajar said, ita kena hargai apa orang bagi. So, I want to wear it." Sengih.
"Okay."
Fahim memasangkan gelang tangan itu ke pergelangan tangan Adreyan. Kini, cincin pula menjadi sasaran. Belum sempat dia menyarung di jari manis, namun matanya tertumpu pada ukiran nama di atas cincin.
"Fahisya? Gabungan? But, how?" Fahim mengerutkan wajah.
Lantas cincin itu disarungkan di jari.
"Nice ring Sya." Senyum.
*****
"Kami pun dapat." Serentak mereka berlima bersuara.Masing-masing menunjukkan hadiah misteri dari si misteri yang mereka dapat. Hampir sama hadiahnya tetapi berbeza rekaanya.
"Kami dapat gelang ada nama lagi. Lepastu, dapat kad dia pi tulis bukan tak mahu bersua. Tapi, takut kami ni berdendam. Yang lagi pelik, dia tahu nama kami. Rumah kami!" Ayuni menggeleng tak sangka.
"Aku dengan Akma dapat gelang. Ari dengan Iha pun sama. Dia siap cakap, aku harap kita bersua walau hanya selisih." Jelas Ashriq.
"Aku pun dapat. Ring! Yana dengan tira pun dapat."
"Yang musykil sekarang ni, dia tahu saiz jari and tangan kita. Anak kita berapa. Siapa nama. Mana kita tinggal. Boleh kata, semua dia tahu. Dekat cincin aku siap ada gabungan nama aku dan Raisya. Aku dah tak fikir lain. Aku rasa, semua ni Raisya yang buat." Tegas Fahim.
Yang lain turut menangguk.
"Aku nak cari dia."
*****
Fahim berhenti apabila teksi yang diekorinya berhenti di hadapan sebuah rumah. Cermin tingkap dibuka.Sejak petang tadi dia mengekori gadis serba hitam itu. Rezeki, dia terserempak gadis itu di kedai serbaneka. Dirasakan, gadis itu la Raisya. Kuat sangat nalurinya.
"Sya buat apa ni?" Fahim meletakkan jari jemarinya di bibir.
"Sanggup Sya tinggalkan anak kita? Dia perlukan Sya." Fahim mengeluh kesal.
Lama Fahim berada di situ. Memerhatikan suasana rumah yang sunyi itu. Sehingga, ada seorang gadis yang lain pula masuk ke perkarangan rumah itu. Pantas Fahim menyergah gadis itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Encik ni siapa ya?" Wajah gadis itu mengerut.
"Saya Fahim. Nak tumpang tanya. Dekat sini ada permpuan nama Raisya tak?" Fahim mula mengatur strategi.
"Raisya? Raisya mana ni? Saya tinggal sorang je." Nafi gadis itu. Tiada sebarang riak gugup.
"Ough! Tak ada tak apalah. Tapi, kasut tu siapa punya?"
"Dah tak boleh ke saya nak pakai dua kasut? Apa masalah encik ni? Tiba-tiba sergah. Saya boleh buat report tau macam ni." Ugut gadis itu.
"Wait! Okay saya pergi. Sorry ganggu. Assalamualaikum."
Fahim terus berlalu pergi. Sempat dia menoleh seketika.
Gadis itu masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci rapi. Lampu dinyalakan. Makanan diletakkan di meja di ruang tamu. Pinggan mangkuk turut detakkan.
Pintu kamar yang berhias dengan nama Liyana itu diketuk.
"Liya! Keluar jom. Aku ada beli makanan. Nanti sejuk tak sedap dah." Pelawa gadis itu sebelum melabuhkan punggung di hadapan meja. Televisyen dibuka. Siaran yang menarik dipilih.
"Susah kau je Nia belikan makanan. Sorry tau." Liyana turut melabuhkan punggung di siai Hania.
"Tak adalah. Aku ada story sikit ni."
Suasana kembali serius. Liyana merenung wajah Liyana yang masih memakai penutup mulut. Kenal sangat dengan Liyana. Semua baju di almarinya hanyalah hoodie hitam. Serba hitam.
"Apa dia?" Liyana membuka penutup mulutnya. Sesuap me goreng disua ke dalam mulut.
"Tadi ada orang datang cari kau. Nama dia Fahim. Tapi, aku kata aku tinggal sorang. Kau kenal ke dia?" Hania merenung wajah pucat Liyana.
"Suami aku."
YOU ARE READING
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️)
General FictionKehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cin...