Puak Wolf dan puak Vampire telah pun berbaik setelah sekian lama. Mereka rapat bagaikan sebuah keluarga terlarang.Apatah lagi saat mendapat tahu bahawa Miyoung mengandungkan anak Sehun setelah tiga bulan mereka bernikah. Puak Wolf sentiasa memerhati Miyoung dari jauh, seperti menginginkan sesuatu dari wanita itu.
Manakala puak vampire pula leka meraikan kandungan Miyoung. Anak yang lahir itu bakal menjadi penerus keluarga Choi yang seterusnya.
...
Imprinted
Imprinting is something that happens when one of the (for lack of better words) werewolves find their true “soulmate”
Imprint juga bererti ditakdirkan, atau berjodoh dengan seseorang.
Tapi semuanya selalunya berlaku pada serigala jadian sahaja. Namun ramai yang tidak tahu bahawa vampire juga mempunyai kebolehan ini. Hanya 0.00001% sahaja yang pernah merasai pengalaman mengimprint seseorang. Hampir mustahil sebenarnya kerana selalunya vampire mendapat pasangannya berdasarkan ikatan darah suci.
Namun, itulah yang berlaku pada Chanyeol sekarang.
Chanyeol merenung gadis yang sentiasa bermain di fikirannya itu sekarang.
Saat matanya terpandang gadis itu, jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Degupan ini berbeza. Bukan seperti saat dia melihat Miyoung.
Gadis yang sedang menuju kearahnya itu membuatkan dia tak keruan.
Senyumannya.
Gelak tawanya.
Keperibadiannya.
Semuanya menarik bagi Chanyeol.
Tapi semua ini salah!
Wendy anak kepada Sehun dan Miyoung. Masakan dia mahu mengaku bahawa dia mencintai gadis itu? Jelas-jelas ianya cinta terlarang!
I love you, merupakan tiga perkataan yang paling sukar untuk Chanyeol sebutkan buat Wendy. Dan mungkin tidak akan pernah ditutur.
Tapi tidak bagi Wendy. Dia yakin dengan perasaan. Dia tahu benar antara sayang dan cinta. Kedua-duanya berbeza. Ini bukan cinta platonik.
Perasaan ini lebih kepada romantik. Meski Chanyeol menafikan, dia tidak akan berhenti membuktikan yang Chanyeol salah.
Kerana Oh Wendy, bukan gadis baik yang mendengar kata. Dia keras kepala. Dia degil. Dan evil, bak kata Chanyeol.
...
"Budak ni.. panggil aku pakcik!"
"Mana ada girlfriend panggil boyfriend dia pakcik?"
N. E. X. T.
Aku tukar fikiran.. Nak publish balik tapi of course ada edit scene nak bagi logik sikit 😭

ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...