Part 18

535 46 30
                                    


Percaya atau tidak, sudah hampir seminggu Wendy berada dibawah kawalan keluarga serigala sekarang. Keluarga vampire tidak dibenarkan untuk menghampiri kawasan serigala untuk melihat Wendy langsung.

Agak keterlaluan memandangkan Wendy bukanlah milik mereka namun apabila Eunwoo berkeras, mereka terpaksa tunduk kepadanya.

Jaehyun merenung Wendy yang sedang bermain bersama anak-anak serigala diluar halaman rumah. Dia tersenyum kecil saat melihat kecomelan Wendy. Anak-anak serigala itu juga seronok bermain dengan si gadis vampire. Mereka tidak rasa terancam walau sedikit pun.

Dia duduk diatas kerusi dan memerhati Wendy dari jauh. Dia mahu mendekatinya namun risau sekiranya Eunwoo nampak. Semua orang disini tahu yang Eunwoo menyimpan perasaan terhadap Wendy. Cuma Wendy sahaja yang bagaikan clueless.

Dia sepertinya naif. Itu bagus bagi Jaehyun. Maknanya dia ada peluang lah kan?

Jaehyun terpaku saat matanya bertentang dengan Wendy. Gadis itu melambai mesra kearahnya sambil tersenyum. Kemudian, dia menyambung semula permainannya.

Jaehyun memegang jantungnya yang kini sedang berdegup dengan begitu kencang. Ada apa dengan dia?

"Wendy!"

Suara Eunwoo kedengaran dicuping telinga Jaehyun. Mood lelaki itu jatuh semula. Ada sahaja yang ingin mengganggunya. Kelihatan Eunwoo yang turut sama menyertai Wendy dan bermesra di sana.

Itu membuatkan Jaehyun rasa menyampah. Dia terus masuk ke dalam rumah dengan perasaan kesal. Dia terlanggar bahu Taeyong saat memasuki rumah. Wajahnya muram sahaja sehingga tidak berani Taeyong mahu memarahinya.

"Kenapa tu?" soal Taeyong kepada Jungkook yang sedang terbungkam diatas sofa sambil menonton televisyen.

"Entah. Sakit otak kut. Macam kau tak tahu Jaehyun tu," balasnya, selamba. Dia kembali menikmati burger yang ke-10 untuk pagi ini. Lapar.

Taeyong mengintip dari dalam rumah. Dia mengangguk kecil. Patutlah Jaehyun nampak moody. Cemburu lah tu. Siapa je yang tak terpikat dengan Wendy? Sedangkan dia sendiri pun rasa yang sama. Tapi itulah, entah Wendy nak atau tidak.

"Eunwoo, kalau aku nak balik boleh?" pinta Wendy. Dia mengusap kepala anak serigala sambil merenung Eunwoo.

Senyuman di wajah Eunwoo berubah. Dia tidak menjawab permintaan Wendy. Wajah gadis itu juga turut berubah.

"Eunwoo.." panggilnya. Eunwoo menjelingnya.

"Diorang tak minta maaf lagi pada kau! Jadi tak boleh!" tegasnya. Wendy menghalau anak-anak serigala agar menjauhi mereka buat sementara waktu.

Bagaikan faham, anak-anak serigala itu bermain agak jauh dari mereka. Ada yang bersembunyi kerana takut dengan Eunwoo.

"Tapi aku rasa tak patut buat diorang macam ni. Diorang masih ibu bapa aku. Semua orang buat salah Eunwoo. Termasuk diorang," jelas Wendy.

Eunwoo berdiri. Dia mahu pergi dari situ sebenarnya. Wendy menahan dengan berdiri dihadapan lelaki itu. Bila Eunwoo bergerak ke kiri, Wendy akan bergerak mengikuti rentaknya begitu juga sebaliknya.

"Ini bukan rumah aku Eunwoo," ujar Wendy. Kening Eunwoo terjongket. Hatinya rasa berbara.

"Kalau bukan rumah kau lepastu apa?! Rumah tumpangan anak yatim?! Kau keluarga aku! Ini rumah aku dan rumah kau jugak!" marah Eunwoo.

"Apa yang susahnya nak tinggal dekat sini?! Aku boleh jaga kau lebih baik daripada Sehun dan Miyoung! Tak ingat ke macam mana kau boleh membesar dengan baik selama ni?!" sambung Eunwoo lagi. Jerkahannya itu membuatkan Wendy terkedu. Baru kali ini Eunwoo berani memarahinya.

(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTEDWhere stories live. Discover now