"Ini rumah siapa?" tanya Wendy sebaik sahaja turun dari kereta. Sebuah rumah banglo dua tingkat bertema inggeris lama itu dipandang. Dia menunggu jawapan daripada mummy dan daddynya.
"Rumah mummy.. Rumah atuk.." jawab Sehun.
Miyoung diam sedari tadi. Dia dipimpin oleh Sehun masuk ke dalam rumah tersebut. Nampaknya rumah itu telah lama ditinggalkan kerana pintunya sendiri susah untuk dibuka. Habuk dan debu juga memenuhi ruang dalam rumah manakala daun-daun melimpahi halaman.
Miyoung berhenti di hadapan ruang tamu. Di sana, terdapat gambar dirinya bersama ayah yang masih tergantung utuh. Dia membuang pandang kearah luar.
"Daddy.. tu siapa?" soal Wendy, berbisik pada Sehun sambil menunjuk kearah gambar Encik Kim.
Sehun tak menjawab. Dia membiarkan Miyoung pergi dahulu sebelum membuka mulutnya.
"Itu atuk. Dia pernah jumpa kamu masa kecik dulu. Tapi dia dah meninggal lepas daddy hantar Wendy pergi Paris," jawab Sehun.
Wendy menekup mulutnya. Dia agak terkejut. Kenapa dia tidak tahu menahu pun?
Dia rasa sedih bagi pihak ibunya. Pasti Miyoung memerlukan seseorang untuk menenangkannya. Dia sendiri tidak dapat membayangkan sekiranya Sehun ataupun Miyoung yang mati.
"Kenapa Wendy tak tahu pun? Ini kan benda penting!" soal Wendy.
"Kamu kecik lagi waktu tu. Lagipun benda dah berlalu.." jawab Sehun.
Dia masih ingat saat Encik Kim menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan Miyoung.
Lelaki itu dibunuh oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Mereka pun masih mencari pelakunya sehingga ke hari ini.
Sehun mahu memadamkan memori itu sekiranya boleh. Dia tak tahan melihat penderitaan Miyoung saat itu. Bayangkanlah, ayah sendiri mati dihadapan kita. Sehun faham walaupun dia pun tak berapa suka dengan ayah mentuanya itu kerana disebabkan lelaki itu, dia terpaksa berkongsi Miyoung tapi tak sangka mati awal betul-betul pula orang tua tu.
Lama Miyoung menangisi pemergian ayahnya sampaikan tidak makan mahupun minum. Lebih teruk dari saat Sehun meninggalkannya dahulu. Dia sendiri pun lupa yang dia mempunyai anak bahkan sudah berkahwin.
Ada tu sampai tahap meracau-racau ingin pulang ke rumah itu semula. Sehun tak henti-henti menangis kerana sedih dengan apa yang berlaku pada isterinya. Kubur Encik Kim sentiasa diziarah. Melaung dia mahu orang tua itu kembali kerana tak mahu melihat Miyoung menangis lagi.
Tapi satu hari tu, Miyoung kembali normal. Sujud syukur Sehun saat itu.
Apabila mendengar penjelasan Miyoung, rupanya Encik Kim datang ke mimpinya dan meminta dia untuk sedar akan realiti. Tidak boleh menangisi kematiannya dan harus memandang ke depan.
"Mummy mesti sedih sangat-sangat kan?" soal Wendy.
Dia merangkul lengan Sehun dan menyandarkan kepalanya disitu. Sehun mengangguk.
"Wendy tak dapat bayang kalau mummy dengan daddy tinggalkan Wendy." sambungnya lagi.
"Kitorang akan ada dengan kamu selama-lamanya.. Mana boleh tinggalkan anak kesayangan kitorang.." balas Sehun. Dia mengusap rambut Wendy, lembut.
"Tapi atuk pun tinggalkan anak kesayangan dia jugak.." celah Wendy. Sehun diam.
"Pergi naik atas, tengokkan mummy," arah Sehun. Wendy mengangguk faham.
Dia naik ke tingkat atas dan membuka satu-persatu bilik untuk mencari mummynya. Sampai dihadapan bilik yang bertulis 'Miyoung's room' dia terus masuk ke dalamnya. Kelihatan Miyoung yang sedang termenung diatas katil.
ANDA SEDANG MEMBACA
(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED
VampirePark Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada vampire. Berkali-kali dia mencuba untuk menolak tapi Wendy sentiasa mendekat. Oh Wendy pula tidak membantu sama sekali dalam hal ini. Makin...
